mcm tak berkelip mata aku melihat jarum penimbang...bila mengetahui berat aku skrg dah susut ke 63kgs..mebe, sbb berkat byk minum air putih..8 gelas sehari dan jugak..kerajinan aku menyapu body contour gel and also memakai bengkung traditional hampir setiap hari..kesannya, walaupon aku skrg ditahap obese..yet, aku still ade figure..bonjolan2 yg tak diingini..serba-sedikit telah pon semakin smooth dan tidak begitu berbonjol sgt..perut aku pon agak flat..walaupon takdela sebigitu anjal..but, at least better dr sblm melahirkan anak ke-4. mungkin jugak, ini sume berkat menyusukan badan anak dan jugak kerajinan aku mengepam susu dari hari ke hari..baru skrg aku mulai admit..breastfeeding merupakan pilihan yg tepat utk ibu dan juga anak! dek kerana kebimbangan aku tidak dapat meng-supply susu secukupnya buat daniel dan mikael..makanya..semalam, dgn gigihnya..aku telah membeli bijian badam...konon2nya utk dikisar supaya dapat dicampur dan dimasukkan ke dalam susu yg diblend bersama2 dgn kismis dan madu bagi meningkatkan penghasilan susu badan. selain tu jugak..aku berazam utk mencari longan kering...utk dimasak dan dicampurkan dgn gula batu..pon, salah satu cara nak menambahkan susu...
hari ni..aku dlm percubaan menggunakan ginger body cream and bio oil from Nutrimetics..sbb, konon2nya nak menggantikan body contour gel yg aku rasakan mahal. fuhhh, kesannya tetap juga lebih kurang sama..ia telah memberikan aku kesan pijar dan jugak hampir membuatkan aku melompat2 mcm kera kena cili...ntah kenapa..hari ni aku rasa sprt sengal2 di peha..makanya, aku telah mengurut peha aku dgn bersungguh2 menggunakan ginger body cream dan juga bio oil...beberapa minit lepas tu..barula aku merasai kesannya..naik berpeluh2 aku dibuatnya...mmg lemas sungguh berpeluh2 di waktu pantang ni...dahle busuk..panas plaknya tuh! nasib aje..kesannya memberangsangkan...yg mana aku dapat rasakan lemak2 pejal aku dah mulai lembik2 menandakan ada kemungkinan lebih besar kebarangkaliannya utk aku menghilangkan extra fat and flesh ngan lebih cepat lagi...
No comments:
Post a Comment