Saturday, August 30, 2008

Kebaya

Entry kali ni aku cerita pasal kebaya...

Pelbagai jenis kebaya aku jenguk2 di internet. Kebanyakannya menawan kalbu...Entah apa agaknya akan jadi pada aku...kalu aku diberi peluang bershopping di kebaya di Indonesia..mahu semua kebaya2 yg aku berkenan dlm sesebuah kedai kat sana aku nak borong sume bawak balik mesia...Sedangkan, skdr browsing di internet pon, aku dah mcm cair smcm...Cume satu ajela persoalannya, kalu aku beli kebaya dgn keadaan aku yg pregnant skrg...bule muat lagike kebaya tu nanti?? Biasanya dlm keadaan aku tak naik badan...kira berat maximum aku 56-57kgs kebaya siap size M tu aku masih boleh nak sarung lagi..itupon, pakaian dlmnya aku kene pakai top dan bottom girdle beautiful...kalu aku pakai jenis baju dlm yg tebal2, mmg alamat tak masukla gamaknya...

Syukur juga, baju kebaya Indon yg aku dok plan2 nak pakai sempena raya tahun ni...aku sempat pakai utk photoshoot student2 di sini utk dihantar di paper...sbb kalu ikutkan by the time habis puasa, kandungan aku dah berusia 4 bulan....tak tahula bule muat lagi atau tidak baju kebaya aku tuh...Yg ni pon, aku tgh berkira2 sama ada nak order baju size M atau L dr web yg aku jumpa online...Actually size M dan L ni takdela byk sgt bezanya...cume, pada aku utk size aku ni...mmg elok2 je kalu pakai size M...sbb kalu pakai size L bahunya akan jatuh...Aku harap2 sgtla aku takkan membesar mcm tong drum lepas selamat melahirkan anak ke-3 nanti..Kalu tidak...alamatla baju aku tu jadi terperuk dan tersimpan dlm almari....

Friday, August 22, 2008

Soalan Cepu Emas

Bebaru ni..out of my son curiosity I was asked by him soalan2 sprt di bawah:-

Q: What God looks like? Why I cant see him but God can see me?
A: Do you feel hot? Can you feel hot? So, the feeling of having God is like that you believe the existence but you cant see or feel it.

Q: Why God can see everything?
A: Because God is almighty and so powerful. Thus, no one could ever beat Him.

Q: Why must we stand, ruku' and sujud when we pray?
A: Because that is the rules. Like for example you eat with hands. Do you eat with feet?

Sekian....

p/s: Tx wahidah for helping me to answer my son's Qs in greater detail with more logic explaination..

Wednesday, August 20, 2008

Shopping spree...

Smlm sambil hantar boboi utk hearing test, aku sempat juga membeli belah utk diri sendiri dan anak2. Kebetulan Monsoon dan M&S tgh sale. So, dapatla aku membeli sbrg dua utk diri aku sendiri dan anak2. Balik rumah, setiap seorang my kids dapat their own chosen toy. Boboi dapat cashier machine and gegirl pulak dapat nursery rhyme book. Nampak my kids enjoy very much with their new presents. Aku ada beli juga common words and exercise math book for boboi. Kali ni aku beli stage 3-5 years old. Takpela, we go to basic first then baru bule allevated ke yg lebih complicated. Aku just hope boboi could do better reading when he is in his Year 1.

Yesterday, I was testing him with some new words..alhamdulillah he could pronounce it..Aku mmg dah byk kali stress to boboi supaya to spell out the words if he couldnt read it. So far, cara itu aku kira agak berkesan. Cuma one thing yg boboi still lack till now, I havent had much time to teach him mengaji. By right, at his age, he can start his muqqadam. Tapi, biasalah...it is not an easy job for mom to teach their own kids for sometimes. Byk masa...boboi kkdg main2 dgn aku...sbb yelah, dia tau, I am his mom...mmg menuntut kesabaran..dan adakalanya mmg buat temperature aku rise manjang...aku rasa, kalu org lain ngk aku mengajar anak aku dgn cara mcm tu, mesti dorang geleng kepala...sebenarnya, bukan aku sorang je yg mcm tu...my cousin back home pon she admits the same thing, cant control her temper when teaching her only daughter.

Thursday, August 14, 2008

Dah baik sket..

Hari ni dah masuk hari-7 dr hari pertama aku sakit. Alhamdulillah mata aku dah makin ok dan badan pon sudah beransur pulih. Dah mula boleh buat kerja rumah sedikit2. Dah mula boleh cuci pinggan dan hari ini aku dah memulakan projek 'membaking' kek chiffon cheese. Tak tahula bagaimana dgn rupa bentuknya nanti. Very simple process and hope the outcome is fantastic too.

Boboi sprt biasa jadi org kanan aku memukul adunan putih telur sampai naik bertanduk. Sambil2 tu gegirl pon mengacau nak sama2 pegang mixer. Kecoh jugakla sebentar dapur tu. Kkdg bila anak2 dah membesar aku terasa bagaikan satu kelegaan yg tak terkata. Kalu sebelum2 ni, aku pening kepala bila anak2 ada di rumah dan tak dapat nak concentrate kerja. Skrg nampaknya, bila anak2 dah mulai independent, mereka serba sedikit kurang nak mengacau dan aku sudah boleh nak buat kerja aku sendiri bergantung kepada mood mereka.

Tadi pon si boboi buat lawak...

'Honey, I'm home' katanya..

Tersengih2 aku dgr boboi cakap mcm itu. Agaknya dia sedang berimaginasi main ibu dan ayah kot dgn si gegirl. Si gegirl pon aku tgk dah makin membesar. Nampak lagi berisi berbanding si abg. Keletah dgn bahasanya yg tersendiri. Suka menyanyi tapi orgnya kuat merajuk.

Kek chiffon cheese

Bahan A
60g susu segar
40g cream cheese (brand Philadelphia)
25g butter

Bahan B
65g cake flour (ayak)

Bahan C
4 biji kuning telur (besar)

Bahan D
4 biji putih telur (besar)
100g gula caster
1/8 sudu teh cream of tartar
secubit garam

Cara-caranya
1. Panaskan oven pada suhu 170-180 degrees.
2. Masak bahan A menggunakan kaedah double-boil sampai bahan2 cair dan sebati. Kalau cheese masih berbintil-bintil, tapis semua bahan. Sejukkan.
3. Campurkan bahan C pada adunan A yang telah sejuk. Gaul hingga sebati.
4. Campurkan bahan B dan gaul hingga sebati dan licin.
5. Pukul putih telur, cream of tartar dan garam hingga kembang sedikit. Sambil mesen mixer masih bergerak, masukkan gula caster sedikit-sedikit hingga habis. Pukul terus hingga putih telur menjadi kaku. ( Saya gunakan kenwood mixer dengan kelajuan 5 selama 1 minit 20 saat).
6.’Fold-in’ 1/3 putih telur kedalam adunan cheese. Setelah digaul hampir rata, tambah lagi 1/3 putih telur dan fold-in lagi hingga hampir rata. Akhir sekali, tuangkan adunan ini kedalam lebihan putih telur tadi. Fold-in sampai rata.
7. Tuang adunan ke dalam loyang chiffon berukuran 9 inci. JANGAN sapu butter dalam loyang.
8. Bakar dalam ketuhar selama 45-55 minit.
9. Bila kek dah masak ( atas kek akan kelihatan lebih coklat sikit dari kuning keemasan dan puncak kek dah turun ke paras yang hampir rata. Keluarkan loyang dan terus terbalikkan loyang dengan keknya sekali. Biarkan sehingga betul-betul sejuk. Kalau nak cepat, taruk depan kipas.
10. Hidang.

Tips penting : Saya rasa.. jadi atau tidak chiffon kek ini jatuh banyak pada cara putih telur dipukul. Putih telur tak boleh terlalu kaku. Cukup sampai..bila pemukulnya diangkat, ada segumpal kecil putih telur yang melekat pada hujung pemukul telur dan telur dalam mangkuk masih kelihatan licin, kilat dan bila digoyang, tak bergerak.

Sunday, August 10, 2008

Bangun tidoooo

Bangun dr tidur, tekak pulak terasa sakit dan pedih. Terus ke bilik air buat apa2 yg patut. Berus gigi, siap dgn lidah sekali...Terus muntah2..Biasala, aku mmg mudah sgt rasa mual kalu berus lidah...mulala segala brg nak dikeluarkan dr anak tekak aku.

My honey tetap meneruskan tugas sbg suami mitahli..almaklumla isteri sakit...aku mmg tak larat..asik terbaring dan berselimut...kalu ikutkan suhu aku dah tak naik lagi..tapi entah kenapa rasa seram sejuk tu masih lagi menyelubungi tubuh badan aku..sengal2 tu jangan katala..sakit kat leher, pinggang dan rusuk...

So, utk breakfast cum lunch aku just makan bubur nasi bersama ikan bilis goreng yg ditumis dgn kicap dan bawang merah. Kiranya dah 2 hari aku mcm tu...tak lalu aku nak makan solid food. Pagi ni bila timbang berat..dah pon susut ke 54kgs...perut pon dah makin kempis...

Kkdg ade jugak my honey bersungut...mulutnya tak sudah2 sebut nak balik Malaysia...kkdg kesian jugak dgn my honey..nak keje lagi, nak jaga bini sakit, nak buat keje rumah dan nak masak lagi...Tapi, tula apa bezanya, kalu org tu seorang isteri yg bekerja? sama jugakkan, nak tak nak kene jugak buat tugas2 mereka.....

Andai kata aku berpantang kat bumi UK ni lagi...aku pon tak kisah nak telan bubur dan ikan bilis plus lobak or brokoli hari2..nak cakap camne..nak perfect, kenala balik mesia...Skrg ni pon, my honey tgh tunggu offer keje kat mesia..tak tahula dapat atau pon tidak...

Saturday, August 09, 2008

Aku demam

Kalu sblm2 ni, anak2 yg demam..kali ni giliran si ibu pulak yg demam..sekejap sejuk..sekejap berpeluh sakan...sampai muka aku naik merah...pd masa yg sama, mata bengkak aku tak surut lagi...

Bila mommy sakit, daddyla yg kene amik alih kerja2 rumah...dia yg jaga anak2, dia yg memasak dan dia yg kemas rumah...walaupon, tak perfect, tapi OKla..at least adela daddy puts some efforts..

Boboi pon makin matured...bulela juga disuruh2..gegirl plak makin melasak..mentang2la nak dapat adik...bukan main aktif anak dara aku yg sorang ni..lepas tu plak, kuat merajuk..kerap sgt bangun malam, mengamuk tak tentu fasal..kkdg sampai naik pening kepala aku...ada jugak yg aku buat bolayan...mana taknya, dah mommy puas pujuk pon, masih tak bule nak settle..kkdg, daddy yg amik alih...mujur daddy memahami...faham2 sajela..mommy skrg tgh alah...sket2 pening...sket2tak bule bau itu dan tak bule bau ini...mcm2 ajela mommy ni...skrg ni elok plak tak de maid...mmg nak tak nak kene buat sendiri..walaupon, kepala berpusing2 tak bule bau dapur..terpaksa juga mommy kuatkan smgt memasak utk family...byk kali juga, mommy terbayang2, menu yg sedap2...tapi, bila dah masak...kbykannya, tak lalu sgt nak makan...dlm tak lalu2 pon...berat mommy tetap naik...lani dah jadi 55-56kgs..sng aje berat mommy nak naik tang2 peknen...tapi, nak susut..masya-allah punyala amik masa...

Skrg ni, mommy tgh smgt nak buat roti..puas mommy tenung dan browsing resepi roti...sampai rasa, perut pon mcm kenyang bila ngk gamba roti..tapi, nampaknya kene postpone dulu hajat mommy ni...sbb mommy kene tunggu betul2 sihat dahulu..baru bule buat projek roti dgn anak2 nanti...

Thursday, August 07, 2008

Mata bengak

Bangun drpd tidur..belek2 muka dicermin..aku lihat..mata kanan aku bengkak...ade selaput di sebelah dalam..ade jugak aku cuba keluarkan sbb ingatkan mcm ctc lense yg tertinggal kat dlm mata...tapi, rupa2nya bukan...mungkin jugakah ini terjadi sbb infeksi mata?

gegirl plak tak sihat..dlm satu malam..byk kali sungguh terbangun..tak terbilang dgn jari..haus agaknya...skrg ni...temperature dia dah turun..mungkin disebabkan byk minum air..bercup2...

malam tadi..anak2 sume tido awal..termasuk juga dgn aku..cume my honey je yg berjaga sampai ntah pukul berapa...bila aku tykan dia...apa yg dibuat di tingkat bawah tu...jawapan synonym dia...kejekan komputer...