Aku tak faham kenapa sejak akhir2 ni bila aku nak visit youtube dan manadosiar, asik je tersekat2. Mati mood aku nak ngk citer Intan dalam tu. Kalu tak, mesti pagi2 dah bersemangat bangun..terus nak buka lap top dan layan sinetron Intan.
Skrg ni pon, sebenarnya, kalu tak dapat ngk citer Intan..aku tetap bersemangat nak bangkit pagi..sbb nak pi mandi dan bersauna, kendian terus bertungku dan berbengkung. It just matter skrg aku tak dapat nak bertungku religiously sbb adik aku masih lagi tak berkesempatan nak datang rumah utk belikan aku dapur berkelah yg portable supaya aku dapat panaskan batu tungku terus di tingkat atas.
Hari ni, aku tetap bersauna..Aku sauna selang seli..Sbb katanya, tak elok bersauna hari2. Rasa segar tubuh ni dibuatnya...membuatkan hari aku sungguh ceria..Utk kali ni mmg aku puas hati bersauna since aku dah discover new method tuk menjadikan sauna aku lebih berkesan. Tak perlu nak transfer2 air rempah dalam baldi..biar aje dalam baldi dan tinggikan sket dgn apa2 bekas. Kendian, sarung badan tu dgn kain pelikat my darling yg ternyatanya lebih besar dan bule cover semua badan aku. Kesannya, walla! berpeluh2 hampir lencun satu badan...camnila baru effective!
Lepas bersauna, aku sental badan aku dgn sabun scrub. Scrub lebih sket area2 yg berselulit dan berlemak especially area pinggul. Selesai scrub badan aku tak putus asa nak berbengkung secara tradisional dgn bertapelkan kapur dan limau nipis. Kalu ikutkan sblm ni mmg aku allergic pakai kapur dan limau nipis. Tapi, dek kerana nak kempiskan perut aku yg belum lagi 100% flat, aku just give a try to myself sekali lagi..
No comments:
Post a Comment