Doa mentua aku supaya aku tak beranak semalam telah diizinkan tuhan. Alhamdulillah, sampai skrg aku takde keluar sebarang petanda. Aku harap biarla sampai lepas hari Rabu, aku still maintain. Lagi bagus, kalu aku dapat beranak Ahad ni..sbb senin ni cuti. Cuma, Neni pulak dah balik Indon. Makna kata tinggal Dayah sorang sahaja. Aku pon, sebenarnya takdela nak berharap nak org tolong2 aku di kala pantang. Aku dah siap set mind...utk makan bubur nasi atau nasi dgn ikan bilis dan sayur2an di minggu yg pertama. My SIL I, ada suggest supaya aku stay saja di rumah Nde..Tapi, aku plak yg kurang comfortable. Sbbnya, nak duduk rumah orang kemudian nak minta dorang buat itu dan ini rasanya hanya menyusahkan diri. Lagipon, SIL I bagitau aku, spjg dia pantang, walaupon di rumah ada pembantu, dia tetap kene uruskan diri sendiri cthnya cari makan sendiri.
Sejak dua menjak ni aku ditemukan dgn beberapa org yg sanggup membantu aku di kala pantang. Tapi, aku cukup bersyukur dapat ditemukan dgn cleaner bebaru ni. Walaupon, takde setip-top mana..at least, ringan sedikit kerja2 aku nak mengemas. Pagi tadi pon, aku skdr perlu mop sedikit2 ruang tamu bawah dan dapur. Itu pon, takdela sakan aku mengemop..sbb my darling dah plan nak mop dgn mesin kalu dia punya kelapangan. Janji kawasan2 penting yg aku kurang puas ati dgn hasil tangan si Lia, aku bersihkan semula. Kalu ikutkan silap aku juga tak begitu monitor si Lia buat kerja. Mungkin ubat mop yg dia gunakan tempohari tu terlalu byk membuatkan lantai tu melekat2. Walau apa2pon aku mmg plan nak panggil Lia utk kali kedua slps kontraktor tu siap fixkan kitchen kabinet dan bilik anak2. Kalu kabinet rumah ni dah terpasang, terasa lapangla sedikit rumah tu...elok tersusun kemas..
Dah dekat2 nak beranak ni..makin mcm2 plak aktiviti nak ngemas2 dan mendecorate2 rumah..Rasa geram plak bila pi Ikano baru2 ni tgk pasu2 antik dan bunga2 eksotik..Terasa mcm dan2 ni nak pi cari runner..dan cari pasu nak letak pokok duit2 kat atas coffee table..
dan kalu sempat mmg nak je aku pi amik bunga kipas yg kami dok tumpang kat umah Nde..
No comments:
Post a Comment