Asalnya..kami plan nak ke KLCC hari ini dgn anak2. Konon2 nak spend bersama anak2 sambil menikmati pandangan air pancur di luar KLCC bila petang menjelang. Tapi, bila tiba masanya..plan hanya tinggal plan...masa berlalu dgn begitu pantas sekali. Mebe juga, sbb dah kepenatan dari hari semalam yg terbawa2 ke hari ini. Mana taknya, keluar dr opis je dah dekat2 pukul 9 mlm. Sampai rumah, terus amik anak2 dan ajak dorang makan di restoren Jepun. Sprt biasa, Baby akan tinggal di rumah dgn bibik. Mmg hati tu rasa kasihan. Tapi, mommy pon tak larat nak layan kerenah anak2 bertiga sekali gus, di kala waktu yg sama mommy and daddy dlm keadaan lapar. Hecticnya kehidupan.
Elok2 mommy smgt nak order kek, terus aje mommy tangguhkan. Sbb fikir punya fikir..sapa plak yg nak perabihkan kek sebesar2nya tu nanti. Semakin terbantut, bila mommy rasa nak muak plak makan Choc Mud from Secret Recipe. Bukan nak kutuk..Tapi, tekak mommy rasa mcm kek tu hampeh langsung tak sedap dgn tekstur sponge kek dia yg berlubang2. Langsung tak berbaloi rasanya nak membeli. Elok aje buat kek sendiri..hahahahhah...
Oleh kerana keletihan yg masih tak hilang dgn tidur yg kurang selesa disebabkan dihimpit oleh anak2..Kami bangkit agak lewat hari ini. Keluar sarapan pon dah pukul 11.30pg dan kemudiannya pi Tesco plak sbb nak beli stok brg2. Mcm2 yg kami beli...including brg2 yg nak dibawa ke Pangkor nanti. Semoga kami selamat dlm perjalanan pergi dan balik...Aminnnn....Dgn excitednya, dah packing brg2 makanan sket2 termasuk susu Baby. Mesti bibik pon pelik..sbb mommy sket tak minta pon pertolongan dia..mommy hanya diam2 buat keje...sbb malas nak harapkan org..coz sometimes org yg diharap lagi buatkan kita kene buat 2 kali kerja. Byk kali, bibik suka wat packing last2 minute walaupon dah dipesan wat packing awal2. Bila dah last2 minute mulala brg2 itu dan ini tertinggal...sampai naik letih mommy dibuatnya...Jadi, kali ni mommy buat keputusan utk settle brg2 vacation kami sendiri...Lagipon, kali ni..kami mmg tak bawak bibik berjalan.
Mommy tak nampak apa necessitynya nak hangkut bibik ke sana ke mari sdgnkan kita bule independent. Bukan niat nak buat bibik sendiri sbg pekasam duduk di rumah setiap masa...Tapi, kalu dah bawak extra org..budget pon sure dah lari(sbb nak kene book xtra room...dan ini tak termasuk lagi kene berhimpit2 dlm kete sbb dah ramai penumpang duduk di dalamnya. Hingga natijahnya, dek kerana nak jaga hati bibik, keselamatan keluarga plak terabai. Anak2 rela tak didudukkan dicarseat kerana nak berikan entertainment pada bibik sendiri..Mungkin pd sstgh org carseat utk anak2 tu tak penting. Tapi, andaian tersebut, tidak bagi aku. Sementelah lagi..Kami dah beli siap2 carseat setiap satunya utk anak2 khas terutamanya bila kami berjalan jauh. Nak2 plak bila pandu kereta di highway dgn keadaan laju. Mmg, keselamatan perlu dijaga. Mebela ada org akan argue, eh dah pembantu tu jaga anak2 kita, apa salahnya, kita spend lebih pada dia..dan buat dia mcm keluarga..Again, kita akan berbuat baik pada org yg berbuat baik pada kita..Tapi, org yg kita harap berbaik ngan kita tu mcm org tak kenang budi? Dok menipu, mencuri?? Patutke nak dibagi priviledge pelbagai mcm???
Dlm keexcitedan masing2 nak pergi bercuti...Kami sempat jugak pasang sealer utk halang tikus masuk dalam rumah. Lately..asik je rumah kami diserang tikus. Habis milo dan teh aku dirosakkan. Itu lom lagi makanan disepah2kan. Smlm aje, ade tikus yg berani sampai naik ke tingkat atas. Ntah apa yg dicarinya pon, mommy tak berapa tahu. Itu yg beriya2, kami cari solution to prevent tikus masuk lagi ke dlm rumah. Yg hairannya, spesis tikus kali ni..bule pulak suka bermain dgn bawang putih dan merah kat rak bawang. Dlm hari ni gak, kami sempat settle masalah paip bocor dan jugak siap2 beli softener dan Sabun Persil sbb takut kot2 terkocoh2 bila balik dr Pangkor ngan baju berlambak2 dan badan tak larat..nak kene plak sibuk2 pi carik barang. Telur utk bibik pon mommy dah siap2 sediakan. Pendek kata mmg bibik takkan kebulur di rumah kalu mommy takde. Cume, harapannya jgnla bibik jadi kurang ajar pi buat plak rumah mommy sepah2 waktu mommy takde. Dan akhirnya jugak, kami dapat kemaskan dua stor kami di bwh utk persediaan Majlis Harijadi anak2 mommy nanti...
No comments:
Post a Comment