Saturday, December 02, 2006

Percayakah anda dgn Herbalife?

Mmmm....aku sememangnya percaya dgn mengambil herbalife 2 kali sehari, berat badan buleh turun. This is due to the fact it is a protein diet which makes the body burning fat rather than carbohydrate..it is near to atkins diet cume instead of protein haiwan herbalife adalah merupakan minuman protein berkalori rendah..tapi utk org yang cepat busan sprt aku ni, mmg diet sedemikian tidak begitu sesuai..unless aku just mengambil herbalife sehari sekali..otherwise, aku rase seperti tersiksa..

hari ini, aku ke tesco, sempat membeli majalah slimming world. Lagi aku teruja aku melihat menu2 diet dorang yang aku rase seakan2 lazat tak terkata..bile dah balik rumah, baru aku bising2 ngan my darling yang aku tak beli plain yogurt and fromaige frais..kalu tak..memang esok2 ari juga aku dah dgn semangatnya mencube menu2 baru..

sblm2 ni mungkin aku cepat lapar makan herbalife dan asik nak nibbling junk foods sbb takde stok makanan berkhasiat macam buah kat umah aku..aku rase cara pemakanan sihat adalah makan dgn byk kali tetapi dgn kuantiti yang sedikit..okla next week, kita akan mulakan regime diet yg baru..makan kerap tapi dgn kuantiti yang sedikit..

Thursday, November 30, 2006

my children latest update

my boy

mmmmm..semakin manja dan suke merengek2..lebih manja dia berbanding adiknya..asik suke nak berdamping2, dibelai2 dgn ibunye..dan agak sensitif orangnya..mahukan extra attention from her mother melebihi adiknya..

aku pon tak pasti samaada dia ingat lagi segala alphabet and number yang dia belaja sebelum ni..yang pasti my boy lebih minat aktivit kreativiti dari mengenal huruf mahupon nombor..suke aktiviti painting and drawing..dah bule diharap utk join aktiviti harian..mengvacuum rumah walaupon tak seperfect mana..biasala vacuum budak2..bersih manala sangat..setakat sekerat jalan dah kire bagus dah..apetite dia since balik dr mesia dah ok semula..dah mulai makan kari daging yang aku masak..tapi ni ari dia tak berapa sihat...demam sket, so dia tak ke sekolah state maupon private..temankan ibunya yang ketakutan dok rumah sorang2 kot hikmahnya..maklumla skrg cuaca di sini cepat gelap..

suke buat bende2 mengikut kreativiti yang aku tak pernah terfikir langsung nak buat..cthnya makan cheese dgn butter, makan corn flakes dgn butter..anyway, aku tidakla menahan kreativiti dia..asalkan tidak mendatangkan mudarat..

dah bule faham pesanan, andai aku kate minta tlg dia tunggu sekejap dalam keter utk aku antar adik dia ke nursery..dia tak menangis..tapi adakalanya dia bule jadi org yang tak bule sabar..sume nak cepat2 dan menangis utk meminta sesuatu..bila dah kesan kebolehan dia memahami kata2 atau pesanan, aku kira dalam masa ini kene pandai main psikologi kalu nak marah budak..rotan, cubit dan jentik bukannya routine solution yang bagus utk mengajar anak kerana bila masa dia sudah faham bahasa penerangan dgn lebih jelas dgn apa yang dibuat itu salah adalah lebih memberi kesan..pukul atau segala jenis yang memberikan kesan fizikal tidak memberikan apa2 effect, melainkan kanak2 itu merasa sakit dan bersifat lebih keras dan degil...

dr segi language aku rase dia dah spoil balik as mungkin sbb dah berubah suasana, ade confusion dr segi menerima bahasa..sedangkan dalam 2 minggu pertama kami di mesia..he spoke a lot english..my boy skrg lebih suke berimaginasi dan tidak kisah utk bermain seorang diri..sudah pandai bergurau senda dgn adiknya...


my girl
dah pandai berdiri..bertahan berdiri kat mana2 tempat yang bule belajar utk berdiri..yang kelakarnya dia akan menjerit atau bising2 kalu dah lama sgt berdiri...bile dah pandai berdiri ni sng sketla kerja aku..as nak mandi atau mencuci bottom dia, mudahla sket..kalu sblm ni aku terpaksa tahan pakai tangan..skrg dia dah bule pegang dinding bath tub..

berbeza sedikit dr than my boy..she is more gentle tapi mulutnye lebih banyak berbunyi...dah pandai main2 dan bergurau..suke gelak2 perkara yang tak tahu kenapa dia gelak..yela seperti abangnya jugala tu....makan pon dah banyak..kalu lapar mulut dia bising atau pon dia menangis..dan andai lambat sikit aku suapkan makanan ke mulut dia..dia akan berbunyi..gelagat hati dia yang mengeletek hati aku baru2 ini, dia main kedip2 mata sms aku letakkan dia di atas bantal lepas terlena waktu aku susukan dia..dalam dia kedip2 mata, dia bule plak senyum2..ntah ape yang mengusik hati sekecil tu pon aku tak pasti..kalu dia excited dia akan angkat2 badan dan punggung dia sambil ketawa..

sudah pandai merasa sedih kalu tiada sesiapa menemaninya..mulala nak menangis..tapi bule juge diharap utk main2 sendiri..

*****

buat masa ini, kedua2nya dah bule diharap utk tidur awal dan bangkit awal..hopefully this routine akan continue sampai bile2..better to take this jet lag advantage utk membiasakan routine mereka berdua..stkt ini anak2ku sprt battery on and off..kalu rase nak tidur dia akan tidur tanpa susah payah..dan kalu rase nak bangun..bule tibe2 bangun...

Tuesday, November 28, 2006

Mari2 makan herbalife

Since balik mesia, berat aku mencanak dari 50-51kgs to 55-56kgs. Sebelum balik Mesia dah berangan nak susutkan lagi 2kgs so that leh jadi 48kgs..kemudian selepas melantak tak hingat kfc, mc d dan pizza berulang2 kali inilah hasilnya..badanku berisi semula..tang lengan dan perut tu mmg obvious..duk mesia tu ari sempat juge order herbalife..konon2nya ada kawan lama tu makan herbalife for 3 days terus menjunam berat dari 66kgs to 59kgs? Result yang menarik tu..

tapi aku takdela mengharapkan untuk turun dgn begitu hebat sprt kawan lama aku tu..as aku tahu sangat body mechanism aku yang very slow utk turun berat badan..as usual i give myself tempoh 2-3 mths to shed away this extra pounds kalu aku diet biasa..

bagaimana caranya nak kurangkan berat badan? Adakah Herbalife the best solution?baru 2 hari aku berdiet dgn herbalife..tekak aku macam dah tak bule terima..agaknya aku manusia yang cepat bosan kot..arghh..ape nak buat dgn 3 botol F1 yang aku beli tu? Nak tak nak aku kene jugak makan sampai habis tak kire cepat atau lambat..yang aku perasan sejak berat aku tak berapa overweight, aku mudah buang air besar dan buang angin..bila dah makan herbalife ni lagila menjadi2 buang anginnya..satu je effect aku makan herbalife..bowel movement aku a bit difficult...lebih baik makan nona roguy kot erk..nak telan nona roguy hari2? pon macam tak lalu juge..stok nona roguy aku pon hampir habis..nak kene beli yang baru..beli phytonatal sudahla as kalu nak beli phtotox mau kopak duit eden..aku ingat kalu aku bosan makan herbalife ni, might as well aku buat menu protein kawalan sendiri..lagi nyummy2...dan pelbagai setiap ari..huh! tibe2 aku teringat strawberry yogurt aku...adeiii..itu lagi delicious berbanding aku menelan this Herbalife..tapi mau tak mau..aku kene gak abihkan gak stok yang ada..nasib baikla aku tak rakus beli berbotol2...kalu tak masak nak menelan..dan lagi sedap kalu aku dapat makan salmon dgn asparagus....dua2 protein gaks tu...adeiii!Ya Allah yang tuhan kuatkanla smgt aku nak kurus semula ni...

kalu org lain mungkin rase full bile makan herbalife...aku plak jadik macam hilang apetite sbb ia sememangnya membosan..cube bagitau kat aku tak sume org leh tahan makan bende yang sama pagi dan tengahari selama sebulan????kalu ade...mmg org tu kuat smgt...perisa yang aku paling suke is...cuppocino..mmg baunye memberangsangkan dan sodap....macamanala aku percaya ngan diet2 camni semula ni??? sedangkan aku smmgnya dahulu2nya lebih percaya kontrol pemakanan sendiri tuk kurus..dan lagi satu yang aku perasan since consume herbalife..perut aku beso cam peknen je as banyak sgt minum air...

Tuesday, October 17, 2006

Kemahiran keibubapaan panduan didik cahaya mata

Oleh Nazilah Mohamad
sumber:http://wadahwanita.blogspot.com

AIMAN, 3, mula melakukan pelbagai perkara yang menggugat kesabaran ibu bapanya sebaik kelahiran adiknya.
Jika dulu, ibu menegur atau memarahinya hanya dengan perkataan, nasihat dan belaian. Kini, ada kalanya teguran
secara fizikal mula diterimanya. Pada mata ibu bapa perubahan itu tidak menggambarkan berkurangnya
kasih sayang. Namun, di hati Aiman yang masih kecil, tetap memberi kesan yang tidak mudah dilupakan.
Apa yang diterima Aiman hari ini dan mungkin beberapa tahun berikutnya boleh memberi kesan besar, tanpa disedari oleh ibu bapanya. Contohnya, seorang murid saya berumur lapan tahun diketuk jarinya dengan pen kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, berkata:

“Cikgu, di rumah, ayah saya pukul dengan tali pinggang.” Tentulah saya tidak akan menggunakan tali pinggang untuk membolehkannya membuat kerja. Namun, sebagai guru, saya mesti mencari cara terbaik untuk mengatasi masalah ini. Pada masa sama membantunya berdisiplin bukan melalui kekerasan.Nabi Muhammad saw mendidik seseorang pada zamannya dengan banyak mengguna dan mengutamakan pendekatan lemah lembut dan penuh dengan kasih-sayang.

Antara langkah atau tahap mengajar, sebelum memukul adalah:

· Beritahu dan sebutkan secara terus terang perkara yang dibuat itu salah.
· Tunjukkan cara yang betul.
· Memujuk dengan cara lemah lembut dan berhikmah atau kreatif.
· Menggunakan isyarat.
· Mencela keburukan perangai (bukan kekurangan diri untuk tujuan menghina dirinya).
· Memulau atau tidak mempedulikannya dalam jangka waktu tertentu
.Pilihan terakhir adalah memukul atau merotan. Tindakan ini diambil selepas kaedah di atas tidak berkesan. Menghukum dengan memukul atau merotan mesti menggunakan kaedah atau cara pukul yang diizinkan dalam Islam.

Antara kaedah memukul yang diizinkan oleh Islam adalah:
· Memukul atau merotan hanya dibenarkan kepada anak yang berumur 10 tahun ke atas. Sabda Rasulullah bermaksud: “Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah jika mereka enggan apabila berumur 10 tahun.” Ada tempat yang haram dipukul, umpamanya muka dan pula bahagian yang sensitif dan boleh mencederakan seseorang.

· Guru atau ibu bapa membetulkan niat memukul semata-mata untuk mendidik dan membetulkan keadaan atau sifat tercela, bukan untuk mendera atau melepaskan perasaan geram dan marah.
· Jika dalam keadaan marah dan panas, ambil langkah untuk meredakan perasaan marah dulu, dengan mengubah posisi diri. Contohnya, bagi yang sedang berdiri hendaklah duduk dulu atau yang sedang duduk perlu berdiri atau baring. Atau keluar dari bilik atau bilik darjah sebentar. Ambil wuduk, solat sunat, kemudian baru pukul dengan membaca doa dan selawat (untuk kesejahteraan anak) dan memukul dengan nama Allah. Pakar psikiatri dari Hospital Kota Bharu, Kelantan, Dr Khairi Che Mat dalam kajian fisiologi rangsangan saraf ke otak menunjukkan bahawa keputusan dan tindakan ketika marah adalah tidak rasional. Selalunya adalah sembrono dan lebih memudaratkan perasaan dan mental anak-anak.
· Jangan sekali-kali meninggalkan konsep ‘mendidik’. Pesan Rasulullah: “Hendaklah kamu mengajarkan mereka dan jangan berkeras. Sesungguhnya orang yang mengajar itu lebih baik daripada orang yang berkeras.”Dr Khairi juga menasihatkan agar ibu bapa/guru supaya memberikan maklum balas kepada setiap perbuatan anak sama ada betul atau salah.Jika perbuatan mereka betul, berikan dia ‘pengukuhan positif’ dalam bentuk pujian atau ganjaran. Jika salah, berikan ‘pengukuhan negatif’, seperti teguran atau hukuman. Jangan sampai, anak kita kata, ‘apa yang saya buat selama ini, semuanya salah’. Sebelum ini kita tidak pernah iktiraf atau memberi perakuan terhadap perbuatannya yang betul. Sebaliknya, kita hanya menegurnya jika perbuatannya salah. Jika keadaan ini (hanya menegur ketika salah laku) berterusan, anak-anak akan suka membuat perbuatan salah.Merotan walaupun cara terakhir dalam mendisiplinkan pelajar, kesan negatifnya pasti ada. Hampir semua ibu bapa akan malu, tercabar, geram atau marah apabila anak dihukum dan diperkatakan di hadapan orang lain. Ibu bapa, yang paling hampir dengan anak. Oleh itu, kitalah orang pertama yang perlu berasa bersalah. Bagaimanapun, tanggungjawab mencorak masa depan anak memang tidak terletak di tangan ibu bapa semata-mata. Pengaruh luar sama ada positif atau negatif tetap memainkan peranan besar. Ada antaranya tidak dapat ditangani, lalu memberi kesan buruk berpanjangan dalam kehidupan. Biar apapun alasannya, orang dewasa yang sebenarnya lebih banyak menentukan sama ada anak itu hanya perlu dibelai atau mesti dipukul bagi memenuhi tanggungjawab atau mendisiplinkannya.Jika diberi pilihan, pasti tiada ibu bapa normal, ingin memukul anaknya, apatah lagi membenarkan orang lain melakukannya. Faktor ‘kecerdikan emosi’ ibu bapa dan pendidik perlu diasah selalu:
· Fitrah manusia berasa perlu dilindungi dan dikasihi untuk ketenangan akal fikiran dan jiwa. Demikian juga anak-anak, mereka memerlukan keprihatinan orang dewasa dalam setiap kegiatan kehidupan. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlu mengemas kini pengetahuan dalam mendidik dan memanfaatkan bidang ilmu terkini dalam pendidikan anak.
· Anak-anak perlukan peribadi contoh atau ‘role model’ untuk diikuti. Ibu bapa adalah peribadi terhampir dengan mereka, yang boleh menampakkan usaha, kesusahan dan pencapaian kepada anak. Pada masa sama datangkan padanya model terunggul untuk diikuti iaitu Rasulullah. Sampaikan kisah kehidupan Baginda yang telah diterima Timur dan Barat sebagai pemimpin, suami, bapa dan datuk terbaik.Bagindalah yang membentuk dan membelai cucunya, Hassan dan Hussin hingga terpahat menjadi teladan, sesuai dengan sabda Baginda bermaksud: “Hendaklah engkau berlaku lemah-lembut dan jauhkanlah daripada berkasar dan berkeras (perkataan dan perbuatan).”
· Menghormati keperluan, kehendak dan perasaan anak adalah satu tanggungjawab. Namun, setiap kita mesti tahu membezakan antara keperluan dengan kehendak. Keperluan mesti dipenuhi, namun kehendak tiada batasnya kerana ‘kehendak’ lebih berasaskan kepada nafsu. Kehendak dan kerenah perlu diubah suai supaya boleh menjadi bimbingan.
· Ibu bapa hendaklah menerima anak-anak seadanya tanpa syarat, dengan segala kebaikan dan keburukannya, kebolehan dan kekurangannya. Ibu bapa juga mesti belajar menerima dan mengiktiraf perasaan dan pandangan anak walaupun ia bercanggah dengan pandangan mereka.Jangan sekali terlalai untuk memberi pujian dan menghargai perlakuan baik anak kerana itu akan menjadi insentif nombor satu dan ingatan bermakna, meskipun tanpa hadiah yang dinilai dengan wang ringgit.
· Pasti ada kalanya anak melakukan kesilapan. Ambillah kesilapan sebagai pengajaran dan permulaan menuju kejayaan. Sentiasa ingatkan diri bahawa Islam tidak menggalakkan kekerasan. Dalam mendidik atau menasihati anak, ibu bapa disuruh menggunakan cara yang lembut dan ringan terlebih dulu dan beransur-ansur bertukar kepada yang lebih berat sekiranya tiada perubahan. Perlu diingat bahawa ibu bapa adalah orang yang paling tahan ujian, sabar dan bertawakal kepada Allah ketika mendidik, apatah apabila mengalami kegagalan dalam membentuk anak yang diharap-harapkan.
· Memahami perkembangan emosi anak. Anak-anak menunjukkan pelbagai ragam yang sebahagiannya menggugat kesabaran. Emosi negatif anak mesti ditangani dan dibelai dengan ilmu. Usaha berterusan perlu untuk menjauhkan mereka daripada terus terbawa-bawa tingkah laku demikian hingga besar dan mempengaruhi sikap mereka. Kepincangan dalam perkembangan emosi boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan, terutama dari segi mental.Apabila mental mereka terjejas, punahlah harapan ibu bapa untuk menatang anak cergas yang berjaya.
· PENULIS ialah guru dan boleh dihubungi pada wanitajim0@yahoo.com dan sebarang jawapan permasalahan boleh layari wanitajimceria.blogspot.com

Delapan Cara Menghadapi Kenakalan Anak

Kenakalan anak-anak kadang dapat memicu kemarahan kita sebagai orang tua dan bahkan ada yang sampai kehilangan kendali sehingga kasus pemukulan pun kadang kerap terjadi. Berikut ada 8 cara menanggulangi perilaku kenakalan anak–anak agar Anda juga tidak lepas kontrol. Semoga bermanfaat.

1. Buat peraturan
Terapkan peraturan pada anak-anak, seperti jam berapa mereka harus belajar, dsb. Buatlan peraturan yang sederhana, Anda dapat memulainya dengan membuat list ‘’Hal-hal yang boleh dan tidak boleh”. Diskusikan hal ini dengan anak-anak Anda, agar mereka mengerti dan konsekwensi apa yang akan mereka dapat jika melanggar peraturan yang telah Anda terapkan.

2. Mencegah lebih baik dari pada mengobati
Jika Anda merasa tingkah laku anak sudah mulai di luar dari normal, segera alihkan perhatiannya ke hal lain, seperti ajak bermain dengan mainan kesukaan mereka yang lainnya.

3. Pahami tingkah laku anak Anda
Identifikasi secara teratur perilaku kenakalan anak Anda. Jika memungkinkan tulislah setiap kali kenakalan anak Anda memuncak dalam sebuah catatan harian, terangkan dalam tulisan bagaimana kenakalan tersebut terjadi, pemicunya dan apa yang mereka lakukan setelah melakukan suatu kenakalan. Dari catatan Anda ini, kita dapat melihat pola dari perlikaku kenakalan mereka, seperti hal tersebut sebelumnya, apa saja pemicunya dan pertimbangkan segala akibat yang akan terjadi di waktu yang akan datang jika hal ini tidak Anda tindak lanjuti. Amati terus sekiranya apa yang menyebabkan kenakalan anak Anda. Tanyakan kepada diri Anda juga, apakah selama ini Anda sudah memberikan perhatian yang cukup? Jangan salahkan diri Anda jika melihat perilaku anak Anda yang kerap membuat diri kita pusing, tetapi carilah jalan keluarnya agar kenakalan mereka dapat kita atasi.

4. Menerapkan kedisiplinan
Cobalah untuk mengamati jenis tindakan kedisiplinan yang Anda terapkan kepada mereka, contohnya: minta mereka untuk berdiam barang sejenak di kursinya, dilarang bermain dengan mainan kesayangannya selama beberapa saat, dll. Kaji kembali apakah Anda cukup lunak terhadap segala kenakalan mereka? Atau mungkin kedisiplinan harus lebih dikencangkan lagi?

5. 5 Menit
Jika suasana semakin tegang dan kemarahan Anda dan sang anak sudah mulai memuncak, ingatlah untuk selalu dapat menahan dan meredam kemarahan Anda sedikitnya selama 5 menit. Ambil napas dalam-dalam dan bertanyalah dalam hati “Mengapa saya marah?”. Coba untuk mengidentifikasi permasalahan dan temukan jalan keluarnya.

6. Hindari memukul anak jika sedang marah
Sebuah riset menunjukkan bahwa memukul Anak tidak akan menolong Anda, apalagi jika pemukulan kepada anak-anak selagi hati Anda sedang dipenuhi amarah hal ini justru akan merusak jiwa Anak Anda. Hindari memukul Anak Anda jika dada Anda sedang dipenuhi rasa amarah. Memukul Anak-anak sebagai kompensasi dari tindakan kenakalan mereka sangat tidak efektif.

7. Jangan berteriak
Anda tentu tahu bahwa bahwa setiap luapan kata-kata Anda ketika kita tidak tahan melihat kenakalan anak juga dapat menyakitkan hati mereka. Hindarilah berteriak jika sedang dalam keadaan marah. Jika mereka melakukan kesalahan, ingatkan bahwa yang baru saja mereka lakukan adalah salah dan membuat Anda marah. Ingatlah: Be angry at what they did, NOT at who they are.

8. Get Away
Ketika rasa frustasi dan kemarahan sudah mulai menggandrungi Anda, akibat kenakalan mereka, usahakan rasa ini dapat Anda hilangkan tanpa harus menyakiti anak-anak. Teleponlah teman Anda untuk berbagi rasa atau titipkan Anak Anda kepada seseorang yang Anda percaya. Berikan waktu luang untuk dapat beristirahat sejenak kepada diri Anda sendiri, seperti berolah raga atau hanya untuk keluar dari rumah sejenak. Jangan hanya berdiam sendirian dengan mereka jika Anda sedang marah. (Sylvie Gill)

Sumber : Practical Parenting Advice
Image : BBC

Saturday, October 14, 2006

Shopping day and my girl 3rd teeth..

Smlm kat M&S sale..tapi stkt 50%..aku still ambil peluang membeli barang keperluan. Aku sesaje try beli sock dia yang panjang, dapat harga £1 sepasang..ok puas hati juge..yang lain aku beli baju adik2 aku..mmm kire selesala and very colourful plaknye tu..utk my boy aku belikan baju sekolah as monday depan ade sessi fotografi..aku dah risau2 ingat dia tak mo pakai..sbb sblm ni aku pujuk dia pakai jumper skool dia refuse bulat2. Hari ini, tak lepas plak dia pakai jumper dan seluar hitam dia dalam rumah sampai beberapa kali aku tegur dia nanti kalu kotor takde plak baju dia nak pakai utk ke skool. Smlm bile anak aku test pakai baju dia, nampak dah besar anak bujang aku sorang ni..

Sejak beberapa malam, my girl tak lena tidur. Bila aku cek gusi dia..rupa2nya, gigi atas dia dah nak tumbuh. Patutla macam cacing kepanasan je sejak akhir2 ini my girl ni..my girl lani dah mulai pandai merangkak dgn betul..habis merata tempat dia dah jelajah kat rumah aku tu..kalu aku mandikan abg dia, dia bule mai nak join masuk toilet plak,,,kalu aku dok masak, dia dok carik plak aku kat dapur..dia dah mulai kenal org..smlm mase aku bawa dia pi shopping pon..dia dah mencebik2 kalu ade org yang kurang dia suke merenung dia..

Hari ini, aku testing masak daging masak merah ala thai...macam menjadi aje..menjadi ikut selera akula..kalu std org lain..tataula aku..T/hari tadi aku dah siap2 bakar puding roti..sejak dua menjak ni aku cam berminat nak asik memasak puding roti..mmm nyummynya..sat gi, aku nak prepare air epal plak utk berbuka sementara my girl tido...

Tuesday, October 10, 2006

My children chicken pasta

Fuh..baru selesai masakkan kuah chicken pasta utk my children. Baru lani dapat berehat..asik bz aje..tataula my girl suke ke tak makan chicken pasta tu..tadi aku dah bekukan dapatla 1 1/2 papan ice cube. Harap2nya dia suke. Last time, aku buatkan dia cube vegetables+ikan bilis..nampaknya dia kurang suke..tataula kalu ikan bilis tu dah ade bau2 ammonia ke ape..tapi aku bau2 ok je..baru2 ni ade juga aku tgk resepi vegetable+tuna..tapi aku plak takut2 nak buat..takut2 my girl tak suke..

As for my boy takdela masalah mana. Terlanjur aku terdefrost chicken breast smlm, terpaksala aku merajinkan diri memasak ayam tersebut. Stok rice cube my girl pon dah nak habis..aku dah siap buatkan satu periuk kecil..cukupla tu kot rice cube for stok 2 weeks. Sejak akhir2 ni my girl dah mulai bertambah apetite..so, instead of dia makan 3 cube vegetables+1 cube rice..dia dah nak makan tambah 1 cube rice..cume yang aku tak sabar kkdg bila my girl makan dia suke menyembur2..agaknya dia fikir bende tu sprt gurauan kot..

t/hari tadi my boy makan potato and corn lagi..bile aku tanya dia esok dia nak makan ape? still menu yang sama yang dia minta. Kalu ikutkan my boy tu tak kisah nak repeat makanan yang sama..tapi kita ni plak yang pemberi makanan yang rase bosan dan kasihan plak..mm harap2 dia tak tantrum esok kalu aku kasik dia makan pasta tu..

esok my girl pi nursery afternoon session. Doa2 tak hujanla..kalu tak masak aku nak antar budak2 dgn keadaan hujan2..Bile menhantar anak2 dalam keadaan hujan terasa betapa perihnya kehidupan di rantauan yang hanya aku dan family tanpa bantuan sesiapa..rase nak mengalir air mata aku menghadapi dugaan sprt ini. Bayangkanla kalu hari hujan, aku terpaksa terkocoh2 nak keluar dan masukkan stroller sblm dan sesudah hantar my boy ke skool state. My girl plak semakin berisi, mmg kalu nak harap tangan sebelah aku nak mengendong dia ni, mmg kkdg tak tertanggung kudrat aku ini..itu belum lagi nak melayan kerenah my boy yang mahukan layanan yang sama seperti adiknya..sejak beberapa bulan lalu, my boy demand aku angkat, masuk dan bawak dia keluar dari carseat..berat dia saje dah 13kgs..mmg kene bersiap sediala otot2 aku ni nak mengangkat anak2 aku ni..ini baru citer bab anak2, belum lagi urusan rumah, dan makan minum.

Mujur my darling ade membantu..kalu tak, mmg dah collapse aku nak menghadapi kesemua ini seorang diri...Semoga aku tabah menghadapi suasana baru ini dgn kekuatan dan keazaman yan tinggi.

Monday, October 09, 2006

memenatkan..

saturday-my girl dah mulai pandai merangkak dgn betul..dia nampak lebih ceria dari sebelumnya dan dah pandai bergurau dgn abgnya..kami keluar berjalan2 ke ladang apple and raspberry...

********************************************

Jam menunjukkan pukul 1 pagi..kepala aku dah mulai pusing..siang tadi aku tak larat nak concentrate study sgt..ak keletihan as my girl malam smlmnya meragam tak mahu tidur..tersengguk2 aku menyusukan my girl sambil duduk..life getting harder di sini..challenging to be faced forward. Kalu my darling tak ringan tulang..mmg dah sah2 aku semput melepek dan satu kerja aku tak bule nak buat. T/hari aku take nap brg 1/2 jam, just nak hilangkan penat. Elok plak my girl hari ni stay home sehari suntuk cume my boy saje yang ke school. Masa aku carry my girl tuk antar my boy ke nursery pon aku rase cam dah nak pancit..lenguh tangan aku carry my girl yang aku rase dah 8kgs berat dia..life a bit chaos buat sementara waktu..almaklumla my boy dah stat sekolah gomen..dah dapat satu keje extra utk aku nak menghantar and pick up my boy dr skool. Nasib baik dia dah kurang ragam utk makan..nampakla montel sket pipi my boy skrg..aku selalu pegang rib dia..aku katakan kepadanya how slim he is..sbb tu dia kene makan tuk kembali berisi..Jadual latest kami..

8.00-jagakan my boy, gosok gigi, cuci muka dan tukar baju dia and change my girl's nappy
8.20-my boy b/fast before ke skool
8.30-bawa anak2 pi skool gomen
8.50-say babai for my boy and tell him kami akan pick up dia kul 11.45 nanti
9.10-aku sampai umah dgn my girl..cume kalu my girl skool pagi..freela sket buat aku..Otherwise
9.30-my girls b/fast
9.45-11.25-my free time to look into my work
11.30-going out to pick up my boy fr gomen skool
11.50-12.10 -aku sampai umah
12.15-12.40-bagi makan my both children..
12.40-1.10-aku tido jap..tapi kkdg tu pon takleh nak lelap
1.15-1.20-aku pi semayang zuhur
1.25-aku antar budak2 tu pi skool private
1.35-5.00-aku sampai umah wat keje aku semula
5.20-aku masak utk buka posa
6.15-my girl time for dinner..so dia tak kaco aku makan mase aku nak buke
6.30-our dinner time/iftar..sume org makan tang ni kecuali undang2 baru, my girl just tgk kami makan as dia dah kenyang dulu..
7.00-my boy and my darling time to mandi
7.25-8.30-kami solat maghrib dan isyak sama2
8.45-our children sleeping time-time tuk baca buku dan my girl masuk crib
9.30-10.00-our quality husband and wife time
10.30-11.00-kami zzzzz
5.00 pagi-bangkit tuk sahur..

weekend aktiviti:
gosok baju keje my darling-once in 2 weeks
prepare makanan my girl-once in 2 weeks

Hari ini my girl, makan apple puree+rice for b/fast..tak sangka plak dia happy dgn menu tu..dalam sibuk2 dan tak2 larat aku ni..aku rase life kami dah gradually a bit organized di sini..kalu ikutkan mmg aku kepenatan..tapi terpaksa kuatkan smgt sbb mmg takde sape yang bule tlg diri kita melainkan diri kita sendiri..selepas solat jemaah maghrib, aku dah kuyu..my darling pon agaknya kasihan tgk her beloved wife..ditambah lagi period aku yang lambat datang..menambahkan kerunsingan..so far aku test mmg negative..mungkin sbb perubahan hormon dan aku terlalu penat membuatkan period aku lambat...

Kalu dah life bz cenggini mmg takde chancela aku nak gemuk2 sgt..lagi2 kalu kene stay up, hidup dah jadi cam zombie..camne aku nak buat lagi..kalu dah siang aku takleh concentrate sbb kerana penat..terpaksala aku berjaga malam bilamana my darling ada utk jenguk2an anak2..aku lihat my darling pon dah mulai rapat dgn anak2..my son dah bule tido tanpa aku walaupon terpaksa nangis2 dulu..but at least dia nampakla perubahan dia leh tido tanpa aku..tadi aku timbang pon dah susut ke 51.5-52kgs..aku ingat nak try dapatkan 50kgs..bukan ape persiapan balik mesia..mmg konfem aku sng2 nak tambah berat lagi 2-3kgs..

Aku just cant imagine if at this stage dalam masa aku bz, dalam umah aku ade org ketiga e.g maid...dalam aku bz mesti serba sedikit layanan utk my darling tak dapat aku nak tumpukan 100%..dan lagi melecehkan kalu org ketiga itu pula mengambil kesempatan di atas kesibukan aku ini sprt menangguk dia air keruh..mmg sungguh tak sanggup! Biar saje aku penat di sini tanpa pembantu..yang pastinya aku puas dgn hasilnya..tak juga aku melatah hidup tanpa pembantu..rumah aku tetap teratur dan keluarga aku masih lagi bule menikmati makanan pelik2 dan enak2..my girl siap aku kasik makan makanan pelbagai, yang lebih nutritious and original dr aku beli kat kedai..sama juge utk my boy, skrg dah kurang miss makan sprt yang sebelum2nya..

Baru2 ni aku tukar pattern schooling private my boy ke 5 half day session per week...biar dia puas duduk di sekolah dan tak buat peel pelik2 lagi di dalam rumah..so, aku pon kurang sakit kepala..cume lani bile my girl dah mulai membesar dia plak dah pandai demand dan nak selalu dipegang...

Tuesday, October 03, 2006

My children update

Hari ni is my boy first state school. Mula2 aku ingat dia akan menangis bila aku meninggalkannya..tgk2 bile aku come to pick up dia pukul 11.45 pagi..dia nampak happy..i asked him..

'Do you like school?'

he smile and nodded. Slowly he replied..

'Yes'

I know my boy enjoy school very much..Utk kali keduanya aku melihat anak aku kian membesar. Dah pandai gather sentence, his words much clearer, can count to 5 and my effort now is to teach him to count to 10 and recognize letter from a-z. Harap2 aku akan berkesempatan.

Balik dari sekolah, as usual he asked for cereal. Kemudian aku bekeras memberikan my boy pilihan antara cereal and nasi. I try to convince my boy..

'Which want do you want to eat for your lunch..is it still cereal or rice and chicken?You have to eat rice and chicken if you want to see your sister at play-school. But if you prefer to eat cereal, you will be just staying at home. You have to eat more nutritious food and not just cereal to make you more energetic, darling. If you dont eat, how can you play?'

My boy first hesitation has changed with joy when he eventually agreed to take the rice and chicken. Alto I have to feed him to make him eat but still I feel the victory on the mother side for the succesful persuasion.

Tuesday, September 26, 2006

makan..makan..makan..

kalu dok citer makan dgn aku ni..sampai ke bile2 mmg tiada titik noktahnya..kepala aku ni mmg sarat dgn makanan..aku rase2la mesti org yang tak pernah jumpa aku dan sekadar baca blog aku..akan kate aku ni besar macam tong drum sbb asik pk makanan..biarkanla..janji hati aku gembira dan sentiasa bahagia..

hari ini aku menjenguk website:-
http://hanieliza.fotopages.com/?entry=852431

kalu tgk web tu lama2, mmg mata pon naik juling..mulala dalam fikiran rase nak masak itu dan ini..paling meliurkan adalah karipap pusing dia..mengancam jiwa raga betul..

Saturday, September 23, 2006

40 KESILAPAN IBU BAPA

Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
Kurang melahirkan kasih sayang
Sering mengeluh di hadapan anak-anak
Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
Tidak menggunakan bahasa yang betul
Suka bertengkar di hadapan anak-anak
Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
Tidak tegas mendidik anak-anak
Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali

Thursday, September 21, 2006

Nak kurus

Mmmm smlm aku dapat free catalogue Littlewood direct..bile tgk model dia slim2..aku plak teruja..teruja nak slim..dalam2 pada aim nak slim..aku plak sendiri tak cukup semangat..asik nak makan aje..smlm aku dok ofis..tak bule duduk dia..mesti kepala berfikir nak pi kedai dekat ngan opis..nak carik coklat makanan penenang..aku rase cam nak gigil tak makan bende2 manis...mmg pon skrg makanan manis kat rumah aku dah kene cut as aku tak sebenarnya tak suke makan makanan manis..kalu ikutkan lani aku dah 54kgs..tu hari dah elok dapat 53kgs..kemudian aku dah melantak..dia dgn mudahnya nak naik balik..aku kene menten makan jamu nona roguy..biar menten buang sisa toksik tu...kalu bule nakla dapat 51kgs..lagi cun 47kgs..tapi tak tahu ntah bile2..fasalnya baru aku nak susut..mulala ade godaan2 bermacam2 untuk menaikkan berat badan aku yang sedia chubby..yang merungsingkan aku adalah..lemak gelebey diperut dan lebihan dia lengan..kalu aku ade masa exercise mmg aku dah pi exercise..tapi sbb aku bz dan aku dah letih ngan kerja2 dalam rumah dan opis..membuatkan aku nak exercise angkat kaki malam2 pon malas or tak larat..

Saturday, September 16, 2006

Baby food again...

Aku rase aku ni fanatik makanan..sbb tu aku susah nak slim macam kawan2 aku yang lain..sbb kat kepala asik ingat nak makan aje..heheheh..hari ni aku belek2 lagi buku Baby's food..sekali lagi..naik juling mata aku dibuatnya..org puteh ni mmg aku tgk makanan dia sedap2la..mungkin sbb aku dah bosan dgn makanan negara aku kot..yang biasa adalah kari, ayam masak merah, korma..dan makan2an cenggini susah utk baby nak terima lagi2 yang masih kecik..

My girl nampaknya happy makan peas+carrot yang aku buat kelmarin..memang mudahle buat makanan baby..buat sekali banyak..dan defrostkan aje kalu nak makan..mmgla ade stgh org..dan kalu aku sendiri pon tak suke nak makan bende2 frozen..but, utk baby aku tutup mata ajela..lagipon aku ni bukannya surirumah sepenuh masa nak ambitious sgt nak jadik perfect wife or mother. Aku tak nafi ade org sanggup bangkit pagi2 masakkan utk anak2. Tapi pada aku..itu cara masing2 nak uruskan rumahtangga masing2..kalu ikutkan lagi fresh lagi bagus..but kalu nak tgk ngan situasi aku skrg..biarlah aku pilih cara yang aku suka dan mudah..sbb pada aku..lebih baik aku kasik bende frozen dan makanan tu plak perlbagai daripada aku kasik makan ready made food yang ntah ape preservative dia bubuh kat situ. Lagipon sng keje aku, memasak sekali daripada aku masak hari2 tapi my girl makan ciput..kalu gitu lagi sakit jiwa..
Elok plak kalu baby tu kureng apetite, lagi rase tak berbaloi..masak penat2..baby plak tak mo makan..akunye pemikiran kok ye nak buat makanan baby..biarla makanan tu makanan yang aku pon suke nak makan..maksudnya..kalu kite org dewasa tgk makanan tu lazat..sure baby tu akan rase lazat juge..So far, my girl mmg tak banyak kerenah..makan banana+rice sokmo aje kalu aku tak sempat nak masak food dia..as dia pon elok plak suke makan banana. Banana 2 ketul baru 44p..itupon dia tak abih2 makan dalam masa 1 minggu..bule lagi aku wat jumput2 pisang pagi tadi..

Aku ingat ni ari aku nak beli sweet potato..mesti nyummy kalu anak aku makan..pahtu aku frozenkan sekali lagi..Ade satu lagi resepi aku leh cube..fish pie..tuna+sweet corn+peas+potato+susu..masak dan kemudian blend..dan frozenkan..nyummy tak agaknya ye? kene buat kuantiti sket aje ni..kot2 my baby tak suke makan tuna..banyaknye projek..itu lom lagi projek mencari resepi apa sesuai tuk my darling punye bekal..or makanan dinner kami..especially nak masuk ramdahan ni..mmm..makan..makan..makan....

Wednesday, September 13, 2006

My children food

Sejak dua menjak ni..my boy seolah2 hilang apetite makan. Asyik2 makan cereal from b/fast, lunch and dinner. Dan my girl plak as usual..bile sebut bab2 makan memang dia maintain. Cume yang aku perasan, dia tak berapa nak makan ready made food sama seperti aku semasa mengandungkan my girl dulu2. Ntah apa yang kuat sangat deria rase, roti prata yang aku selalu suke makan dgn tiada masalahnya semasa tak mengandung, aku bule terasa macam banyak sgt preservative. Kemudian sume makanan aku tak berapa lalu masa awal2 mengandung kecuali whipe potato yang itupon aku buat sendiri. Puas cube resepi itu dan ini, barulah masakan mash/whipe potato aku menjadi. Mungkin sebab aku suke makan, sbb tu aku suke cube resepi itu dan ini.

Untuk mengatasi masalah my boy yang agak cerewet fasal makan, ada masanya during weekend aku masak nasi lemak utk family. Elok plak ade sambal instant yang dah berkurun lama aku tak pakai2. Sekarang ini adalah masa aku mengorek2 dan menghabiskan stok2 makanan aku. Rugi membazir unless memang makanan yang aku beli tu or orang beri semasa melawat kami aku tak dapat nak telan, memang aku hadiahkan kat orang lain plak kalu mereka datang ke rumah. Hari ini ingatkan nak masak kari, tapi rase2 cam nak tukar plan nak masak sup ayam aje. Kari pon ok, bule buat panas badan, but better lagi kot sup ayam as takdela renyah sgt nak ngemas2 dapur as kalu masak kari yang paling aku tak gemar kuah dia suke memercik2, malas plak aku nak kemas2kan cooker tu nanti.

Hari ni entah apa angin...aku masakkan my girl peas and carrot. Mungkin sbb semalam, aku dapat info happy from Zoe the responsible person yang jaga my girl di nursery yang my girl enjoy very much eating peas..sebab itula dari smlm hingga ke hari ini her pooh in green colour. Hari ini, aku buat percubaan beri makan kedua2 anak sekali. Ini adalah persediaan bila my boy nak masuk state school nanti yang mana aku kene arrange masa pick up dia and sampai rumah siap2 makan kedua2 permata hati aku sebelum dihantar ke nursery or rumah org lain utk dijaga. Aku readykan siap2 makanan mereka berdua dan silih berganti aku suap depa makan. It was fun! I enjoy it very much! It is fun if you have some time to spare with ur children and they growing with your magic hands and with ur own ways. The result is absolutely amazing and fulfilling. Smlm aku dah siap2 masakkan pasta gravy untuk my boy. Dan kali ini memang dia bersemangat nak makan. Hati aku berbunga2. Aku tahu my boy suke bende yang lain dari yang lain or colourful to attract him to eat. Satu mangkuk besar my boy makan. My little princess as usual makan mash banana+dried rice+milk. Dia mmg suke makan banana, memang sejak dia start solid..memang her favourite food is banana sbb tu aku suke panggil anak aku 'Princess Banana'. For my boy nanti aku kene fikir2kanla menu apa yang aku nak buat untuk dia..as lani dia kurang nak makan nasi. Hopefully dia akan makan sup yang aku buat nanti...skrg ni dia banyak makan roti..roti..and roti..as long as dia tak miss fruit aku takdela ralat sgt. Ini pon dia tgh sibuk mengunyah grape..Sementara buah murah kat sini, memang stok buah kami sentiasa maintain. Hari ini my boy tgk cerita big cook little cook dalam tv. Dia dah sibuk2 nak buat donut plak. Aku plak dah lama tak buat aktiviti bersama ngan my boy buat donut or cake cam aktiviti dia kat nursery. Nantila kalu aku ada masa, aku akan allocate time utk aktiviti menguli donut..

Yang seronoknya, my boy dah mula pandai mengira from 1-5. Dia dah bule distinguish between big and small. Dia dah banyak kenal colour and shapes which aku cube praktiskan introduce kat dia dgn benda harian. Like..

what colour is your grape..?
what shape is your grape..?
how many plate do you have?
what shape is your doughnut?
how many eyes do you have?
how many toes do you have?

All those tricks, I get from Baby Einstein card yang mmg menarik perhatian anak2 belaja secara tak sengaja. Same as masa kami keluar shopping, we show him brocolli, cauliflower, carrot dan sebagainya. I know actually children can pick up all these earlier than my boy as aku start a bit late for my boy. Hoepfully for my baby aku tak terlalu lewat. In case aku takde banyak masa tu spend for my girl, harap dia dapat learning faster dari abg dia.

Lani aku tgh menunggu peas and carrot tu frozen supaya aku dapat masukkan ke dalam bag utk didefrost kalu nak makan next time. Jimat pon ye..seronok tgk anak makan natural food pon yer juga..Utk condition aku skrg ni, lagi mudah aku prepare makanan sekali once a week for my girl. Dan yang lagi memudahkan aku, my girl mmg suke makan banana dan from my reading, baby doesnt mind repitition. So, lagila mudah kerja aku.

My darling pon aku siapkan bekal siap2. Bawakkan buah lagi tuh..Pada aku, biar satu family makan makanan sihat dan cukup zat and no junks. Tapi yang peliknya aku makan junks takpe plak...heheheh..agaknya dah tabiat aku dari kecik sukekan snack2 cume bile aku dah duduk oversea susah nak jumpa bende2 ni...tu yang kurang sket problem nibbling aku with junk foods. Ingatkan bila2 aku nak ctc SIL aku berkenaan makanan ginseng biras aku, untuk bagi sihat suami aku..ishkk beriya aku ni nak kasik sume org sihat..health conscious ke aku ni?? Bukan ape, aku suke kalu tgk my darling bertenaga..but ini bukan citer pasal tenaga batin tau!...ini tenaga supaya dia sihat dan tak sakit2 tau...

Misi aku utk tidurkan anak2 awal before 10 dah accomplish...so that I have free time with my darling during the night time . Even aku able to read them story book walaupon mula2 tu aku rase cam letih amat2 nak bercerita..tambah lagi my boy suke request nak baca sampai 2-3 buah buku...

My next mision is..TUNGGU!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, September 05, 2006

SUAMI YANG LALAI DALAM TANGGUNGJAWAB

Kemampuan sesorang itu memimpin diri dan ahli keluarganya ke jalan yang benar akan dapat mengelakkan dirinya dari kebinasaan (terjun ke dalam neraka).Jadi, kalau dia dapat mengelakkan dirinya dan ahli keluarganya dari terjun ke neraka, maka itulah bukti cintanya yang sebenar. Allah swt. terlah berfirman yang maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia-manusia yang sombong dan engkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala……”

Allah swt menyuruh kita memelihara diri kita mentaat segala peraturan Allah yang telah diperintahkan samada perintah-perintah yang berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah, sunat-sunat Muakad dan Khair Muakad. Inilah bentuk-bentuk perintah Allah yang mesti kita taati dan patuhi. Semua amalan perintah ini hendaklah kita lakukan dengan ikhlas dan jujur dengan niat semata-mata kerana Allah dan bukan lain dari Allah.

Maksud ‘Peliharalah diri kamu’ itu bukan sahaja sekadar mentaati segala perintah Allah tetapi juga adalah menjauhi segala larangan Allah kepada diri kita seperti dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil dan juga larangan yang mendatangkan makruh. Contoh-contah dosa besar seperti berzina, minum arak, makan riba, mencuri dan lain-lain. Manakala dosa-dosa kecil seperti melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah atau bergaul lelaki perempuan yang diharamkan oleh Allah dan sebagainya. Dalam perkara makruh juga perlulah dielakkan kalau kita hendak memelihara diri daripada seksa api neraka.

Allah swt. maksudkan ‘Ahli keluarga kamu’ itu ialah,isteri-isteri kita, anak-anak, orang-orang gaji dan sesiapa saja yang di dalam jagaan kita. Tanggungjawab kita kepada ahli keluarga ialah menjaga, mendidik,mengajar dan memimpin mereka dalam melakukan perkara-perkara sepertimana yang Allah tanggungjawab pada diri kita sendiri. perlulah disuruh anak isteri melakukan perkara-perkara yang berbentuk fardhu ain,fardhu kifayah dan perkara-perkara sunat yang lain.Wajib pula menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti berzina, mencuri, dedah aurat, mengumpat, hasad dengki, takbur, riak dan lain-lain lagi.

Jelaslah di sini bahawa peringatan Allah dalam memelihara diri lita bukanlah terhad kepada diri kita sahaja, ia adalah meliputi seluruh keluarga kita serta mereka-mereka yang berada di dalam jagaan dan keluarga kita. Kalau kita tidak memimpin dan mendidik ahli keluarga kita, kita masih lagi belum terlepas dari seksaan api neraka. Kerana Allah telah perintahkan,“peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu.”

Sesungguhnya seorang hamba Allah itu diperhatikan dihadapan mizan atau neraca atau timbangan di hari kiamat nanti sedangkan bagi seseorang itu mempunyai amalan yang banyak seperti gunung besarnya. Tetapi setelah ditanya tentang bagaimana ia mengendalikan ahli keluarganya dan bagaimana ia mengusahakan harta yang didapati iaitu dari mana ia mendapatnya dan ke mana ia belanjakan. Setelah ditanya semunya sehingga habis semua amalannya yang banyak itu dan yang tinggal hanyalah dosa-dosanya sahaja.

Daripada hadis Rasulullah saw yang menunjukkan bagaimana amalan seseorang itu walau sebesar manapun akan hapus disebabkan ia tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anaknya dan semua mereka yang berada di dalam jagaannya, maka berkatalah malaikat,bahawa inilah orangnya yang telah menghapuskan semua amalan kebajikan oleh ahli-ahlinya dan anak-anaknya semasa di dalam dunia.

Adalah diriwayatkan oleh setengah-setengah ulama bahawa sesungguhnya pertama-tama yang bergantung kepada seseorang lelaki itu ialah isteri dan anak-anaknya. Maka, memberhentikan akan dia itu oleh mereka di hadapan Allah dan berkata mereka itu kepada Allah, ‘Wahai Allah! Ambil olehmu bagi kami dengan hakmu daripada lelaki ini. Iaitu selesaikan dulu hak kami dan kewajipan lelaki ini terhadap kami, sebab ia tidak mengajar kepada kami suatu hukum pun. Lelaki ini tidak menunjuk ajar kepada kami tentang hukum-hukum syariat dan hukum-hukum agama yang telah Engkau turunkan ke dunia. Oleh itu kami sekarang hendak menuntut hak kami. Kerana dialah kami jahil. Kami tidak kenal apa-apa melainkan makan minum dan rumahtangga kami sahaja. Hati kami gelap dan akal kami
pun gelap dan hati kami juga buta.Dan lelaki ini telah memberi kami makanan daripada harta-harta yang haram.Dia menerima harta riba dan rasuah dan diberinya kami makan.Dia membeli barang-barang najis dan menyuruh kami makan. Sedangkan kami mengetahui pada ketika itu samada barang itu haram atau halal.Baru hari inilah kami sedar.Oleh itu Wahai Tuhan,tahanlah ia dahulu, dan kami minta segala kesalahan yang ada pada kami serahkan padanya.

Maka pada ketika itu setelah anak dan isteri mengadu dan merayu kepada Allah, Allah menerima segala pengaduan kerana saksi-saksinya telah jelas. Dan kalaulah pada ketika itu kita masih cuba berbohong,maka setiap helai rambut kita, semuanya akan menjadi saksi. Setelah diadili setiap kesalahan yang diadukan oleh anak isteri itu, maka Allah membalas akan kesalahan itu dengan siksa yang amat pedih dan dahsyat walaupun kebajikannya banyak dan walaupun timbangan amalnya begitu berat sekali. Kesalahannya terhadap anak isteri kerana tidak menyampaikan seruan agama ketika di dunia hingga menyebabkan mereka jahil itu boleh menghapuskan semua amal kebajikannya. Akhirnya suami itu terjerumus sama ke dalam neraka.

Adapun salah satu daripada kebinasaan yang boleh menimpa kepada seorang suami sepertimana yang difirmankan di dalam Al Quran yang maksudnya:

“Wahai sekelian orang yang beriman, janganlah segala harta-harta dan anak-anak kamu cuba melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barang siapa yang berbuat demikian itu,
merekalah orang-orang yang rugi di akhirat kelak.”

Firman Allah lagi yang maksudnya:

“Barangsiapa yang berpaling dari mengingatKu (Allah),maka hidup yang sesat sempitlah jadi baginya.”

Ingatlah satu peringatan Allah kepada seorang suami agar suami-suami sedar bahawa harta-harta serta anak-anak isteri boleh melalaikan mereka daripada mengingati Allah atau khusyuk di dalam beribadah kepada Allah.

Di antara perbuatan mengingati Allah yang terpenting sekali ialah sembahyang. Kalau di dalam sembahyang kita asyik teringat bagaimana hendak mengumpul harta untuk memberi kemewahan dan kesenangan kepada anak isteri atau bagaimana hendak memujuk hati isteri supaya dia sentiasa gembira, maka jangan mimpilah di dalam perkara-perkara lain kita boleh ingat kepada Allah seperti ketika kita bekerja mencari rezeki,ketika kita mendapat kesenangan dan sebagainya. Dan yang paling menyedihkan ialah dalam usaha dia mengumpulkan harta-harta itu, dia tidak akan menghiraukan lagi tentang larangan-larangan Allah dan tidak memikirkan bagaimana hendak mendapatkan harta yang halal. Orang-orang seperti inilah yang akan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang membinasakan diri di sebabkan oleh anak dan isteri.

Dalam pada hati seseorang itu sentiasa bimbang untuk mendapat berita untuk anak dan isteri yang kononnya akan menjadi bekalan bagi mereka apabila dia telah mati nanti, maka kata ulama, orang seperti ini biasanya akan menjadi orang yang bakhil, lokek dan kikir. Apabila seseorang itu sudah bakhil, lokek dan kikir, inilah celaka yang paling besar yang boleh membinasakan dirinya. Bukan sahaja bakhil yang dimilikinya itu merupakan bakhil yang berkaitan kepada perkara yang menjadi wajib bagi dirinya, seperti mengeluarkan zakat dan membantu fakir miskin serta anak yatim.

Kalau hartanya telah menjadi begitu banyak, rasa takut dan bimbang lahir di dalam hatinya kalau-kalau dicuri orang, maka dia akan menyimpannya di dalam bank. Hasil dari simpanan itu, hartanya akan bertambah atau beranak-ranak kerana riba yang dibayar oleh bank.Dengan demikian akan bertambah lagi satu kecelakaan bagi dirinya. Lebih-lebih lagi celaka bagi dirinya,kalau dia hanya mengeluarkan bunga dari simpanannya itu untuk makan minum dan belanja anak isterinya.Jelaslah suami itu sendiri memasukkan najis ke dalam perutnya dan perut anak isterinya.

Lagi satu kebinasaan yang akan menimpa kepada seseorang suami itu sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ghazali ialah akibat daripada suami-suami yang tidak melaksanakan hak kepada anak-anak dan isteri.Mereka-mereka ini adalah terdiri dari suami-suami yang tidak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya sehingga sanggup membiarkan mereka melakukan perbuatan yang melanggar syariat.

Perkara yang melanggar syariat yang boleh dilakukan oleh anak isteri adalah banyak sekali daripada perkara yang haram hinggalah kepada perkara yang makruh dan dari kemungkaran yang kecil-kecil hinggalah kepada kemungkaran yang besar-besar. Seorang suami itu boleh menerima kecelakaan, kalau anak-anak dan isterinya melakukan kemungkaran atau melanggar syariat seperti mengumpat, mengeluarkan kata-kata lucah, mendedahkan aurat, mendengar lagu-lagu yang mengkhayalkan atau anak-anak perempuannya atau isterinya memandang kepada
seseorang lelaki yang bukan muhrimnya.

Begitu juga, syariat melarang keras suami tunduk dan menjadi hamba kepada isterinya. Kecelakaanlah bagi suami-suami yang mengikut cakap isterinya dengan ertikata cakap-cakap isteri yang melanggar hukum-hukum syarak.

Misalnya, di dalam soal poligami. Allah swt mengizinkan suami untuk berkahwin lebih dari satu iaitu dua, tiga dan empat. Syariat tidak mensyaratkan suami untuk mendapat keizinan isteri kalau hendak berkahwin lagi satu samada yang kedua, ketiga atau keempat. Kalaulah ada syarat-syarat yang menghendaki suami meminta izin daripada isteri-isteri untuk berkahwin lagi satu, ini adalah satu kecelakaan kepada suami kerana suami terpaksa tunduk kepada isterinya dalam hendak melaksanakan perkara yang dibenarkan oleh syariat.

Ertinya, kalaulah ada suami yang hendak berkahwin lagi satu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana terpaksa meminta izin kepada isterinya, suami telah menjadi hamba kepada isterinya. Di sini bukan pada suami sahaja yang berlaku kecelakaan itu, malah pada isteri pun demikian juga kalau isteri-isteri yang menghalang suami berkahwin lagi satu adalah menentang hukum syarak.

Seorang suami yang tidak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya atau menjadi Pak turut, suami itu telah tunduk kepada hawa nafsu isterinya. Suami seperti ini, sebenarnya tidak dapat menunaikan hak terhadap isteri dan anak-anaknya, maka suami itu dianggap sebagai seorang yang dayus. Orang yang dayus tidak akan masuk syurga. maka tersuratlah di depan pintu syurga sepertimana firman Allah swt yang bermaksud:

“Engkau hai syurga haramlah atas segala lelaki yang dayus.”

Inilah ancaman kepada seorang suami yang tidak dapat menunaikan hak terhadap isteri dan anak-anaknya, suatu ancaman yang datang dari Allah swt dan Rasulullah saw. Di dunia ini kita diancam tetapi bila di akhirat kelak kita tidak akan diancam lagi tetapi kita akan ditempelak. Allah akan tempelak kita sebagaimana firmannya yang bermaksud:

“Adakah tidak kami datangkan ke atas kamu Rasul-Rasul?Menerangkan kepada kamu ayat-ayat Kami,pengajaran-pengajaran Kami tentang suruh dan larangan.Kenapa kamu tidak suluh? Kerana apa kamu tidak terima?Kerana apa kamu tidak ikut? Meraka akan jawab, “Ya Allah! Rasul-Rasul sudah datang, Rasul-Rasul sudah terangkan dan Rasul-Rasul telah tinggalkan semua itu kepada kami. Tetapi kami lupa dan kami yang buta.“Kemudian di jawab Allah,” “Apa boleh buat kerana sekarang ketetapan azab sudah berada, ketepatan azab sudah berlaku, ketepatan azab sudah tetap di atas kamu. Kamu akan terjun ke neraka.”

Jelas sepertimana apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali bahawa orang yang tidak mampu mengajar anak isterinya,tidak mampu menerangkan hukum-hukum Allah dan tidak mampu menyampaikan yang hak kepada anak dan isterinya,maka dialah orang yang menempah jalannya ke jurang kebinasaan iaitu terjun ke dalam neraka.

Kemudian menurut Imam Ghazali lagi, bahawa sesungguhnya kebinasaan yang terdapat bagi seseorang yang berumahtangga itu adalah sangat banyak dan sangat merata, hingga tidak dapat hendak diperkatakan satu persatu. Seseorang itu tidak akan dapat sejahtera daripada kebinasaan ini melainkan orang itu benar-benar mempunyai ilmu pengetahuan agama dan mempunyai hikmah dan kebijaksanaan dalam memimpin dan mendidik anak isteri di dalam rumahtangga. Dan orang itu pula adalah yang mendapat pimpinan Allah setelah dia benar-benar suami yang sentiasa berdoa dan memohon sungguh-sungguh kepada Allah agar Allah membantu dia dalam mendidik dan menakluki anak isterinya, agar dia benar-benar dapat menunaikan kewajipan-kewajipan yang telah diamanahkan Allah swt kepada anak dan isteri.Dan akan anak dan isteri pula sanggup menerima dengan lapang dada.

Dalam hal ini tunjuk ajar kita adalah dengan tujuan agar anak dan isteri kita dapat memiliki iman orang-orang saleh kerana apabila mereka dapat memiliki iman ini, mereka juga kelak akan beramal sebagaimana orang saleh beramal. Dan sekiranya kita tidak berupaya menunjuk ajar mereka, serahkan kepada tok-tok guru..Ajak mereka mengaji Fardhu ain sama-sama. Sebab ini adalah kewajipan kita yang bukan saja tinggal di dunia saja tetapi akan berkait hingga ke akhirat. Di sana kita sebagai suami akan ditanya dan akan diungkit lagi oleh Allah swt.

NAFKAH BATIN: BUKAN HANYA KEPERLUAN SEKS

Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt.

Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan untuk mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru sahaja.

Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir(seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal)kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana pula dengantuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu.

Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai bersembahyang, tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan tidak tahu hukumhalal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya.

Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud:

“Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu,kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya.”

Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah.Barangsiapa yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan ke neraka. Nabi saw pernah bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud:

“Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli keluarganya.”

Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami kepada ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak isterinya ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf. Tujuan mempelajari ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah.Contohnya, mempelajari sifat yang wajib,mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam.

Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah menerusi firmannya bermaksud:

“Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan isterinya (dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat).”

Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas dan berwuduk serta masalah haid,nifas dan wiladah. Juga mengenai cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi.

Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang dilaksanakan itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat riyak, ujub (hairan kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi.

Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-rakan, jiran tetangga serta masyarakat.

Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakannya. Juga tentang akhlak semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka dengan bahasa yang kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika tercetus dari mulut ibu kata-kata seumpama “Beruk punya anak1” maka lahirlah watak beruk pada si anak yang sukar untuk dilentur perangainya.

Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika berhadapan dengan ibubapa dan mertuanya.Memuliakan keluarga suami lebih daripada yang lain.Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran tetangganya.Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain.

Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala ujian dan perintah-perintah Allah swt.Ajarkannya batas-batas aurat dan batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan, dan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya. Dan supaya isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.

Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang patuh kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun senang. Dia akan menjadi insane yang sentiasa menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa mendoakan keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu.

Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak.

Ibnu Abbas pernah berkata: :Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka.”

TANGGUNGJAWAB SUAMI

Rumahtangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan kegagahan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumahtangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumahtangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelumbutan isteri semata-mata.
Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredhaan Allah swt.pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardhu ain). Firman Allah swt bermaksud:

“Peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksa neraka.”

Setelah kita mengetahui sifat-sifat seorang suami,perlu juga diketahui tugas dan tanggungjawabnya iaitu:
1. Menjadi pemimpin keluarga
2. Mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardhu ain(wajib) iaitu tauhid, feqah dan tasauf.

Ilmu tauhid: Diajarkan supaya beriktiqad ahli Sunnah Wal Jamaah. Mengajar sifat-sifat yang wajib, mustahil,harus bagi Allah dan Rasulullah saw. Rukun Iman, Islam dan lain-lainnya.

Ilmu feqah: Mengajarkan mereka supaya ibadah yang tunaikan itu menepati syariat Islam, seperti soal-soal kerukunan dalam sembahyang dan puasa. Mengenai perkara yang halal, haram, harus, makruh dan sunat.

Menerangkan kepada isteri mengenai haid, nifas dan wiladah malah perkara-perkara yang berkaitan dengannya serta hukum hakam menyucikan najis (mughallazah,mukhaffafah dan mutawassitah).

Contoh bagi mandi hadas besar (haid kering):
Apabila darah haid itu kering menjelang waktu maghrib,hendaklah ia segera mengangkat hadas besar dan menggantikan dua waktu sembahyang fardhu yang tertinggal iaitu zuhur dan asar. Jika suci pada waktuIsyak maka hendaklah diqadhakan sembahyang asar dan maghrib. Begitulah seterusnya jika di waktu yang lain.

Ilmu Tasauf: Mendidik ahli keluarga supaya sentiasa berakhlak dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya dari dirosakkan oleh riak, sombong, bangga dan menunjuk-nunjuk serta mengadu domba. Sabda Rasulullah saw bermaksud:

“Tidak mendapati akan Allah oleh seorang dengan dosa yang terlebih besar daripada dosa yang jahil akan segala isi rumahnya.”

Ini bermakna suami yang tidak mengajar isteri-isterinya mengenai perkara-perkara yang fardhu ain dan membiarkan mereka di dalam kejahilan.

3. Memberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal dari sumber dan usaha yang halal. Ingatlah para suami,kewajipan kita terhadap mereka ialah melayani dengan baik dalam hal di atas. Sabda Rasulullah sawbermaksud:

“Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makanan kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olokkan dia dan juga tidak bolehmeninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isterinya membangkang).”

Berkata setengah ulama:

“Sesungguhnya sekali membeli pakaian anak isteri yang menyukakan hati mereka maka suami akan mendapat pahala selama 70tahun.”

4. Tidak menzalimi anak isteri iaitu dengan:
 memberi didikan agama secukupnya.
 Memberi nafkah zahir dan batin secukupnya
 Menegur, menasihati dan menunjuk ajar jika mereka melakukan maksiat dan kesalahan.

5. Hendaklah memberi nasihat jika isteri gemar mengumpat, berleter serta melakukan sesuatu yang bersalahan dengan perintah agama. Selalulah ceritakan gambaran-gambaran wanita yang diseksa di atasperbuatan yang sedemikian.

Kaum wanita tidak digalakkan menziarahi ke rumah orang lain. Ini bukanlah bererti tidak boleh berziarah langsung. berziarah itu boleh tetapi biarlah kena pada tempatnya.

Sedangkan lidah tergigit, inikan pula kita manusia biasa. Tambahan pula bila sudah hidup bersuami isteri.kena sabar dengan kerenah suami, kerenah isteri dan anak-anak.

Di antara perkara yang boleh membawa kepada kebinasaan berkahwin apabila suami tidak memberikan nafkah yang halal kepada ahli keluarganya. memandang ringan akan hak-hak keahlian mereka apatah lagi jika membiarkan mereka susah dan menderita. Rasulullah saw telahmengingatkan dengan sabda yang bermaksud:

“Memadailah seorang itu derhaka dan dosa bahawa menghilangkan ia akan hak orang yang wajib dinafkahinya.”

Dosa yang paling berat sekali apabila suami tidak menunaikan mas kahwin kepada isterinya sepertimana yang dijanjikan. hal ini telah diperjelaskan oleh baginda dengan maksudnya:

“Siapa sahaja seorang lelaki yang mengahwini perempuan dengan mas kahwin sedikit atau banyak, sedangkan dalam hatinya ia tidak berniat untuk memberikan hak kepada perempuan tersebut (mas kahwin) kepadanya. maka ia meninggal dunia sedang ia belum memberi hak perempuantadi kepadanya maka ia akan menjumpai Allah di hari kiamat nanti dalam keadaan berzina.”

Berkata pula Imam Ghazali: Kebinasaan berkahwin ini umumnya tiada sejahtera daripadanya melainkan orang yang alim akan ilmunya yang dapat memberi manfaat di hari akhirat. Mempunyai akal yang sempurna dan baikakhlaknya malah mengetahui dengan mata hatinya akan adat dan sikap seorang wanita itu. Sabar ia di atas segala kejahatan lidah isterinya dan tidak mengikut segala kehendak hawa nafsunya melainkan bermuafakatdengan perkara yang bertepatan dengan syariat.

Secara ringkas di sini dapatlah diertikan, seorang suami yang alim (mengetahui) akan ilmu-ilmu keagamaan itu mestilah mendidik isterinya dengan penuhberhikmah. Tidak mengambil sesuatu tindakan yangmelulu sebaliknya bukanlah bermaksud tunduk dan patuh di bawah telunjuk isteri. Malah bersikap lapang dada dalam menghadapi sesuatu masalah sebab Allah menguji seseorang itu mengikut kemampuannya.

Sikap kita di alam bujang dan alam rumahtangga akan jauh bezanya baik yang lelaki mahupun perempuan. Apa yang lebih membimbangkan bila seorang lelaki itu telah memasuki gerbang rumahtangga di mana sikapnya di zaman bujang yang terkenal dengan kuat bersembahyang sunat,puasa sunat, bezikir dan bersedekah telah berubah.Berubah menjadi seorang yang leka dan selalu menyibukkan diri dengan anak isteri. Bekerja keras untuk mengumpul harta dan kemewahan semata-mata untukkeluarga. lebih buruk lagi bila sifatnya yang pemurah tiba-tiba menjadi kedekut dan sombong dengan harta yang ada.

Inilah masalah yang perlu kita semua ambil perhatian.Bukan sahaja kepada golongan suami, isteri sendiri mestilah memainkan peranan membantu suami dalam mengatasi masalah tersebut. Bukannya mengungkit,menghasut dan memaksa suami melakukan itu ini yang diluar batas kemampuannya. Mencari rezeki untuk memudahkan keluarga memanglah digalakkan tetapi biarlah kena pada tempat, masa dan keadaannya,janganlah pula sampai tertinggal ibadah yang wajib!Sebab, telah berkata Abi Sulaiman Ad Darani r.t:

Barang yang membimbangkan akan dikau daripada mengingati Allah swt iaitu daripada ahlinya dan hartanya dan anaknya maka iaitu celaka atasmu.

Kesimpulan, bersikap sederhanalah dalam mengatur dan menyelenggarakan sebuah rumahtangga. Sentiasalah mengadakan perbincangan dengan isteri (tambahan kalau yang beristeri lebih dari satu) terutama dalammujahadah mengikis nafsu mazmumah yang masih lagi berkarat di hati-hati kita. Seorang suami mestilah bersikap tegas di atas sikap anak isteri bila mengerjakan perkara mungkar yang berlawanan dengan syariat samada yang haram, makruh, harus ataupun perangai yang kurang beradab. Dayuslah seorang suami jika dia sama-sama menjadi tukang sokong sekaligus bersubahat dengan keluarganya. Allah sentiasa mengingatkan hamba-hambanya supaya bertolong-tolong dalam perkara yang mendatangkan kebajikan bukan sebaliknya kerana ianya mendatang dosa dan seteru.

Akhir kata dari saya, Allah telah mengingatkan para suami dengan firman yang bermaksud:

“Dan ketahuilah harta dan anakmu itu adalah fitnah.”

Maka marilah kita jagai mereka agar selamat dari bala bencana dunia akhirat. Itulah keistemewaan kita sebagai suami, kelebihan satu darjat kaum lelaki itu dari wanita ialah darjat suami yang bertanggungjawabdan berkewajipan dalam mengeluarkan belanja.

BOLEHKAH ISTERI MENUNTUT HAKNYA?

Apabila seorang wanita itu masuk ke gerbang perkahwinan,terbukalah tujuh pintu syurga dan tujuh pintu neraka.Ketika itu mereka digelar dengan suami dan isteri, dan terbebanlah ke atas setiapnya dengan beberapa hak dan tanggungjawab.

Tanggungjawab sebagai isteri adalah wajib mentaati dan mengikut perintah suaminya selagi tidak melanggar syariat. Suami pula wajib menyempurnakan hak isterinya sama ada lahir mahupun batin dan kalau suami hidup bermadu mesti adil ke atas semua isterinya. Selagi hak dan tanggungjawab itu dilaksnakan, syurga telahpun tersedia untuknya, dan kalau sebaliknya, neraka adalah lebih layak untuknya.

Tanggungjawab suami adalah memberi nafkah zahir dan batin seperti mana dalam huraian artikal-artikal yang lepas (tanggungjawab seorang suami, nafkah batin bukan sekadar seks, tanggungjawab suami dalam nafkah harta dan suami yang lalai dalam tanggungjawabnya).

Bagi si isteri pula wajib mentaati suami dalam apa keadaan sekalipun. Malah si isteri tidak boleh memaksa suami untuk mengadakan sesuatu yang di luar kemampuannya. Sekiranya isteri redha menerima apa saja pemberian suami, dalam pada itu tetap melaksanakan haknya kepada suami, tidak mengecilkan hati suami,maka ia tergolong sebagai wanita yang baik.

Sekiranya si suami memang ada harta, tetapi sengaja membiarkan isteri di dalam kesusahan dan melebihi isterinya yang lain (tidak adil jika hidup bermadu),itu dikira suatu penganiayaan. Namun seorang isteri tidaklah boleh memarahi suami kerana ianya dikira derhaka. Jalan sebaiknya, berterus-teranglah dengan suami dan berbincang dari hati ke hati di dalam suasana baik dan penuh kasih sayang, bukannya dalam keadaan tegang yang boleh mencetuskan pertengkaran.Ataupun mintalah orang yang disegani atau yang rapat dengan suami anda, untuk mengingatkannya akan kewajipannya itu. Jika tidak berubah juga hendaklah bersabar dan berdoa dan mengadulah kepada Allah swt,minta Allah lembutkan hati suami anda. Yakinlah,setiap diri adalah di dalam kekuasaan Allah dan Allahlah yang berkuasa mengubah hati seseorang. Jika perlu, buatlah pengaduan ke pejabat kadi untuk menyelesaikannya.

Mengenai hak kasih sayang dan hubungan seks, sekiranya isteri tidak puas, seelok-eloknya berterus-terang dengan suami, supaya dia dapat memperbaiki diri dan membuat perubahan. Berbincanglah dengan penuh hikmah dan terangkan kepada suami bahawa dengan ketidakpuasan seorang isteri itu akan menimbulkan berbagai-bagai perkara buruk kepada rumahtangga. Antaranya, apabila nafsu seks tidak terpenuh, isteri akan mudah berang,rasa benci pada suami, tidak dapat menguruskan suami dan rumahtangga, susah untuk senyum dengan suami,bermasam muka dengan suami dan lain-lain kederhakaan lagi. Dan sekiranya nafsu itu dapat dipenuhi barulah isteri berasa ringan dan tenang malah gembira untuk berkhidmat dengan suami. Ini adalah fitrah semulajadi perempuan. Dalam syariat juga menyuruh para suami mempertimbangkan akan hal ini.

Jangan dibentak-bentak suami dan melepaskan geram kita dengan kata-kata yang boleh menyakitkan dan menyinggung perasaannya. Cubalah pilih perkataan yang baik-baik dan terangkan dengan penuh hikmah dan kasih sayang, insyaAllah mudah-mudahan dia akan sedar,kerana kadang-kadang ada suami yang tidak faham akan perasaan perempuan dalam hal ini.

Isteri juga cubalah usahakan dengan sembahyang hajat dan berdoa selalu serta mengadu kepada Allah agar membantu puan. Supaya Allah lembutkan hati suami dan membantunya menuju keredhaan Allah, supaya puan tetap sabar dan tabah menghadapi setiap ujian yang datang.Pokoknya biarlah isteri sentiasa di dalam keredhaan suami, kerana di situlah keredhaan Allah. Sabda Rasulullah saw:

“Wanita yang mati dalam keredhaan suaminya redha (tidak marah) padanya, nescaya ia masuk syurga.”

Setiap tindak-tanduk kita semuanya di dalam pemerhatian Allah, begitu juga hati. Jadi awaslah,jika terdetik rasa hendak marahkan suami, ingatlah nikmat-nikmat yang pernah diberikan oleh suami dahulu.Ingatkanlah segala kebaikannya dan cuba lupakan kejahatannya. Sekiranya datang rasa tidak puas hati dengan suami kerana tidak sempurna makan minum,pakaian, tempat tinggi, kasih sayang dan hubungan seks atau seumpamanya ingatlah
semuanya daripada Allah dan kita patut menerimanya dengan lapang dada. Namun begitu berusahalah untuk menyelesaikannya di samping berdoa mengharap bantuan Allah.

Hanya akhlak yang mulia dapat melunakkan hati yang keras. Oleh itu sentiasalah berakhlak mulia, seperti tawadhuk dan merendah diri kepada suami. Anggaplah segala kesusahan itu sebagai pengajaran dari Allah terhadap dosa-dosa kita samada dosa terhadap Allah atau dosa sesama manusia lebih-lebih lagi dosa kepada suami. InsyaAllah jika isteri itu berakhlak mulia,lambat-laun hati suami yang keras akan lembut dan insaf. Berusahalah untuk menjadi seorang wanita yang baik, beriman, berakhlak dan bertakwa. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Sukakah aku beritahu siapakah dan bagaimanakah sifat isterimu yang bakal ditempatkan di syurga?”

Jawab para sahabat: “Bahkan kami suka.” Sabda Rasulullah:

Iaitu tiap-tiap isteri yang bersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak. Dan apabila dimarahi suaminya ia menyerah dirinya untuk dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya).”

TANGGUNGJAWAB SUAMI DALAM NAFKAH HARTA

Isteri merupakan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas suami untuk memeliharanya. Lazim kejadiannya memang berasal dari kejadian yang lemah atas sifat perempuannya maka sudah semestinyalah suami menjaga isterinya dengan sebaik-baik jagaan. Seorang suami mestilah tahu hak-hak yang dimiliki oleh seorang isteri dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Sabda Rasulullah saw:

“Takutlah kepada Allah tentang wanita (isterimu).Sebab dia engkau ambil (kahwin) dengan amanah daripada Allah.”

“………dan bagi mereka (isteri) mempunyai hak atas kamu(suami) menduduki satu darjat di atas mereka, dan Allah adalah Maha bijiksana. Yakni suami menduduki tempat sebagai pemimpin kehidupan berumahtangga yang bertanggungjawab.”

“Lelaki (Para suami) adalah pelindung dan pembela atas perempuan (isteri) berdasarkan apa-apa yang telah dilebihkan Allah bagi yang satu daripada yang lain.Dan berdasarkan apa-apa yang mereka nafkahkan denganharta mereka.”

Pemberian nafkah adalah wajib semenjak mula berlakunya akad nikah, meskipun isterinya itu seorang yang kaya raya. hak isteri itu tidak berubah dan kewajipan itu tetap ke atas suami.

Takrif nafkah, ia adalah suatu bahagian daripada hartanya yang dibelenjakan kepada orang-orang yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Manakala yang dikatakan harta itu pula mestilah dari sumber yanghalal, ia bukan hak anak yatim atau bukan hak orang lain yang disimpan kepada kita serta ia bukan dari usaha curi, rasuah, riba dan sebagainya.

Jadi, harta yang dijadikan nafkah untuk perbelanjaan isteri-isteri dan anak-anak, ia mestilah harta yang diperolehi dari jalan yang halal. Harta yang haram, ia tidak boleh dijadikan nafkah. Sabda Rasululla saw

“Setiap daging yang tumbuh dari harta yang haram,nerakalah yang senang kepadanya kelak.”

Adapun nafkah, ia terbahagi kepada 3 bahagian atau nafkah kepada 3 bahagian. Iaitu yang pertama ialah kepada isteri, yang kedua kepada anak dan yang ketiga kepada usul. Nafkah kepada isteri, mestilah isteriyang sah atau isteri dalam ‘Iddah raj’i atau ‘Iddah yang boleh dirujuk kembali, ertinya ialah ‘Iddah dari talak satu atau dari talak dua. Tetapi ‘Iddah talak tiga tidak berhak diberi nafkah kerana ia adalah talak yang tidak boleh dirujuk kembali.

Nafkah yang diberi kepada anak, mestilah bagi anak yang sah. Anak yang di luar nikah atau anak zina,tidak wajib diberi nafkah. Takrif wajib nafkah kepada anak juga ialah anak yang bukan akil baligh. Tetapibagi anak yang sudah akil baligh, tidak wajib lagi bagi ayah untuk memberi nafkah kecuali anak itu tidak boleh mencari nafkahnya sendiri. Katalah seorang anak itu akil baligh ketika umurnya 15 tahun sedangkan masa itu dia masih belajar di sekolah. Ertinya, anak itu belum berupaya lagi mencari rezeki. Makna, ayahnya wajib memberi nafkah kepada anaknya.

Nafkah usul, ialah nafkah keturunan. Umpamanya, anak memberi nafkah kepada ayahnya. Syaratnya mestilah ibu bapa itu tadi adalah terlalu susah hingga tidak mampu menyara hidupnya. Seorang ayah yang sudah tidak mampu mencari nafkahnya sendiri, adalah berkewajipan bagianak-anaknya memberi ibu bapa nafkah. Ertinya, seorang anak yang memberi belanja hidup kepada orang tuanya,bukan dibuat suka-suka hati. Ia adalah satu tangggungjawab yang wajib.

Seorang suami perlulah mengetahui syarat-syarat yang wajib dan berhak diberi nafkah kepada isteri, bukan ikut bagi sesuka hati sahaja. Syarat pertama ialah isteri yang taat kepada suami. Taat dalam ertikatamenyerah diri bulat-bulat kepada suami samada jiwa raganya, tenaga dan akal fikirannya. Begitu
juga,menyerah diri kepada suami bererti menyerah zahir dan batinnya pada suami. Isteri yang demikian saja yangwajib diberi nafkah. Isteri yang tidak taat 100% kepada suami atau sentiasa berbalah dengan suami,tidak wajib diberi nafkah.

Syarat yang kedua ialah isteri yang tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami. Seorang isteri itu memang dilarang oleh syariat, keluar rumah tanpa izin dari suami. Namun itu pun, hari ini begitu ramai sekali para isteri yang tidak sedar perintah ini. Mereka bebas keluar rumah sesuaka hati padahal yang dia lakukan itu adalah satu dosa. Cuma para isteri hari ini merasakan apa yang dia lakukan itu tidak apa-apa.Malah, ada setengahnya sampai berani membentak suami,kalau dia ditanya tentang pemergiannya itu.

Isteri yang keluar tanpa keizinan suami, bererti dia tidak taat dan melanggar syariat. Ketaatan pada suami bererti taat di dalam agama. Apa saja yang dilarang dan diharamkan oleh Allah dan Rasul dalam rumahtangga dan di dalam perhubungan suami isteri, isteri hendaklah taat.

Gugur nafkah bagi isteri-isteri yang tidak taat. Cuma gugur nafkah seorang isteri yang tidak taat itu,sabitnya adalah dengan syarat-syarat yang tertentu.
Ertinya, ada beberapa syarat yang mensabitkan gugurnya nafkah isteri apabila dia berlaku tidak taat.

Adapun suami-suami yang wajib memberi nafkah kepada isteri terdiri dari tiga golongan. Pertama, suami yang kaya, kedua ialah suami yang pertengahan dan yang ketiga ialah suami yang miskin atau papa. Ketiga-tiga golongan ini ada peringkat nafkah masing-masing terhadap isteri. Seorang suami yang kaya lain ukuran nafkahnya dan suami yang sederhana kekayaannya, lain ukuran nafkahnya, seorang suami yang miskin papa, lain pula ukuran nafkahnya.

Kewajipan nafkah bagi suami yang kaya menurut yang diterangkan dalam pengertian syariat ialah, memiliki harta yang boleh dibelanjakan sehingga umur yang ghalib atau lazimnya dia boleh hidup dan kalausekiranya dia mati, masih ada baki harta itu. Itulah yang dikatakan kaya.

Umur yang ghalib seorang itu boleh hidup, ia adalah ukuran biasa yang umum berlaku dikalangan satu-satu masyarakat itu. Biasanya bagi orang-orang melayu,disekitar 55 membawa kepada 65 tahun. Itulah sekitarumur yang ghalib seseorang itu boleh hidup. Walau bagaimanapun, itu adalah ukuran mengikut akal kita.Tetapi di sisi syariat, tidak ada siapa yang boleh mengetahui kecuali Allah swt.

Bagi orang kaya, ada kaedah-kaedah nafkah yang mesti diberikannya kepada isterinya. Pertamanya, suami mesti menyediakan sebuah rumah untuk anak isterinya, sama seperti rumahnya semasa dia berada bersama ibu bapanya dahulu. Ertinya, nafkah orang kaya terhadap isterinyaadalah berat. kalau suami tidak menyediakannya,belumlah selesai tanggungjawab nafkahnya terhadap isterinya.

Kemudian, makan dan minum yang mesti disediakan untuk isterinya pula, mestilah jenis makan dan minum yang pernah dia terima semasa dia hidup bersama dengan ibu bapanya dahulu. Katalah semasa dia hidup bersama ibudan bapanya dahulu, dia makan nasi yang berasnya bernilai beras terbaik. Maka, suami mestilah menyediakan makan untuk isterinya dengan beras yang terbaik juga. Begitu juga dengan lauk pauknya yang mana kalau sekiranya semasa berada bersama ayah dan ibunya dahulu dia makan lauk yang baik-baik, maka suami mestilah memberi isterinya lauk pauk yang baik-baik juga, seperti daging, ayam dan sebagainya.

Seterusnya dalam lain-lain peralatan rumah serta dapur, semuanya mesti disediakan mengikut keadaan yang baik-baik seperti dapur gas, alat-alat perabut dan lain-lainnya, mesti juga dari barang yang baik-baik.

Sekiranya, dahulunya dia biasa dibantu oleh orang-orang gaji, maka hendaklah suami mengadakan orang gaji untuk isterinya. Dan begitulah seterusnya dalam hal-hal yang lain di dalam rumahtangga suami itu, setiap apa yang pernah ada padanya dahulu,mestilah disediakan untuk isterinya.

Tentulah berat tanggungjawab bagi seorang suami yang kaya apabila diukur dan ditinjau di sudut fekah.Apabila kita tinjau di sudut tasauf iaitu di sudut hendak mendapatkan kewarakan dalam beramal ibadah, perkara-perkara yang demikian bergantung kepada keredhaan isteri. Seandainya isteri redha, tidak mahu segala kesenangan dan kenikmatan duania kerana takut akan hisabnya terlalu berat di akhirat nanti, isteri boleh menolak semua itu dan memilih kehidupan zuhud. Tetapi harus pula seorang suami itu ingat, suami tidak boleh memaksa isterinya zuhud. Tanggungjawabnya ialah untuk menyediakan tempat tinggal, makan minum dan pakaian untuk isterinya. Ini adalah tuntutan wajib ke
atasnya.

Daripada pengertian tentang memberi nafkah kepada isteri bagi suami-suami yang termasuk dalam golongan kaya, dapatlah dijadikan ukuran tentang bagaimana pula tanggungjawab suami-suami yang termasuk dalam golongan pertengahan dan golongan miskin. perlulah diingat bahawa dalam persoalan memberi nafkah kepada isteri ini, Rasulullah saw pernah bersabda:

“Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan perempuan,sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan telah dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimat Allah dan diwajibkan atas kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang sebaik-baiknya.”

Kemudian Allah swt juga ada berfirman yang maksudnya:

“Hak (nafkah) isteri yang dapat diterimanya dari suaminya seimbang dengan kewajipan terhadap suaminya itu dengan baik.”

Dan di dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang maksudnya:

“Tempatkanlah mereka (para isteri) dimana kamu bertempat tinggal menurut kemampuan dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.”

Daripada pertanyaan-pertanyaan di atas jelaslah kepada kita ukuran pemberian nafkah bagi seorang suami itu terhadap isterinya. kalau suami-suami yang termasuk dalam katagori yang kaya tadi, telah digariskan kaedah-kaedah nafkah yang wajib diberikannya kepadaisterinya, maka bagi suami-suami yang pertengahan dan miskin, bolehlah kita gariskan tentang banyak mana nafkah yang wajib suami berikan kepada isterinya.Iaitu berdasarkan daripada hadis Rasulullah saw dan
dari pertanyaan Allah di atas, suami-suami wajib memberi nafkah kepada isteri-isterinya mengikut kemampuannya serta menurut keadaan dan tempat.

Begitulah tuntutan nafkah zahir kepada para isteri yang wajib bagi suami-suami melaksanakannya.Seandainya para isteri bagi suami yang miskin atau pertengahan kaya meminta lebih dari yang mampudisediakan oleh suami, sabda Nabi saw.:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya.”

Menganai nafkah dua orang suami isteri yang sama-sama bekerja samada sama-sama menjadi guru, sama-sama bekerja di pejabat atau sama-sama menoreh getah dan sebagainya. Sebenarnya persoalan ini adalah amat berat kerana ia melibatkan harta pusaka yang tidak dapat ditentukan siapa punyanya. Seandainya, dalam soal kedua-dua mencari nafkah ini ditakdirkan suami meninggal atau ditakdirkan isteri meninggal, bagaimana pula kedudukan harta yang ditinggalkan.

Dalam hal ini, jika meninggallah salah seorang di antara keduanya, harta yang tinggal tidak boleh dipusakakan kerana harta yang tinggal itu tidak tentu siapa yang punya. Harta itu sudah bercampur adukantara nafkah isteri dengan nafkah suami. Syariat hanya menganggap hasil pencarian suami sahaja yang dijadikan harta pusaka untuk anak isteri tetapi isteri tidak boleh mencari nafkah untuk menjadikannya harta.Setiap wanita hanya boleh memiliki harta melalui peninggalan ayah ibu atau pun adik beradik atau pengninggalan suami.

Sekiranya seorang itu bekarja serta berusaha dan berikhtiar untuk menambahkan pendapatan keluarga, satu pejanjian antara isteri dan suami mesti ada untuk mengikrarkan harta sama sepencaria itu. Di antaraikrar-ikrar yang boleh dibuat ialah seperti misalnya,suami mengatakan kepada isteri bahawa seluruh harta yang mereka cari bersama itu adalah hak suami,walaupun bahagian isteri yang mencari ada di dalamnya. Tetapi suami boleh mengikrarkan semuanya harta dia. Sekiranya suami meninggal, seluruh yang ada pada harta itu, adalah menjadi harta pusaka yang boleh dibahagi-bahagiakan. Begitu juga, suami boleh mengikrarkan kepada isteri tentang harta yang sama-sama dicari itu dengan mengatakan bahawa semuanya adalah hak isterinya. Sekiranya suami meninggal,seluruh harta yang tinggal itu adalah hak isterinya.

Boleh juga, di antara suami isteri yang sama-sama mencari nafkah mengasingkan harta masing-masing.Misalnya, kalau isteri membeli pinggan mangkuk hasil pencariannya, isteri boleh menyatakan kepada suaminya bahawa pinggan mangkuk itu adalah hartanya. Dalam soal ini mesti ada perjanjian bertulis, kerana ia tidak akan menjadi perbalahan apabila meninggal salah seorang antara kedua nanti. Dan yang selebih baiknyaialah dengan memanggil ahli-ahli keluarga waris untuk menjadi saksi. Ini adalah amat mustahak sekali kerana ia melibatkan soal paraid atau pembahagian harta.

Soal suami isteri yang sama-sama bekerja mencari nafkah sudah menjadi perkara biasa hari ini. Kalau sama-sama tidak jelas tentang harta danfaraidharta,takut-takut nanti seluruh isi keluarga memakan hartayang haram. Sedangkan isteri yang pergi bekerja itu pun, isteri mesti hati-hati sungguh kerana takut-takut isteri membawa balik harta yang haram. Hal ini mudah sangat berlaku. Andainya isteri pergi bekerja itutanpa lafaz izin dari suami atau tidak menutup aurat,bermakna isteri keluar rumah secara haram. Jadi, suami kenalah melafaskan izin setiap hari kepada isteri serta mensyaratkan kepada isteri setiap kali pergibekerja dengan menutup aurat. kemudian harta yang jadi sama-sama sepencarian itu pula hendaklah dinyatakan,apakah boleh ia dimakan bersama. Kalau tidak,takut-takut nanti suami memakan harta haram.

PETUA 8P USTAZAH SITI NUR BAHYAH

1.PUJI-Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2.PELUK-Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3.PENGHARGAAN-Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4.PERHATIAN-Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5.PERSEFAHAMAN-Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6.PERGAULAN-Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7.PERCUTIAN-Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8.PERMOHONAN-Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


BEBERAPA AMALAN DOA SELEPAS SOLAT YANG BOLEH MERAPATKAN HUBUNGAN DAN MENIMBULKAN KASIH SAYANG ANTARA SUAMI ISTERI IAITU MEMBACA SURAH AL-IMRAN AYAT KE-31 ATAU MEMBACAKAN AYAT KE-200 SURAH SAMA BAGI MENGURANGKAN PANAS BARAN SUAMI.

KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA YANG SEBENAR IALAH MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH.

APABILA SESEORANG INSAN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA, DIA AKAN MENGABAIKAN RUMAH TANGGA KERANA JIWA YANG KOSONG.

KETIKA KITA JAUH DARIPADA ALLAH, IBLIS YANG SUKA UMAT MANUSIA BERCERAI BERAI AKAN MENGHAMPIRI DAN MELALAIKAN KITA DARIPADA TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA.

Sunday, September 03, 2006

Biarlah Rahsia

Biarlah Rahsia
Siti Nurhaliza

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlalu
Entah Siapa Yang Tahu

Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan

Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi

Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia

Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku

Thursday, August 31, 2006

10 perkara memeranjatkan di dalam suatu perkahwinan.....

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda??

Monday, August 28, 2006

Perasaan tawar hati..

Aku baca kat ruangan BOD, ade seorang forumer marah dan rasa tawar dengan isterinya sbb segala urusan kerja rumah diserahkan sebulat2nya pada pembantu rumah. Lelaki itu terasa diabaikan. Pengabaian tersebut membuatkan jiwa lelaki itu tertekan, sampai ada luahan dia bermaksud elokla anak2 dia dibunuh dari kecil kerana isterinya itu tidak menunaikan tanggungjawabnya sbg isteri idamannya.

Tipisnya iman lelaki sebegini dengan membernarkan emosinya menguasai fikirannya dalam menangani masalah hidup hingga sanggup menyebut perkataan nak bunuh anak, masuk neraka, syurga dan sebagainya. Rapuhnya jiwa lelaki itu? Tidakkah dia tahu tanggungjawab dia sebagai seorang suami sbg pendidik isteri, sekiranya isterinya alpa dengan tanggungjawabnya? Adakah kerana pada anggapannya, isteri itu perlu tahu2 sendiri akan tanggungjawabnya maka dia berhak utk marah-marah? Bukankah dia seorang suami merupakan nakhoda bahtera rumahtangganya andainya tiba2 badai melanda, dialah sepatutnya seorang suami mengemudikan bahteranya dengan betul? Kehilangan kata2kah lelaki itu utk berbicara sendiri dengan isterinya bagi menyampaikan keinginan atau ciri2 isteri yang dia ingini dalam hidupnya? Pada masa yang sama, tidakkah lelaki itu menyelidiki keadaan isterinya mengapa isterinya itu mengabaikan tanggungjawabnya? Adakah kerana komitmen 100% terhadap kerja?kesukaran membahagi masa antara anak dan suami? ataupon si isteri dalam pada masa itu dalam keadaan yang sangat rendah mutu fizikal dan mentalnya sbg contohnya kerana dugaan berbadan dua? Tidakkah lelaki itu memikirkan akan sebab2 itu dan cuba memahami disamping berbincang dengan cara baik bagi menyelesaikan masalah itu????Begitu mudah kesalahan itu digalaskan kepada isterinya seorang sedangkan dia sebagai suami sendiri gagal menyatakan kemahuannya atau undang2 rumahtangganya kepada isteri?

Budaya melayu memperlihatkan isteri seorang yang setia terhadap suami. Membuat segala kerja2 rumah untuk suami. Dari menyediakan makanan, menjaga kebersihan rumah, menjaga anak, mencuci dan mengosok baju. Tapi, tidakkah suami itu terdetik sedikit pon rase belas kasihan terhadap isteri dengan beban2 kerja tersebut dengan turun padang sekali membantu isteri? Wajarkah hanya kerana, seorang perempuan itu tidak memenuhi spesifikasi isteri melayu terakhir maka, suaminya itu mencari alasan untuk marah2, terasa diabai dan seterusnya mengambil jalan singkat bermain cinta dengan wanita lain dengan harapan, wanita yang baru ditemuinya itu akan menjadi wanita melayu yang superwomen dan fasih dari segala aspek samaada kerjaya mahupon sbg isteri dan ibu kepada anak2nya?Pendeknya pemikiran lelaki itu menjadikan alasan pengabaian isteri terhadapnya tanpa memberi peluang kepada isteri menjelaskan keadaan dan berbincang dengan penuh toleransi bagi menyelesaikan masalah tersebut. Bincangkalah dengan profesional tentang kemahuannya terhadap isteri dan sekiranya ada masa, bantula sekali sekala isteri walaupon punya pembantu. Bukannya jatuh taraf seorang suami itu dengan bersama2 menghulurkan tangan dalam meringankan beban isteri walaupon dalam rumah tersebut ada pembantu. Bukankah lebih baik, suami membantu isteri didapur daripada duduk berdua2an di ruang tamu bersama pembantu rumah walaupon dengan kehadiran anak2 pada masa itu bagi mengurangkan rasa wasangka isteri terhadap suami? Bukankah perkara yang mana suami dan isteri buat bersama2 itu akan dilihat seperti kerjasama antara dua pihak. Para suami juga perlu ingat, bukan hanya ketika bersama memadu asmara, menghirup madu isteri barula nak sebut perkataan 'bedua2, bersama2' dan sebagainya, tetapi perkara2 lain juga tidak perlu dipandang remeh. Begitu juga dalam menasihati isteri, gunakan cara yang halus dan tidak menyakiti hati isteri dan bukannya dengan cara diktator atau menengking konon2nya mahu menunjukkan suami adalah org paling berkuasa dalam rumahtangga. Isteri bukannya amah dan isteri bukannya budak2 untuk diperlakukan begitu. Sekiranya menegur isteri, berikan alasan sekali kenapa suami tidak senang dengan sikap isteri yang sebegini. Bukan setakat menegur anak2, memerlukan kita memberikan penjelasan mengapa dan kenapa begitu juga dengan orang dewasa agar teguran itu lebih mudah diterima.


Bukan senang untuk melayarkan bahtera tanpa ilmu menakhoda yang cukup didada. Para2 suami fahamila isteri dan para2 isteri fahamila suami dan cubala berkompromi antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi ikatan rumah tangga.

Wednesday, August 23, 2006

Aku yang bosan..

Baru done my annual report. Punyela bosan aku carik2 my supporting documents tak jumpa. Mmg nak kene update my file in my lap top supaya next time aku tak mengagau. Done one part nak buat yang lain plak.

I think my apetite to learn more make up dah cam kureng sket. My Lancome make up palette just arrived this morning. So, aku praktis make up my right eye. Apply eyeshadow, eyeliner and mascara. Yang menyebabkan aku terbantut nak make up selalu even mase jalan2 ngan darling is punyela leceh nak tanggalkan eyeliner and eyeshadow tu mase aku mandi tadi. Emmm kalu ginila gamaknya only during on special ocassion ajela aku bermake up. Tadi aku try pakai blusher, cume aku takdela pakai foundation and highlighter. Bule tahanla..antara jadik dan tak jadi...cume mungkin aku apply kat bawah sgt dr my apple cheek, so bile tgk cam kelakala plak. Aku sebenanya ade sedara mak andam. But, aku tak suke cara dia bersolek cam tak kemas..sbb tu aku reluctant amik dia jadik tukang solek aku dulu. Kemudian, aku amik tukang solek kat pekan tpt aku tinggal. Okla..takdela cantik sgt coz aku tgk punye macam tepung gomak dia make upkan aku..Yang aku nak belaja skrg adelah utk mendapatkan make up skill yang natural dan tak nampak macam anak patung bile make up orang atau diri sendiri. Buleke??

Probably one day kalu aku ade byk masa, aku akan make up properly as has promised to Sarahmirza to exchange make up photo..of coursele aku takdela secun Sarahmirza tu yang lani dah maintain slim as aku ni chubby ngan bulat..tih..tih..tih..agak2nya pandai tak aku make up cam make up artis? By the way, tadi aku cume testing2 praktiskan the knowledge that I've learned how to make up in most make up tool website. Infact, some of the info I already copy paste in my blog. Kire okla not bad. Cume kalu aku lani kat Mesia, adela byk calon yang aku nak belek2 dan make upkan as kalu aku make up sendiri macam tak real sgt.

Oh ye, next week Insya-allah I will start my new regime to wake my darling up so that he could depart from house early to work. So, he can come back early and pick up the children while am busy cooking at home. Work has to be divided between us, otherwise till the end aku yang akan sorang exhausted and stay unfocused with my work.