dah lama aku tak update blog aku..manjang sibuk..dgn hal kerja dan keluarga. Macam tak boleh bernafas pon ada. Rutin aku sejak, bbsitter aku bercuti di Mesia..mmg sgt2 hectic..tapi, aku suka dgn suasana hectic dan adakalanya menekan..sbb tekanan adakalnya membuatkan aku cepat sedar dan mahu semuanya berakhir dgn sepantas mungkin.
aku sgt2 bersyukur ke hadrat ilahi..disaat aku kesusahan begini, aku akhirnya mendapat persetujuan mar to look after my girl. alhamdulillah juga, my girl tak byk ragam..so, tak dela teragak2 mar nak menjaganya sewaktu aku keluar ke library..jauh perjalanan aku hampir setiap hari..pushing stroller my girl dalam 10-15 minutes berjalan kaki ke universiti dalam cuaca sejuk2 begini..kemudian dalam 2.45 aku dah bergerak semula keluar dr bangunan universiti utk ambil my girl semula dan pick up my boy dr skool. Kebetulan hari ini my darling nak buat MOT kereta aku..terpaksala aku lagi berjalan kaki balik slps hantar my boy di pagi hari..kalu ikutkan mmg meletihkan..bila letih, biasala..mula aku cepat sensitif, temper dan tak ada mood. Bila dah terlalu penat, aku sekadar buat kerja2 aku..sama ada kerja rumah dan sekolah tanpa menghiraukan sekeliling...di sekeliling aku, aku lihat pandangannya segalanya kosong..sampai tak terluah aku nak berkata2...
Malam tadi pon, my boy straight tidur malam tak berjaga2 mungkin sbb kepenatan berjalan kaki. My girl pulak, skdr bangun 2 kali hanya nak minum susu...dan dalam pukul 10 mlm smlm tanpa aku paksa2, anak2 kedua2nya belayar tidur... Smlm aku hanya byk buang masa, berborak2 kosong dgn si mar..sbg courtesy...si mar pon ade cadangan nak lanjutkan study di sini..aku just berikan pandangan2 yg termampu..
aku harap, aku akan terus kuat...terus sabar...terus tabah..kkdg aku rasa mcm nak menjerit dan menangis..semuanya sekadar nak mereleasekan pressure yg terlalu byk terkumpul dalam badan aku skrg...tapi, sampai skrg..air mata aku tak tumpah2..jeritan itu hanya terdengar di dalam hati..dalam susah2 begini...mulala aku terkenang mak ..walaupon mak aku bukan tergolong mak mithali sedunia..tapi, tetap aku terkenangkan mak di kala susah begini..walau teringat aku kpd mak, pada masa yg sama tak pula aku nak mengadu, merintih pada mak..sbb aku tak mahu mak susah hati..dan aku tahu..mak aku pon tak belajar tinggi utk tahu taktik2 mengcomfortkan aku..
No comments:
Post a Comment