Aku dah agak dah, bukannya yang baik2 aku dgr bila bawak balik pembantu balik ke rumah mak aku..Tapi, lebih yang merepek2..sampai malas aku nak dengar. Yang aku pasti, mebela mak aku ni cuba meletakkan dirinya sprt di situasi maid aku. Like, mcm tak patut kene wat keje pagi2. Kalu nampak org tu mengemop selalu, disuruhnya berhenti..Tapi, kalu anak sendiri??? Tahu pulak, nak dikerah itu dan ini dan tahu nak angin kalu tak reti nak ringan tulang.
Sampai dah satu tahap aku bosan. Just kerana, maid aku tu dgn bendulnya bagitau kat mak aku...yang dia akan makan, bila aku suruh dia makan..Setau aku, tak pernah plak aku kata gitu kat maid aku...Baghal betul! Hanya kerana mulut maid aku..sume jadik hanky panky..Yg org2 kampung ni plak..kalu bule..nak aku pi suakan makanan kat mulut pembantu aku depan2 mata dorang..ibaratnya nak aku melayan pembantu rumah sprt princess gitu! Asik dok sibuk follow up..dok tanya..maid aku dah makan ke belum...dan berulang2 kalila...aku dok jawap soalan2 tak bermotif dorang...
"Sudah..sudah..sudah"
Haiiii, dorang ni pon..takkanla aku nak bagi makan kat maid pon nak kene laung kat sume org...Langsung tak masuk akal!
Aku dah agak dah...kewujudan maid dlm keluarga ni bukannya menjernihkan keadaan tetapi lebih kepada memporak perandakan keadaan. Aku benci betullah! Kerana ini jugak aku nekad malas nak bawak maid balik kampung. Kekdahnya, maid tu yg lebih2 mak aku buat baik mcm kawan2 atau mcm anak sendiri. Aku kkdg heran ngan mak aku..lebih suka dilihat org luar sprt org yg baik2..sdgkan ngan anak2 sendiri? layanannya??? Jarang sgt nak dapat layanan mcm org luar! At one time, aku mmg dah fed up dan give up nak bawak maid lagi dah...Dan dikala, aku tak bawak maid aku pi bercuti sekali..pon, sama ade je org kg yang bz body tanya itu dan ini..kenapa tak dibawak maidnya sekali..Mcmla aku ni terkurang layanan terhadap maid aku...
Terus terang aku katakan, bahawa layanan aku terhadap maid aku pada awalnya, mmg tak pernah terkurang...waktu makan dia mmg aku jaga..ikan bawal sekor aku bagi kat dia...nasik segunung aku cedokkan, bila aku nampak dia susah, aku tolong cover keje2 dia. Tapi, apa yg aku dapat sbg pulangan???
Bila dia kenyang, dia lupa anak2 aku. Kkdg lebih teruk...dia dok tertido disebabkan kekenyangan...Makanan anak2 aku plak sama dia bantai, 2 ketul ayam dia amik utk diri dia...dan anak2 aku dia bagi sorang satu sahaja..Sedangkan 1 ketul yang diambik extra tu sepatutnya dijadikan spare utk anak2 aku di waktu petang..kkdg kami sekeluarga tak jamah lagi makanan..dia dah curi2 jamah makanan terlebih dulu...dan dgn tak hygenicnya dok pegang2 sume ayam dan bagi kita makan makanan yg dah dipegang hampir kesemuanya dan dipilih terlebih dahulu oleh dia...bila aku dah siap sume keje yg aku cover, dia plak tak siap2..dan itu lom lagi perangai panjang tangan dan naik tangan dia! Org luar yang takde bibik pandaila cakap sesuka ati dorang..dorang tak menghadapi...mana dorang tau??? Yg dorang tau nak menyalahkan org mcmla dorang ni majikan terhebat kat dunia ni...
Sememangnya aku dah bosan..bosan...bosan...
No comments:
Post a Comment