Sebenarnya hati aku sampai skrg masih berbelah bahagi nak ambil pembantu. Setakat ni, ada org sanggup offer diri nak jadi pembantu for rm700 sebulan di kala aku pantang. Tapi, yg tak syoknya bila diricky2 orangnya umur 18 tahun pula..Selain dr isu umur, aku tak rasa family mentua aku happy dgn option yg ada sbb orgnya berasal dr Madura. Sebenarnya, aku bukannya particular sgt bab2 umur ni..Cuma, pada aku, biasanya yg muda ini lebih mendengar kata berbanding yg tua dan cepat dan cekap sedikit buat kerja. Dan lagi, kalu betul2 serasi, mungkin akan betah lama bekerja dgn kita. Hanya masalahnya skrg, ada pembantu di kala pantang bukanla masa yg begitu bagus sbb aku sendiri dalam keadaan lemah dan most of the time mungkin aku akan duduk di tingkat atas. Makanya, segala apa aktiviti dia sepanjang tempoh aku dalam keadaan kurang sihat, aku sendiri tak dapat monitor dan tahu. Dan faham2 sajela, bila pantang, perasaan pon bukannya stabil sgt..emosi mudah terganggu. Kkdg baru dgr suami bercakap2 atau berlembut atau ketawa2 dgn pembantu sedikit pon dah rasa lain mcm.
Kalu ikutkan aku lebih berminat nak hire sorang kakak ni to specially tungku, sediakan air mandi aku dan cuci baju baby di kala pantang. Tapi, yg tak bestnya, bila aku tykan dia ttg bayaran..Jawapan dia...
"Ala..akak cume tolong2 je Milan.."
Terus-terang aku sendiri kurang sng dgn jawapan tersebut. Sbb takut2, terhutang budi yg mana mungkin tak mudah terbalas sampai ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment