Tuesday, August 08, 2006

PETUA ERAT KEMESRAAN

Silap wanita sendiri jika mengambil mudah hubungan bersama suami. Meskipun suami baik umpama pijak semut pun tidak mati, isteri perlu berwaspada agar tidak menyesal kelak.

Jikalau bimbang suami berpaling cinta, sebenarnya banyak cara yang diredai dan boleh diamalkan daripada memilih jalan songsang.

Sebenarnya, kandungan al-Quran itu sendiri terlalu banyak azimat dan pendinding yang boleh di­amalkan untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. Antaranya:

• Surah al-Fatihah yang dibaca setiap kali bersolat boleh dijadikan surah pengasih. Baca 311 kali setiap hari.
• Surah An-Nas juga boleh dijadikan surah pengasih. Antara kelebihan surah ini boleh mengundang rasa mahabbah iaitu rasa cinta. Daya undangannya cukup hebat sehingga orang yang kita tujukan cinta itu biar berada jauh di seberang sana, Insya-Allah, tetap akan datang. Terlebih dahulu berpuasa tujuh hari. Sepanjang berpuasa, pada malamnya baca surah An-Nas 1,000 kali.
• Pengasih Asma Allah bertujuan anda sentiasa dikasihi setiap orang yang memandang. Amalkan membaca Ya Rahim sebanyak 100 kali setiap hari, Insya-Allah anda sentiasa dikasihi.
• Supaya suami sentiasa mengingati kita walau di mana dia pergi, sebut al Kalimu, al Waliyu, al Hamidu, hembuskan pada muka/ubun kepala suami.


Selain ayat al-Quran, beberapa cara boleh dilakukan isteri untuk memikat suami:

• Air mani suami banyak kegunaannya. Misalnya, sapu pada pusat(sapu searah), kemudian selawat tiga kali. Insya-Allah, suami sentiasa mengingati kita walau di mana jua dia pergi.
• Air mani juga boleh menegang dan memengkalkan payu dara dan punggung. Caranya, sapu air mani pada payu dara dan punggung, urut menghala ke atas. Lebih elok sekiranya tangan suami yang mengurut, ia lebih berkesan dan meningkatkan kemesraan.
• la juga boleh disapu pada muka sebagai penyeri.
• Manjakani memang diketahui ber-khasiat terutama dalam perhubungan suami isteri. Mengembalikan tempat sulit seperti anak dara, ambil segenggam manjakani, dibersih dan direbus seketika. Kemudian, kangkang kaki dan biarkan wap air rebusan tadi naik pada bahagian sulit. Amalkan dua kali seminggu.
• Juga boleh gunakan serbuk teh direbus bersama daun pandan supaya lebih wangi. Cuna cara sama seperti air rebusan manja­kani.


Segala petua dan ama-lan yang dilakukan biarlah berlandaskan syariat Islam. Yang penting, niat perlu ikhlas untuk kebahagiaan rumahtangga.

No comments: