Hari ni lepas aku nak citer pasal pantang bersalin. Terus-terang, utk anak ketiga ni aku mmg tak amalkan pantang yg ketat. Aku makan apa saje yg aku rasa aku bule makan. Termasuk buah jambu batu, honey dew dan mangga yg ade org kata dan berangin. Meskipon begitu, aku tidakla makan dgn setamak2nya buah2an yg tidak begitu disarankan dlm tempoh 44 hari lepas melahirkan.
Hasil eksperimen aku, mmg aku terasa buah2 yg aku sebutkan tadi tu sejuk. Tapi, walaupon sejuk, kesannya tidakla sampai aku jadi menggigil hingga kene nyorok bawah selimut. Mungkin sbb bila aku makan tu, aku just rasa2 dimulut dan bukannya melantak macam 100 hari tak jumpa buah2an tersebut.
Paling terasa nikmat kalu dapat makan buah oren dan pear kuning. Arghhh, rasa sungguhla segar..dahle skrg kat mesia ni cuacanya panas..Kalu dapat dua jenis buah ni..aku tak makan tghari dan dinner byk pon tak apa2. Pendek kata, nafsu aku dah dipotong bila aku makan buah yg aku sebutkan tadi terlebih dahulu. Rasanya, mcm tak sabar2 nak tunggu 44 hari habis pantang. Sbbnya, aku dan my darling dah plan nak buat program detox-minum air buah2an dan jadi vegetarian spjg 3 hari berturut2. Ntahla, sejak balik dr UK, aku mmg jadi hantu buah. Kalu tak dapat makan buah, rasa mcm tak lengkap plak kehidupan. Dr segi skin complexion pon, mmg nampak sgt perbezaannya..Kulit aku nampak radiant walaupon tak pakai apa2 moisturizer. Sebenarnya, dah byk hari dah aku tak makan nasi. Bukan saje2 aku berdiet. Tapi, sbb dah jadi pemalas nak renyah2 memasak membuatkan aku selesa makan sandwich cheese+tomato+salad.
Cerita pasal berbengkung plak..aku lagi selesa pakai bengkung traditional berbanding yg moden. Sbb, bila pakai yg moden, aku rasa bengkung tu mcm mencengkam, sakit plak pinggang aku dibuatnya. Aku seboleh mungkin nak pakai bengkung ni selama 60 hari..Mebe siang ari aku pakai yg moden dan yg malam aku pakai yg traditional.
1 comment:
hehehe,mmg kalau baru balik dr oversea, keje nak makan salad je kan?same macam kite dulu.ahaks!.
Post a Comment