Friday, November 02, 2007

Aku lega

Alhamdulillah, lega..seminar hari ini pon dah berakhir dan poster presentation aku dah settle. Pagi2 lagi aku dah kelam-kabut sakan. Pagi2 lagi dah sibuk melaksanakan tanggungjawab sbg ibu mithali kpd anak2 aku..

Bangkit2 tidur, my girl dah kasik aku hadiah buang air besar dan harris plak dah dr smlm merengek nakkan 'Jolly Ginjar' dia..aku pulak tak sempat nak siapkan Jolly Ginjar tu dr awal sbb kebetulan aku dah misplaced debit card aku. Jadi, aku kene apply baru utk mula bershopping ditambah lagi aku kesibukan beberapa menjak ni utk settlekan tutorial, meeting ngan sv dan siapkan poster.

Yg spoilnya, pagi tadi aku pon bangkit lambat, penangan adik asik bangkit sampai 3 kali sbb hauskan air dan nak asik nak 'mengempeng' dgn aku. Rasa terlalu berat mata aku nak terbuka. Ditambah lagi 2 hari lepas aku berpuasa dan hampir almost everyday for this week aku berjalan kaki ke skool yg mengambil masa dalam 15 minit. Nasib baik aku jumpa dan2, baju blouse ungu aku...size 12..tapi besar malangnya buat aku..tak cukup fit bila nak pakai dgn blazer..tapi, aku belasah pakai jugak..dan oleh kerana pants yg aku order fr m&s pon tak sampai lagi..aku just matchingkan purple blouse aku dgn purple floral skirt. Aku just sempat touch up foundation, compact powder, blusher and lipstick..tak sempat nak bereyeshadow bagai..sbb dah lambat sgt..Hari ini Harris pon sampai lambat di skool. Aku terpaksa singgah juga kedai demi nak siapkan botol Jolly Ginjar anak lelaki kesayangan aku yg manja sakan tu..demi tak nak menghampakan harapan anak lelaki aku yg dah terlalu berharap nak nak membawa Jolly Ginjar dia ke skool pada hari ini..in fact, aku tak de masa nak decorate langsung Ginjar anak aku..walaupon, kalu ikut plan asal...aku dah berangan2 bagai walaupon dalam keadaan kepenatan nak decorate jar tersebut dgn titik2 lilin yg colourful.

Dah beberapa minggu plak my darling asik dok tak sihat..pd masa yg sama, tak sampai hati plak aku nak suruh2 dia nak tolong menyinggah carikan lilin dan belikan sweet ala2 sugus utk harris bawa ke skool keesokan harinya.

Sebenarnya aku benci suasana kelam-kabut..tapi, itula aku..yg dr dulu sampai skrg..last minute type of person. Dlm last2 minute sume idea baru nak terluah segala..Natijahnya, aku harris sampai skool dalam pukul 9.45...dan aku bertolak dr rumah ke kelas tutorial dalam 9.55..sampai kelas tutorial aku dah lewat 10 minutes..tapi, saje buat2 bodoh supaya David tak perasan aku lewat datang...dah nak cakap camne..keadaan tak mengizinkan..Poster pon aku tak sempat nak collect awal2 pagi..jadinya, aku collect dan tampal dalam pukul 11.30 pagi..sebenarnya, again, aku mmg lucky utk kali ini..di saat last minute aku dapat nak settlekan budget approval nak bayarkan poster aku..dan poster aku siap dalam hari yg sama walaupon without lamination.

Malam ini, aku try nego dgn my darling..aku rasa, aku dah nak start putuskan susu buat my girl di waktu malam..sbb aku dah tak larat kene bangkit malam ntah berapa kali..kesannya aku juga sorang yg tak cukup tidur...dan akhirnya, aku bangkit lambat dan kesan yg lain, suma jadual akan jadi semakin kelam kabut..Dalam 15 minutes aku dgr adik macam mengamuk2 bagai..menangis2 sakan...meraung2 sakan..tapi, skrg ni dia dah mulai dia..so, aku agak dia mmg dah tidur..sbb tu juga, aku decide nak buka baby cot aku..supaya adik dapat settle dalam baby cot dia sorang2..tanpa aku perlu nak entertain dia...

Sms seminar tadi..ade seorang student Thai, Ta under my sv mengadu pasal sv aku...aku pon takdela bias mana..just bagi apa2 nasihat membina...dia mengadu kat aku, katanya, sv aku tu tak helpful..hai entahla, aku malas fikir masalah org...tapi, aku just bagitau dia..

'dont be upset..its not necessarily we have to do our lab in the same dept. It is not uncommon, students to perform their tests in other's people lab. But, as usual, it is not easy too, to acces another people facilities, because of course, their students are the first priority'

aku masih ingat lagi mcmana strugglenya aku buat lab masa mengandungkan my boy and my girl..aku kene carry sume materials aku kat another people dept. Mmg, terus terang aku dah tak de hati lagi nak buat sume2 tu lagi..melainkan kalu aku terpaksa...Aku tahu perasaan Ta yg dilemma...tapi, sbg student phd, dia yg kene tetapkan hala tuju research dia sendiri..di samping kene pandai ambil hati kedua2 pihak sv dan co-sv dia..ntahla..macam2 plak dugaannya..aku pon sebenarnya tawakkal saje dgn kerja2 aku..harap2nya sumenya will be smooth sailing jadinya..

No comments: