Kalu ikutkan blog aku ini bukanla suatu blog yg menarik utk lain membacanya..yelah, aku pon sebenarnya saje2 menulis blog..cthnya, supaya aku bule keep in track, bila masanya perkembangan anak2 aku, begitu juga progress aku, serba sedikit tentang impian aku, tentang suka duka, pahit manis, sakit hati dan marah aku...he..he..he..
Hari ini, aku betul2 keletihan. Keletihannya bermula dr semalam..rumah bersepah, so aku berjaga hingga entah pukul berapa mengemas bilik pakaian aku..baju2 kami yg dah tak ok, aku letakkan dalam plastik sampah sedia utk dibuang dan yg mana2 aku nak simpan, aku dah siap2 asingkan..manalah tahu, bule dipakai utk anak2 aku akan datang...beberapa helai baju Harris yg kecil2 aku dah asingkan utk diberikan kepada anak baby sitter aku..
To my suprise, smlm anak2 minta aku tidurkan mereka di bilik pakaian..dan malam ini pon, Harris siap angkut bantal dan selimut dia bawa ke bilik sebelah macam malam semalam. Smlm, slps anak2 tidur dan aku siap kerja2 rumah, rase macam arghhhhh, leganya dapat tidur dalam bilik dgn my darling saje sorang2, rase safe and sound tak de gangguan bunyi dan rase terkongkong macam sblm2nya..My girl pon, kurang sedikit nak mengempengnya...kalu tidak entah berapa kali dia akan terbangun, sampai aku ibunya pon naik lembik melayan kerenah anak perempuan aku sorang buat stkt ini...Walaupon begitu, my girl tetap bangkit malam 3 kali smlm...Itu pon, sebenarnya yg ke-3 kali my girl bangun sbb dia terjaga dgr bunyi daddynya buka pintu bilik air sms nak menggunakan bilik air. Yg menjadi mangsanya, bila my girl bangun mestila aku..sbb bila dia bangun, dalam kepala dia automatik yg dicarinya dahulu mesti ibunya dan mesti nak pekena susu cap gantung! kali ketiga dia bangun, mmg betul2 dia nak ngempeng sampai aku sendiri tak larat nak layan dan akhirnya terbongkang kat bilik anak2...
Utk hari ini, aku buat eksperimen lagi, cuba bagi my girl minum susu sblm dia tidur bersama2 dgn abgnya..sbb setahu aku, my girl ni tak susah orgnya, byk masa menurut atau meniru saje abgnya, jadinya, kalu aku dapat settlekan abgnya, dgn mudahnya, my girl aku mengikut sama. Termasuk rajin membaca buku dan mendengar cerita. So, I guess, mungkin tak hairan kalu my girl nanti lebih pick up dr abgnya..sbbnya dia selalu dgr in advance aku mengajar abgnya terlebih dahulu, jadi maksudnya, dia akan absorb banyak information terlebih dahulu sms kecil2nya..seusia 1.5 tahun...Kkdg aku perasan, bila aku sibuk melayan Harris membaca, dia akan tak sng hati, mula nak jeles, nak menyempit2 duduk di lap yg sama..sama ada aku sedar atau tak sedar...anak2 aku smmgnya manja...dan sedar tak sedar, dalam kasar2 aku, ada naluri keibuan, sabar melayan kerenah anak2 dan memanjakan mereka. Harris sampai skrg masih tetap manja walaupon dah 4.5 tahun, masih nak tidur bertemankan ibunya, masih mahu disayang2 dan masih mahu dimanja2..Sebenarnya aku tak kisah org nak pandang aku apa...aku rasa, aku sudah semakin redha dan tak ambil pusing, kalu org nak cakap2 di belakang aku...yg anak2 takut dgn aku...by thru of their judgement of my appearance yg serius..sbb segala perlakuan buruk dan baik aku....hanya org yg tinggal sebumbung dan tuhan sahaja yg tahu...begitu juga dgn diri aku..
Ntah kenapa, sejak beberapa menjak ini, aku mulai fokus semula dgn kerja2 sekolah aku. Aku ade guts to check my univ email. Aku rajin dan cube belajar courtesy fr my sv dan pada masa ini, smmgnya inspirasi aku utk kerjaya aku, adalah my current sv selain my x-sv aku during my first degree dulu.
Pagi2 lagi, di hari ini, aku sudah kelam-kabut keluar bandar nak memulang baju anak2 aku di samping nak mencari buku latihan utk Harris di peringkat permulaan. Aku belikan Harris buku utk belajar menulis, membaca, mengira dan mengcolour. Terasa sungguh bahang tanggungjawab sbg seorang ibu utk mendidik anak2 dgn pengetahuan yg perlu supaya di masa depan nanti mereka bakal menjadi seorang yg berguna&beragama. Selain tu, aku belikan Harris mainan utk mula belajar mengenal huruf dan spelling ala2 jigsaw puzzle.
Balik dr bandar, aku masih risau dgn perkembangan anak2 aku. Sempat call sepupu aku, Na dan kakak aku di kampung dan khabarnya mak aku tak berapa sihat dan mungkin akan warded sama ada di hospital Selayang atau pon TAR, Klang. Nampaknya, kesihatan mak aku semakin surut. Tiba2 aku menjadi hiba, harap2nya aku dapat berjumpa dan meluangkan masa bersama2 mak aku hingga di akhir hayatnya. Meski pon, mak aku is a hard person, mak jugala org yg paling aku ingat dan nak meraung dan memanggil namanya pertama kali walau pon hanya di dalam hati, di saat aku dilanda kesedihan dan kesusahan selain Allah s.w.t dan juga my darling. Arghhh, begitu rindunya hati aku dgn mak...tapi, aku sendiri tak cukup kuat nak menelefon mak, di saat dia menangis kerana susah hati. Bukan mudah juga, bagi seorang isteri dan anak kepada seorang ibu, membahagikan masa dan kasihnya antara keluarga suami dan keluarganya sendiri. Kakak aku sendiri bagaikan tersepit, antara nak membahagiakan hati suami dan seorang ibu kerana setiap perlakuan isteri itu perlu mendapat restu seorang suami. Dan, aku sendiri kekadang bingung dan keliru memikirkan, adakah seorang isteri salah apabila banyak masanya diluangkan bersama suami/ keluarga suami dan ibunya itu bukanla dalam list top of priority. Sesungguhnya memang aku bingung dan keliru!
Dalam sibuk2 aku, petang2 walau pon aku dah mati idea, aku sempat nak menyiapkan sherperd pie dr recipe BBC..Sambil tu, aku sempat bake apple cake memandangkan aku sendiri dah naik sesak nafas bila melihat apple yg aku beli 2 minggu lepas byk yg dah kisut2..daripada aku buang, elokla kiranya, aku kerjakan...Sekurang2nya, terjamin perut my darling dan anak2 utk dibawakan sbg bekal...Baru tadi, slps siap baking my apple cake, aku siap2kan lunch pack my darling dan my girl. While for Harris, aku masih berfikir2 sbb anak lelaki aku seorang itu mmg picky sedikit bab2 makan...kekadang aku dah siap2 pack kan..sbb tak kene selera dia, langsung tak mahu dimakan dan dijamahnya..jadi, mmg kene tunggu sampai esok hari, barula aku sng hati nak masukkan makanan apa yg perlu..setahu aku, buah pear mmg makanan yg patut ada dalam lunch pack dia utk esok hari..sbb sms nak kami keluar shopping, mmg buah pear yg disebutnya dr awal masuk perut kereta hinggala kami dah sampai ke dalam tesco.
Cerita pasal tesco, aku ambil kesempatan, ajar Harris tentang buah2an dan aphabet. Rupa2nya, tanpa aku sedari, dia dah kenal perkataan 'TESCO'...dalam hati aku berkata..not bad jugalakan anak aku, tidakla terkebelakang sgt tahap perkembangannya..Apa2pon, sbg seorang ibu, semestinya kita mengharapkan yg terbaik utk anak2 di masa depan mereka...Aminn....
No comments:
Post a Comment