Thursday, September 09, 2010

Selamat Hari Raya...

Selamat Hari Raya kepada sume....

Skrg jam dah menunjukkan pukul 2.35 pagi..Mata aku masih tak lelap lagi walaupon kepala aku seakan2 dah bengong. My honey yg konon2nya janji balik umah nak kemas stor..dah tertewas di atas katil..tido sekali ngan Daniel&Milan..Aku lak..semakin malam menjelang..semakin aktif..hanya kerana aku dah siap2 beli pisang masak dan rasa sayang plak kalu plan nak membaking banana cheese cake ditangguhkan. So, tanpa lengah2..walaupon jam dah menunjukkan hampir kul 11 malam..aku pon memulakan aktiviti membaking yg took me about 1.5 hrs to settle everything excluding preparation for frosting. Aku sangkakan..sedap sgtla buat cheese frosting ni..Sekali aku rasa..alahaiiii..lagi sedap makan kek pisang aku cenggitu sahaja tanpa dibubuh2 ape2 icing. Cadangnya, nak bawak kek pisang ni ke rumah mentua..tapi, aku sendiri tiada jaminan sama ada dorang makan atau pon tidak kek pisang tersebut...

Plan awal..aku ingat nak buat oreo cheese cake and banana cake sekali..ngk2, bahan plak tak cukup..aku short abt 250g cream cheese, butter and also whipping cream.

By the time aku siap mengicingkan banana cake aku..cik bibik plak dah selamat tido..gosokkan pon tak habis gosok..btw, aku pon takdela komplen mana..sbb, petang tadi dia dok sibuk membersihkan longkang pakai pressure jet and also membersihkan habuk2 dlm umah..kira pueh hati jugakla hati aku dibuatnya..langsung malas nak ungkit2 isu dia mencuri...sbb, rasa berbaloi sgt tenaga yg telah bibik kerahkan utk mengemas umah aku..cume, mebela..utk akan dtg aku kene berhati2 ngan cik bibik ni..sbb, dah menunjukkan ciri2 manusia yg panjang tangan..

Hari ni jugak..kami berbuka pose di umah mentua..my SIL puji my eldest son yg rajin berpose..Aku pon tak expect yg Harris akan bersungguh2 pose dlm seawal usianya 7 tahun..sampai aku suh dia pi buka pose utk jumpa dentist pon dia tak mo...Hari ni jugak, aku byk spend masa ngan bebudak..sbb, aku nak bibik pi kemas luar dan dlm umah aku..Mmg pueh hati..anak2 aku byk makan makanan yg aku masak...lebih2 lagi si Daniel...sampai naik buncit perut dia dibuatnya...Minum susu pon bole tahan byk..and as usual..bila dah ramai kawan..my youngest son akan susah nak tido..nak masuk kul 4 ptg baru lelap mata..dan bila aku kejutkan..mcm susah plak aku ngk dia nak bangun...

Dan akhir sekali..mmm, mcm tak percaya plak..aku masih tak beranak sampai ke ari ni..makanya esok dapatla aku pakai baju kale purple sedondon..sekeluarga...

No comments: