Thursday, March 05, 2009

Bibik oh bibik..

Akhirnya bibik yg ditunggu2 utk membantu aku di kala pantang sampai pada malam tadi. Bibik reject yg mana ex-majikannya adalah org melaka. Kalu ikutkan rasa pelik juga dgn bibik ni..sbb dgn majikan terdahulunya, kerja pon tak byk mana. Hanya jaga anak dua org, bersih2kan rumah itu pon tidakla seberat mana dan pada masa yg sama tak peru memasak utk majikan dan juga dirinya. Sbb katanya, kkdg dia makan nasi lemak atau makanan lain yg dibeli di kedai. Sebenarnya aku pon tak paham sgt apa yg dikatakan. Ntah dibelikan majikan atau dia yg beli menggunakan duitnya sendiri. Wallahualam!!

Alasan bibik tak mahu lagi bekerja dgn majikan lama adalah kerana majikan lama tu kasar dan kkdg bila menyuruh menggunakan kaki. Mmmm, ntahla..aku pon bukannya bother sgt pasal problem dia dgn majikan lama. Sapala aku nak judge org. Sendiri mau ingatlakan.. Sbbnya aku pon pernah ade pengalaman x-maid aku mengadu domba. Kalu ikutkan dr cerita si bibik..majikan sblmnya itu pemurah juga orgnya. Kalu tak silap aku, spec mata pon dibeli sewaktu dgn majikan lama. In fact, baju yg dia dok pakai malam tadi dan ni ari majikan dia yg beli.

Aku pon sebenarnya tidakla begitu mengharap utk bibik kerja lama dgn aku. KERANA, kerja kat rumah aku ni jauh lagi byk berbanding dgn majikan lama. Ntah tahan ntah tidak si bibik nak kerja dgn aku. Mana taknya, ada sesetengah baju nak kene cuci tangan, lantai dan toilet perlu dicuci setiap hari kecuali lantai parker, lepas masak nak kene lap terus dapur, mana lagi nak masak dan itu belum lagi baju harian pon nak kene gosok as according to my MILnya spesifikasi...

Cume, sementara baby belum lahir, mmg bibik punya banyak masa dan bule concentrate buat kerja2 rumah aku yg tertunggak. Tapi, tu pon aku terpaksa tolong sikit2 mcm keluar masukkan baju dalam mesin basuh. Mesin basuh setakat ni mmg bibik tak pegang sbb takut nanti rosak.

Dr pagi sampai skrg mmg keje bibik tak renti2. Adalah sempat dia merileks2kan diri. Nak aku marah bibik berileks2an??? Rasanya tak patut sbb dr jam 6 pagi dia dah bangun dan dlm kul 7 dia start wat keje betul2...Aku pon manusia dan juga majikan yg tahu penat...So alkisahnya, aku pon sekadar tutup mata bila melihat dia bergolek2an atas sleeping bag..janji kerjanya semuanya beres. Yg penting, jgn masa anak2 atau baby aku ade dia pi bantai tidur udahler...

I guess bibik pon suka kot, kalu aku tak 24 jam menghadap dia. Dan aku pon kalu bule malas nak menghadap dia 24 hours juga, takut2 hormon aku ni jadi tak betul dan mulai nak marah2 kalu dia buat kerja tak sempurna.

Tadi pon, aku dah siap testing dia suruh potong tembikai dan cuci telur mengikut pengalaman bekerjanya yg sudah 5 bulan menjadi pembantu di sini. Mmmm, sorry to say tak memenuhi spesifikasi aku nampaknya. Aku agakkan dia pon bengang bila ngk aku pi ambik balik telur dr peti sejuk dan cuci telur2 tu semuanya sendiri. Secara terus-terangnya, aku pon tak marah2 dia salah cuci telur. Aku just cakap elok2, yg aku tak bule ngk kalu telur ni ada tahi2nya especially kalu simpan dalam peti sejuk, nanti aku rasa loya. Kemudian aku kasik alasan yg nanti bakteria2 tahi ayam tu akan mencemari peti sejuk aku secara common sensenya..

Gasakla bibik nak kata aku apa2. Cerewet ke apa..atau rasa menyesalke tak continue keje ngan majikan lama. Haaaaa, sapa suruh???? Dah org kasik keje senang, ko nak masuk ke mulut buaya buat kerja susah......Tak tahan kerja ngan majikan lama sbb konon2nya dorang tu kasar orgnya. Pikir2la ko bibik..mana yg patut..nak majikan tak byk cakap macam aku dan my darling tapi keje banyak dan anaknya 3 org...atau ko nak keje ngan majikan yg suka cakap nyaring2sampai bule sakit jantung tapi tak byk workload dan jaga anak hanya 2 org saje...Lepas ni kalu ko meroyan ngan aku..aku pon redha..Dah azalinya rata2 maid yg aku jumpa suka nak talam dua muka! Depan majikan punyala pijak semut tak mati..Tapi, belakang majikan mulala nak komplen itu ini...Yg penting, setakat hari ini, walaupon bibik buat sesuatu yg tak kena di mata aku..aku takdela nak mengaruk2..Cthnya mcm tadi, dia pi mixkan baju keje laki aku yg dark colour ngan soft colour..Takdela plak aku melatah yg mana aku just ambik balik baju dark colour tu masuk dalam baldi lain. Sama gak ngan baju2 yg bibik tak sidai pakai hanger. Aku tak kecoh2 nak suh dia repeat sume2 keje. Gabrah jugak bila bibik ngk aku pi angkat kain2 tu sume dan sidai semula guna hanger. Nak aku tengking dia???? Rasanya bukannya salah dia..as aku tak suruh pon dia awal2 tuk sidai pakai hanger walaupon dia nampak baju2 aku sblm ni tersidai menggunakan hanger. Sama gak ngan potong tembikai. Adussss, dgn putih2 tu sekali dipotongnya..Hai bibik, I do apologise ur new employer doesnt eat watermelon with the that white thingy. Pon, begitu aku skdr diam sahaja. Istilahnya nak mengetest bibik aje sebenar2nya.

Cume, satu ajela problem bibik ni..Bukan aku nak ngata kelemahan dia..But this the fact that she is having bad breathing problem in which in this case I may not be able to swallow even a single grain of rice if she is the one going to cook it. Gamaknya ini bukan penghinaan buat bibik...Terus-terang aku sebenarnya cepat pening kepala dgn bau2an. So, apa yg aku buat, aku just belikan dia listerine. Itu pon aku masih berfikir mcmana caranya aku nak buat dia tak kecil hati kalu aku tegur ttg bau mulut dia. Alkisahnya, bibik ade byk karang gigi. Bila dia tersenyum mmg nampak segala karang di hampir kesemua gigi depannya. Aku ada gak ty doktor camne nak settlekan masalah ni. Dr cakap mebe bule guna listerine utk sementara otherwise kalu gigi2 tu sume tak lubang memadaila dgn hanya perlu buat servis pi buang segala karang2 gigi. Almasalahnya plak, aku tatau sama ada aku betul2 nak hire dia atau pon tidak. Kang rugi plak duit aku berhabis sampai ratusan ringgit nak perbaiki bad breathing problem dia..tapi, pas 1 minggu bibik pon "babai" dr rumah aku..I just hope listerine can solve the problem. Kalu tak, payah juga keadaannya. Bila dah timbul rasa was2 bab2 hygienity nih..kiranya dalam pantang pon aku sanggup pi masak sendiri gamaknya. Tak pon, aku paksa gak my darling pi sediakan apa2 yg patut..Maksudnya mmg bab2 memasak ni mmg bibik takkan handle walaupon aku dalam pantang gamaknya.

The good side of this bibik, aku nampak dia bukan jenis menggedik, okla semayang orgnya, tau dan pandai cari keje..mana taknya gedegang-gedegung dia dok keje sampai skrg(tapi, minta maapla ye...bukan aku yg pi abuse dia jadikan dia hamba, ok..Dah dia yg nak keje continuosly gitu)...Pehtu, pandai carik makanan sendiri dan dia tau dia tak mo share toileteries ngan aku.
Kendian, aku rasanya dia ni spesies lurus bendul juga..so, aku tak rasala dia tu nak mengada nak mengasari atau cabut keluar tak tentu hala dr umah aku...Tapi, tataula kalu lepas ni dia bule berubah menjadi monster bila aku tak ade!

Berkenaan dgn anak2. Takat ni, malam tadi si gegirl dgn tak malunya dah bergesel2 ngan si bibik. Si boboi plak yg bestnya pandai plak carik si bibik bila nak buang air besar pas balik sekolah tadi..Hooray! . Tadi, dia pon tak kisah nak mandi ngan bibik. Okla tukan...Takkan aku dalam pantang nak pi mandikan si boboi tu plak..Sungguh takde keje!

Slow2la kita tgk..Doa2nya bibik pon ok...Rasanya, aku ni takdela se fussy mana..asal bule solve bad breathing problem bibik tu...rasanya aku tak kisah nak 'MOVE ON' saje..The question is..I can move on, but can she???? Pagi tadi pon aku dah interview dia...katanya dia cume aim nak 2 years saje di sini. Skrg perlu habiskan 1.5 tahun...Aku kira bibik menghitung hari nak balik Indon. Dia dok citer kat my MIL yg Jakarta di landa banjir..Kendian plak, elok je si Neni mencelah..."La..baru datang sudah mau nak balik???"

Apa2la ko bibik..Aku pon dah set kat mind aku..Kalu bibik nak blah dr umah aku pas aku pantang atau abis satu bulan..aku pon "REDHA". Mungkin ada reasonnya kenapa sekiranya dia "TIDAK DITAKDIRKAN" utk aku...

No comments: