Sunday, October 21, 2007

Open house kami...

Akhirnya masa yg ditunggu2 utk kami mengelolakan open house tiba jua..dr awal minggu terasa berdebar nak buat open house dan akhirnya malam ini, segalanya sudah selesai..sampai skrg sbb dah terlalu penat...jam menunjukkan pukul 2.46 pagi, aku masih tak tidur lagi..

sekurang2nya aku mmg puas hati dgn open house kali ini..hampir kesemua menu kami mendapat pujian yg memberangsangkan...dr ayam bakar satay, ayam goreng, kuah kacang, nasi ayam, ayam goreng, kuih bakar, puding roti, kek coklat, kek carrot hinggala ke bubur pulut hitam..semua org kenyang dan puas hati menjamu selera..ramai yg tak sangka, aku punya tenaga sekuat itu nak menyediakan dessert bermacam juadah selain menu berat yg lain

senyum sampai ke telinga my darling bila semua org memuji2 ayam bakar satay yg diperap..ramai yg memberikan pujian menggunung dgn menu nasi ayam aku..termasuk menu yg lain2...antara puji2an tetamu kami...

'ayam bakar sataynya sedap'
'ayam goreng u all sedap, macamana u all buat ye?'
'the best ever nasi ayam'
'kuah cili yg tersedap'
'mmg sedapla kuah cili nasi ayam ni'
'nasi ayam u all mmg best'

'kuah kacang u all mmg sedap..banyak2 tempat kami pergi, inila yg paling sedap sekali yg sy rasa..'
'sedapla kuih bakar dan puding roti u all'

sungguhla kembang kuncup aku mendengarnya...bukan setakat seorang dua yg memberikan puji2an..tapi lebih dr itu..terutama sekali utk menu ayam bakar satay dan nasi ayam kami...sblm2 ini baby sitter aku dah bagi review membina utk menu nasi ayam aku..

'u all mmg bule buka kedai nasi ayam'
'kuah cili u all mmg sedap, mcmana u all buat ye?'


ada yg kelakar tu, sms aku sedap bersiap2 salin baju..ada yg buta2 snap gamba resepi aku dekat notice board..biasala, aku ni suka nak sisip2kan resepi kat dapur sbb aku malas nak buka buku..tapi, aku mmg gerenti, kalu antara tetamu aku yg main cuba2 saje agak2 mana2 resepi kuah cili nasi ayam aku..mmg takkan menjadi..

cume, mungkinla kot laksa aku kurang menjadi sgt..hehhhehehe...ada tu yg aku dgr bercakap sorang2..

'oh pandai memasak rupa2nya dia ni ye'

dalam hati mcm nak tergeletek juga..sbbnya, mungkin org tu sblm2 ni tak sangka yg aku adalah skill memasak sedikit sbyk yg mana dia langsung tak jangka akan kemampuan aku itu..mungkin sbb sblm2 ni, aku tak byk involve aktiviti persatuan di sini..atau pon, biasa dalam mana2 perjumpaan aku cuma duduk diam2, malas nak bercampur2 mahupon contribute masakan macam2..tapi itula dia, sekali kami berdua menunjukkan skill, bukan main menggunung puji2an diberikan..apa2pon, bukanla tujuan blog aku kali ini nak mengangkat diri sendiri..tetapi, terasa sprt kepuasan dalam diri dapat melaksanakan program sebegini atas titik peluh sendiri..

At least dr pengalaman ini, kami dapat tahu setkt mana kemampuan kami..yg kami bule memasak far better dr kedai memasak atau pon paling tidak iras2 org kedai memasak..slps ni, bulela aku prove to my mom..yg aku ni tak hopeless in cooking..at the same time, i meant to show myself, i am much better cook compare my prior marriage. Jadi, mak2 di luar sana, jangan bimbang, kalu anak2 tak pandai sgt memasak sblm anak2 berkahwin..kesemuanya ini adalah learning process..

Aku anggarkan dalam mungkin 70 tetamu yang datang..

Apa2pon, aku amat2 berterima kasih dgn
-Especially my darling yg sporting tolong perapkan ayam bakar satay dan ayam goreng. Eventho, we've been thru a lot of argument before the open house, at very least, here are the outcome with dozens of complimentary from our guest. He reluctantly in the first place to accept friends's help and to include additional menu-nasi ayam and laksa. At last, he has to admit, both suggestion are necessary. Without our friends hands, we perhaps, couldnt do better than this and in fact, the food may be in shortage if we just rely on the ayam bakar satay&nasi impit only.
-Thanks to our children to be so wonderful. Evento for sometimes, especially Baby, she was so cranky and wanted to be cuddle.
-Kak Rosie&family yg ringan tulang rewang di rumah kami pd malam sblm open house dan datang pagi2 di hari open house..dan kemudian datang lagi di malam hari di malam penutup..
-Yan yg tolong masakkan kek carrot&bubur pulut hitam. Walaupon, Yan claimed yg kek carrot tak menjadi dan menjadi bingka..tapi, semua org termasuk diri aku sendiri yg puji kek carrot Yan mmg sedap..terima kasih setinggi2nya sbb sanggup membantu dr pagi sampai ke malam..bantuan dan komitmen Yan pada kali ini mmg sungguh2 aku tak jangka dan bukan dalam plan..tapi sprt tuhan berikan aku assistant di saat2 akhir..
-Aji yg sedia membantu tolong rebuskan nasi impit utk 50 orang
-Kak Azi yg membantu merebus 13 bungkus laksa dan kemas2 dan hidang2. Mmg Kak Azi ringan tulang orgnya..
-Am yg cekap menolong membersih2kan rumah..
-Wahi yg sanggup tolong kemas2 diupacara penutup sambil layan sembang pengalaman tentang persediaan perkahwinan, mertua, housemate dan diet..Good Luck Wahi..semoga segalanya berjalan lancar sprt yg diatur. I am looking forward to see ur wedding if time is promising.
-Gin yg susah2 datang dari jauh, kemas2 apa yg perlu walaupon dah renyah dgn anak2..

2 comments:

Kurma said...

untung kau dapat kawan2 macam dioran ajin. Wah terel ko masak skang ha hahahaha.. tapi dok obesi memang memaksa jadi terel masak. Jangan matikan skill tu .. balik sini aku lak nak rasa masak ko..

milan said...

skrg je terror..ntah2, esok balik mesia..dah ilang segala skill...