Tuesday, August 08, 2006

MEMBENTUK KEHARMONIAN RUMAHTANGGA

Hidup berumahtangga satu penyelesaian tiada ganti dalam mewujudkan masyarakat yang baik. Kerukunan rumahtangga satu nikmat yang besar daripada Allah swt. Justeru, manusia hendaklah mencari jalan menuju ke arah itu. Matlamat ini boleh dicapai melalui:

• Komunikasi berkesan di antara suami isteri
• Mengendalikan masalah dengan segera
• Perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain
• Bertolak ansur
• Nyatakan perasaan dan kemahuan dengan jujur
• Beri perhatian dan bangga kelebihan/kejayaan pasangan.

Selain itu, isteri juga harus peka dengan kemahuan suami dan menjaga adab bersama suami.

• Sentiasa berikan belaian mesra
• Jaga penampilan diri
• Faham dan simpati masalah suami
• Elak melakukan perkara dibenci suami
• Jangan menjatuhkan maruah suami
• Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu secara terus, lebih elok cakap berlapik atau berkias
• Jangan soal siasat kegiatan suami secara terperinci
• Jangan membandingkan suami dengan lelaki lain
• Beri suami penghormatan sewajarnya
• Isteri perlu meminta izin suami untuk setiap kegiatan dilakukan
• Doakan suami berterusan.

Masalah rumahtangga boleh memberi kesan positif jika ia dikendalikan atau diselesaikan dengan baik kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Bagaimanapun, jika terlalu kerap berkrisis boleh menyebabkan rumahtangga bergelombang dan jika dibiarkan, akan karam. Tolak ansur dan persefahaman selalunya akan menyelamatkan keadaan rumahtangga.


Siapa yang sabar menghadapi perlakuan buruk isteriya, Allah swt akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ayub kerana ketabahannya menghadapi cubaan dan sikap isterinya. Isteri vangsabar menghadapi perlakuan buruk suaminya, Allah swt akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Asian, isteri Firaun.



petikan majalah Jelita Sept 2001

No comments: