Thursday, August 31, 2006

10 perkara memeranjatkan di dalam suatu perkahwinan.....

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda??

Monday, August 28, 2006

Perasaan tawar hati..

Aku baca kat ruangan BOD, ade seorang forumer marah dan rasa tawar dengan isterinya sbb segala urusan kerja rumah diserahkan sebulat2nya pada pembantu rumah. Lelaki itu terasa diabaikan. Pengabaian tersebut membuatkan jiwa lelaki itu tertekan, sampai ada luahan dia bermaksud elokla anak2 dia dibunuh dari kecil kerana isterinya itu tidak menunaikan tanggungjawabnya sbg isteri idamannya.

Tipisnya iman lelaki sebegini dengan membernarkan emosinya menguasai fikirannya dalam menangani masalah hidup hingga sanggup menyebut perkataan nak bunuh anak, masuk neraka, syurga dan sebagainya. Rapuhnya jiwa lelaki itu? Tidakkah dia tahu tanggungjawab dia sebagai seorang suami sbg pendidik isteri, sekiranya isterinya alpa dengan tanggungjawabnya? Adakah kerana pada anggapannya, isteri itu perlu tahu2 sendiri akan tanggungjawabnya maka dia berhak utk marah-marah? Bukankah dia seorang suami merupakan nakhoda bahtera rumahtangganya andainya tiba2 badai melanda, dialah sepatutnya seorang suami mengemudikan bahteranya dengan betul? Kehilangan kata2kah lelaki itu utk berbicara sendiri dengan isterinya bagi menyampaikan keinginan atau ciri2 isteri yang dia ingini dalam hidupnya? Pada masa yang sama, tidakkah lelaki itu menyelidiki keadaan isterinya mengapa isterinya itu mengabaikan tanggungjawabnya? Adakah kerana komitmen 100% terhadap kerja?kesukaran membahagi masa antara anak dan suami? ataupon si isteri dalam pada masa itu dalam keadaan yang sangat rendah mutu fizikal dan mentalnya sbg contohnya kerana dugaan berbadan dua? Tidakkah lelaki itu memikirkan akan sebab2 itu dan cuba memahami disamping berbincang dengan cara baik bagi menyelesaikan masalah itu????Begitu mudah kesalahan itu digalaskan kepada isterinya seorang sedangkan dia sebagai suami sendiri gagal menyatakan kemahuannya atau undang2 rumahtangganya kepada isteri?

Budaya melayu memperlihatkan isteri seorang yang setia terhadap suami. Membuat segala kerja2 rumah untuk suami. Dari menyediakan makanan, menjaga kebersihan rumah, menjaga anak, mencuci dan mengosok baju. Tapi, tidakkah suami itu terdetik sedikit pon rase belas kasihan terhadap isteri dengan beban2 kerja tersebut dengan turun padang sekali membantu isteri? Wajarkah hanya kerana, seorang perempuan itu tidak memenuhi spesifikasi isteri melayu terakhir maka, suaminya itu mencari alasan untuk marah2, terasa diabai dan seterusnya mengambil jalan singkat bermain cinta dengan wanita lain dengan harapan, wanita yang baru ditemuinya itu akan menjadi wanita melayu yang superwomen dan fasih dari segala aspek samaada kerjaya mahupon sbg isteri dan ibu kepada anak2nya?Pendeknya pemikiran lelaki itu menjadikan alasan pengabaian isteri terhadapnya tanpa memberi peluang kepada isteri menjelaskan keadaan dan berbincang dengan penuh toleransi bagi menyelesaikan masalah tersebut. Bincangkalah dengan profesional tentang kemahuannya terhadap isteri dan sekiranya ada masa, bantula sekali sekala isteri walaupon punya pembantu. Bukannya jatuh taraf seorang suami itu dengan bersama2 menghulurkan tangan dalam meringankan beban isteri walaupon dalam rumah tersebut ada pembantu. Bukankah lebih baik, suami membantu isteri didapur daripada duduk berdua2an di ruang tamu bersama pembantu rumah walaupon dengan kehadiran anak2 pada masa itu bagi mengurangkan rasa wasangka isteri terhadap suami? Bukankah perkara yang mana suami dan isteri buat bersama2 itu akan dilihat seperti kerjasama antara dua pihak. Para suami juga perlu ingat, bukan hanya ketika bersama memadu asmara, menghirup madu isteri barula nak sebut perkataan 'bedua2, bersama2' dan sebagainya, tetapi perkara2 lain juga tidak perlu dipandang remeh. Begitu juga dalam menasihati isteri, gunakan cara yang halus dan tidak menyakiti hati isteri dan bukannya dengan cara diktator atau menengking konon2nya mahu menunjukkan suami adalah org paling berkuasa dalam rumahtangga. Isteri bukannya amah dan isteri bukannya budak2 untuk diperlakukan begitu. Sekiranya menegur isteri, berikan alasan sekali kenapa suami tidak senang dengan sikap isteri yang sebegini. Bukan setakat menegur anak2, memerlukan kita memberikan penjelasan mengapa dan kenapa begitu juga dengan orang dewasa agar teguran itu lebih mudah diterima.


Bukan senang untuk melayarkan bahtera tanpa ilmu menakhoda yang cukup didada. Para2 suami fahamila isteri dan para2 isteri fahamila suami dan cubala berkompromi antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi ikatan rumah tangga.

Wednesday, August 23, 2006

Aku yang bosan..

Baru done my annual report. Punyela bosan aku carik2 my supporting documents tak jumpa. Mmg nak kene update my file in my lap top supaya next time aku tak mengagau. Done one part nak buat yang lain plak.

I think my apetite to learn more make up dah cam kureng sket. My Lancome make up palette just arrived this morning. So, aku praktis make up my right eye. Apply eyeshadow, eyeliner and mascara. Yang menyebabkan aku terbantut nak make up selalu even mase jalan2 ngan darling is punyela leceh nak tanggalkan eyeliner and eyeshadow tu mase aku mandi tadi. Emmm kalu ginila gamaknya only during on special ocassion ajela aku bermake up. Tadi aku try pakai blusher, cume aku takdela pakai foundation and highlighter. Bule tahanla..antara jadik dan tak jadi...cume mungkin aku apply kat bawah sgt dr my apple cheek, so bile tgk cam kelakala plak. Aku sebenanya ade sedara mak andam. But, aku tak suke cara dia bersolek cam tak kemas..sbb tu aku reluctant amik dia jadik tukang solek aku dulu. Kemudian, aku amik tukang solek kat pekan tpt aku tinggal. Okla..takdela cantik sgt coz aku tgk punye macam tepung gomak dia make upkan aku..Yang aku nak belaja skrg adelah utk mendapatkan make up skill yang natural dan tak nampak macam anak patung bile make up orang atau diri sendiri. Buleke??

Probably one day kalu aku ade byk masa, aku akan make up properly as has promised to Sarahmirza to exchange make up photo..of coursele aku takdela secun Sarahmirza tu yang lani dah maintain slim as aku ni chubby ngan bulat..tih..tih..tih..agak2nya pandai tak aku make up cam make up artis? By the way, tadi aku cume testing2 praktiskan the knowledge that I've learned how to make up in most make up tool website. Infact, some of the info I already copy paste in my blog. Kire okla not bad. Cume kalu aku lani kat Mesia, adela byk calon yang aku nak belek2 dan make upkan as kalu aku make up sendiri macam tak real sgt.

Oh ye, next week Insya-allah I will start my new regime to wake my darling up so that he could depart from house early to work. So, he can come back early and pick up the children while am busy cooking at home. Work has to be divided between us, otherwise till the end aku yang akan sorang exhausted and stay unfocused with my work.

Monday, August 21, 2006

Eyeshadow Part II



How to create a classically stylish two-tone eye makeup look

1. Apply a lighter tone onto the whole eyelid using a sponge applicator.

2. Use a darker tone to shade the upper lid from the outer corner of the eye to the crease and middle part of the eyelid. Use a thick eyeshadow shading brush.

3. You can also apply a darker shade on the outer corner of the lower lid, right at the base of the lashes. Use a thin brush.

4. Carefully blend in the darker shade at the edges with an eyeshadow shading brush.



Quick eye makeup

1. Apply a lighter tone onto the whole eyelid using a sponge applicator.

2. Use a darker tone to outline the upper lid at the base of the lashes using a thin, stiff brush. Alternatively, use a damp, thin eye liner brush.

3. Alternatively, use a damp, thin eye liner brush.

My beloved child..

My boy-dah mule banyak vocub. Smlm dia sebut

'mummy I'm hungry', 'mummy I'm full'


Cute sgt bile aku dgr. Since bile dia cakap dia suke buat muke and usap2 perut dia. Dalam hatiku berkata dah besar anak mummy skrg...Perkataan yang dia paling suke sebut skrg..

'thats is fun!','thats funny!','not yet!','not finish yet'

Dia tempted nak belaja flash card. Suke singing(nih aku nak amik video dia menyanyi tak sempat2). Suke baca buke banyak2 sampai aku tak larat nak bacakan. Suke tidur peluk2 sampai lenguh aku nak layan.

My girl-dah pandai kneeling. Sedang belaja nak merangkak. Dan mule mengesot moving ke depan. Gigi bawah dah nampak nak tumbuh. Ade due.

Monday, August 14, 2006

blusher part II

Round Face


Characteristics
Width about same as length
Short forehead
Wide cheeks
Roundness through jaw

Objective
Create more definition Forehead and jawline must appear more narrow

Techniques
Apply regular foundation before contouring makeup
Apply darker shade of foundation in an arc on either side of forehead
Apply darker shade of foundation on either side of jaw up to tip of ear. This will eliminate fullness in these areas
Apply blush on the ball of the cheek beginning at point just outside of center of eye. Extend to temples near hairline.

Square/Rectangular-Shaped Face

Characteristics
Width of cheeks and forehead are similar
Width of jawline and forehead are similar
Prominent jawline
Angular overall appearance
Rectangular face is longer than it is wide

Objective
To soften angles Forehead and jawline must appear more narrow

Techniques
Apply regular foundation before contouring makeup
To make forehead appear more oval, apply darker shade of foundation on either side of forehead and blend
To make jaw appear more oval, apply darker shade of foundation on either side of jawline and blend
Apply concentration of blush directly on the ball of the cheek. Blend toward the top of the ear for a square face and middle of the ear for a rectangular face

Blusher


The first color product you should apply on your face before any other should be blush. Why? Because if it looks good without anything else on your face, you did it right. It's time to give blush it's own special appearance. Read on...



How to pick the right color. Ideally we want that young, youthful flush of baby's pink cheeks. But a lot of blush colors out there just don't cut it. Stay away from blush that looks dull, gray, dark, heavy, even bluish in appearance. The trick is getting the right color for your skin tone.


Try this test: Swipe blush on the inside of your wrist. If it looks good there, it'll work on your cheeks. Does it bring out the blue and dark veins in your wrist? It will most likely bring out the darkness and blue veins under your eyes.


Trick of the trade: Never apply a makeup color on your face, that has a color that you don't like in your skin. Or avoid colors with blue, gray, etc. Why? It just brings it out and makes it look worse. Case in point: Would you ever wear a red dress with sunburn? No. Why? It will make your sunburn look worse. Same in makeup. Have gray under eye circles? Stay away from that grayish mauve blush, or dull grayish pink lipstick. Won't work. Have a lot of red in your skin? Avoid red lipstick or blush. Why? It makes it look worse...


Think warm, sunny, watermelon, guava, or peachy pinks. Those colors will bring out the natural blush in your cheeks, and brighten and warm your skin. Looks great on anyone. Not sure? Try it on your wrist first.


Wonder why Nar's Orgasm blush is so popular for lighter skins? It's the perfect peachy/pink shimmering blush for that skin tone. For darker skins, go with a warmer, darker version of the same... It's the blush that you'll find yourself throwing on when you're in a pinch. Why? It'll work everytime.


The right tools: It's all in the brush. Look for a rounded cut blush brush that exactly fits the size of your cheek when you smile. No smaller or bigger than your puffy cheek. That's the right size. Also, make sure that the bristles are not very long. The longer the bristles, the looser the brush and less control you'll have with the brush and your product.


Fool Proof Application. When I worked in the salon, I can't tell you how many times I would get a client that would bring in a blush she had purchased, to tell me that the blush 'streaked'. Well, the product can't streak. It's in the application.


How did this happen? Usually by brushing the blush brush, back and forth across the pan of color, and then applying it the same way onto the cheeks, in a back and forth motion. Off course the color will streak. Why? Because way too much color was applied in a 'streaking' motion. You've now got way too much blush on, that's probably in streaks across your cheeks. You know you are guilty of this if you have a 'hole' in the middle of your blush... ;)


So how do you apply correctly? Instead, take the ends of your blush brush and 'tap' onto the blush. Very lightly. You'll want to see very light traces of the color of blush on your brush. Not a lot, just a little bit. Now shake the brush a little. (Don't blow on the brush. A bad habit to get into because it's not sanitary..) Then with your blush brush, smile and very lightly, "tap" the brush across your cheeks. Don't rub, don't run back and forth across your cheeks. Just tap. The taping creates an 'airbrushed' blended effect of your blush. It's applied and blended for you all at the same time. Now, wasn't that easy?



Now onto placement. Everyone knows the trick of smiling when you apply blush for the right area to 'blush' from. That's one quick way to apply blush. But the professional way to apply blush, is with guidelines. Yep, we've got quidelines, the trick to perfect application in makeup everytime.



There are quidelines hair stylists use when they cut your hair, and there's also quidelines when you apply makeup. You just don't hear about them.



Blush Guidelines For blush: you have 3 lines or quidelines.


Your 1st guideline is from the inside of your eye running straight down. This line determines where blush should end. Don't run color across your nose, unless you like the sunburnt look. Though Bronzer works great across the nose lightly. Why? Makes your nose look smaller, especially in photos. The 2nd line is by the arch of the eyebrow. This is where blush ends. Go further and you'll end up on your forehead. The 3rd line runs horizontally under your nose. This is the lowest that blush should go. Any lower and you'll get that windblown out in the cold look. Within these lines, or guidelines is where you can apply blush. Outside the guidelines? it just looks off. Throws your bone structure out of balance. Not that you can't (I break this rule all the time when I do makeup on photo shoots for magazines and editorials, but that's another story..) But for everyday, stay within the guidelines. You'll notice trends will dictate where within these lines that blush is hip at the moment. Under the cheekbone? On the apples of the cheeks? Up onto the temple? Yep, blush will move around with the trends, but notice, it's always within these lines.


Too dark or bright? To tone down the color, take a powder brush or a clean blush brush, dusted with loose powder and apply over. To erase a bright blush, buff a dry makeup sponge with loose powder to erase even more.


Wrong color? Erase with moisturizer applied on a dry makeup sponge and the moisturizer will pick up and erase the color completely. You may have to fix with a little foundation, but this works best when you completely want to erase the color without disturbing the rest of your makeup.

Friday, August 11, 2006

Eyeshadow


Fig #1: This is the most basic and common way of wearing eyeshadow. You will see this done on most celebrities. Only the younger ones deviate from this method because the light shadow on the lids tends to open up the eye and make it look larger (great for small eyes), and the darker shadow in the crease helps any "drooping" to recede. Place your light color under the eyebrow and on the eyelid. Put your medium shadow in the crease and blend up onto the browbone. Connect it in to the lid at the outer corner. Use your darkest shadow to line the eyes.

Fig #2: I see this simple method often in fashion magazines. Sometimes I see a fairly light shadow used on the lid. The lightest shadow is applied under the eyebrow. The medium shadow is applied to the lid and crease area and sometimes also up onto the browbone and extended a bit at the outer corner of the eye. The dark shadow is used as liner. This design helps round eyes to look more almond shaped. Large eyes can look especially good done this way, but many eye types can wear this look. Pass on this one if you have small eyes.

Fig #3: This is great for making close set eyes look wider, but can also look great on normally spaced eyes. Avoid this look if you have wide set eyes. Place your light shadow all over the eyelid and browbone. Apply the medium shadow to the outer third of the eyelid in a sideways triangle shape, in the outer half of the crease, and also bring it under just the outer third of the lower lashes. The dark shadow is used as linThere are many variations you can do with these basic patterns:

-Liner is always optional. Also experiment with both medium and dark shadows for eye lining.
-You can also add some of the dark shadow in a sideways "V" shape at the outer corner of the eye (See Fig #4) to any of these three designs for additional depth and drama. This is also great for widening close set eyes, and a great way to turn your daytime look into an evening one.
-Fig #4 can also be a clean and simple eyeshadow design on its own. Use a light shadow all over the eyelid and browbone, then use a medium or dark shadow for the sideways "V" at the outer corner. Use the same shadow or a darker one to line your eyes. This look is great for elongating round eyes. Skip this one if you have wide set eyes.
-You can use a dark shadow in place of the medium shadow with any of these designs for a dramatic evening look. Just make sure you apply it very carefully with a brush, since dark shadows can be difficult to blend. This can be a difficult look to wear. It is easiest to get away with on figs #3 & #4, because the shadow covers a smaller area. You may even be able to wear these two with darker shadows in the daytime (I do! with Revlon's Midnight Wine). On figs #1,#3 & #4, you could additionally substitute a medium shadow in place of the light shadow on the lid.
-An additional option for fig #1 is to substitute the light color on the lid with a 4th color a shade in- between the highlight under the eyebrow and your medium shadow in the crease.
-Another variation on fig #2 is to add a little dark shadow only in the contour or "hollow" of the crease. This can also be difficult to blend and keep from looking obvious, but some eyelid shapes can use the extra contouring effect (such as with protruding eyes).
-You can also vary the look by how far you extend the shadow from the crease onto the browbone and out at the outer corner of the eye. The higher and further out the shadow, the more formal and dramatic it will appear. For a more natural look, keep the shadow confined to just the contour of the crease (or just the eyelid on fig #2), and try not to blend it up onto the browbone very much. Some women have very little space between the crease and eyebrow and will only have room to apply the crease shadow one way.
-If your eyes are close set, don’t place shading right near the nose. Leave a space. Extend the shadow out a bit at the outer corner of the eye. If you are doing fig #1 or #2, apply the medium shadow heavier on the outer half of the eye. Also make sure you highlight the inner corners of your eyes with concealer to give the illusion of space.
-If your eyes are wide set, extend the shadow in all the way to the side of the nose and don’t extend your shadow past the outer corner of the eye.
-For Asian Eyes, Fig #2 works well, and you can also add a darker shadow on the lower 1/4 of the upper lid by the lashes. Another option is to use a lighter shadow on the inner two thirds of the eye (a light or medium color), and a darker shadow on the outer third of the eye (a medium or dark color). Still apply highlighter just under the eyebrow. This can look very pretty done with two medium shadows of the same shade, in slightly different depths. Just make sure you go with the natural shape of your eyelid. Avoid anything complicated or that tries to give the illusion of a crease.

If your eyes are small or deep set, you may have to be careful about how dark you go with your shadows. You may have to keep your medium shadow towards the light side to keep the eye from appearing "closed in" and smaller. Experiment. Sometimes deep set eyes can look great in a variety of looks.

Eyeliner: I recommend applying eyeshadow over pencil. It lasts all day, it is easier to control than liquid, and the combination makes the color nice and dark. You can get that nice smudged look or apply the shadow with a tiny, fine brush or a square-shaped brush and make a sharp line. I suggest you just get a black or dark brown eye pencil and then you can use it under any color shadow you choose to line your eyes with. Make sure the pencil is soft enough so it goes on easily and does not stretch or irritate your skin. There are plenty of nice and soft inexpensive pencils, so don’t settle for anything less!

If your eye pencil does not go on well and pulls at your skin, try applying it before you apply any powders to your eyelids. If your pencil is going on too greasy, apply your pencil and shadow liner after your eyeshadow.

Experiment with wearing eyeshadow without any liner, liner without any eyeshadow, and try them together.

Experiment with both medium and dark shadows for liner. You can also wear them both at once. Use a medium shadow to make a thick, soft line all the way around the eye. Then use a dark shadow for accent on just the upper lid, the outer third of the upper lid, the outer third of the eye (both top and bottom), or make a very thin dark line close to the lashes or dot dark pencil between the lashes.

With your almond eye shape, what part of the eye you line is just personal preference. However, don’t line the lower lid without lining the upper lid. You can line just the outer third of the lower lid or extend it along the entire lash line. I am not a fan of lining the lower lid, I prefer to line just the top. I feel it visually "lifts" everything upwards, while liner on the bottom tends to "drag" things down. On my round eyes, lining both top and bottom emphasizes their round shape. I prefer how just lining the top and extending the line slightly past the eye, makes them look more almond shaped. I think I also have an aversion to liner on the lower lid because it looks so"80’s" to me. I also feel it can have a tendency to look "harsh."

For a more natural look on the lower lashes, dot pencil between your lashes instead of drawing a line under them. You can also draw a finer line on the bottom, apply the color more lightly than on the top, smudge it well, or use a lighter color than on the top.

If you have large eyes, then you can wear liner all the way around the eye and it will look good.
If your eyes are small, don’t line them all the way around. It will make them look smaller and "closed in." Just do the top lid, or at least leave a little space between the inner corner of the eye and where the lower lashes start. Also try skipping liner entirely to "open up" the eye.
If your eyes are close set, don’t bring any of your liner all the way to the inside corner. Extend it slightly past the outer edge of the eye.
If your eyes are wide set, you can bring your liner all the way to the inner corner of the eye. Don't extend it past the eye at the outer corner.
Deep set eyes can look either too small with liner all the way around, or it can make them really stand out. Just give both a try.
If you have protruding eyes, definitely experiment with liner, it will help your eyes to recede. Mine protrude, and I find that a thick, smudged line does the trick.
er.

Thursday, August 10, 2006

Suami cemerlang keluarga gemilang

1 Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan
berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2 Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda
adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3 Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat
positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4 Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum,
isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5 Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua
isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6 Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang
ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7 Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang
mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8 Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam
perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9 Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati
semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10 Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi
bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11 Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan
beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12 Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat
menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13 Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.
Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14 Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan
tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15 Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan
suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16 Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan
peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17 Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga
patuh kepada Tuhan.

18 Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja
ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19 Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang
menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20 Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.
Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21 Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.
Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22 Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan
sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23 Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah
tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24 Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib
memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25 Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon
ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang
fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26 Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,
penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27 Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga,
ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28 Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil
kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29 Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,
bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30 Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba
hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31 Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad
amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32 Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli
keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33 Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati
dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34 Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap
perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35 Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa
beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga
berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37 Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang
baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38 Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke
arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39 Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik
tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40 Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,
lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41 Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan
isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42 Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan
pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43 Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri
benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44 Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri
bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45 Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan
pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46 Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti
senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47 Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan
gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48 Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat
sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49 Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di
rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50 Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,
berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Tuesday, August 08, 2006

Tips nak kurus

Testimonial:

'berat saya about 70++.so baru2 ni saya ada mengamalkan petua2 yg saya dapat disini.such as buat exercise dgn vcd bellydance rania 2x sehari
minum air jintan manis n halia 1x sehari
n minum apple cider vinegar 3tbs 3x sehari(overdose)ini i baru minum 4hari
plus sit-up 300x sehari.

and u know what semalam i dah boleh pakai baju masa i lepas bersalinkan anak i yg sulung masa berat i 56kg.amazing!!i buat exercise tu baru 1week++.'


**makan cam biasa, but makan malam before 8. Dinner sometimes nasi or roti.

preparation:

jintan manis tu 1tbs and halia 1 inci
pastu air 2 gelas
masak atas api sehingga mendidih dan jadi 1 gelas air tu.

MEMBENTUK KEHARMONIAN RUMAHTANGGA

Hidup berumahtangga satu penyelesaian tiada ganti dalam mewujudkan masyarakat yang baik. Kerukunan rumahtangga satu nikmat yang besar daripada Allah swt. Justeru, manusia hendaklah mencari jalan menuju ke arah itu. Matlamat ini boleh dicapai melalui:

• Komunikasi berkesan di antara suami isteri
• Mengendalikan masalah dengan segera
• Perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain
• Bertolak ansur
• Nyatakan perasaan dan kemahuan dengan jujur
• Beri perhatian dan bangga kelebihan/kejayaan pasangan.

Selain itu, isteri juga harus peka dengan kemahuan suami dan menjaga adab bersama suami.

• Sentiasa berikan belaian mesra
• Jaga penampilan diri
• Faham dan simpati masalah suami
• Elak melakukan perkara dibenci suami
• Jangan menjatuhkan maruah suami
• Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu secara terus, lebih elok cakap berlapik atau berkias
• Jangan soal siasat kegiatan suami secara terperinci
• Jangan membandingkan suami dengan lelaki lain
• Beri suami penghormatan sewajarnya
• Isteri perlu meminta izin suami untuk setiap kegiatan dilakukan
• Doakan suami berterusan.

Masalah rumahtangga boleh memberi kesan positif jika ia dikendalikan atau diselesaikan dengan baik kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Bagaimanapun, jika terlalu kerap berkrisis boleh menyebabkan rumahtangga bergelombang dan jika dibiarkan, akan karam. Tolak ansur dan persefahaman selalunya akan menyelamatkan keadaan rumahtangga.


Siapa yang sabar menghadapi perlakuan buruk isteriya, Allah swt akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ayub kerana ketabahannya menghadapi cubaan dan sikap isterinya. Isteri vangsabar menghadapi perlakuan buruk suaminya, Allah swt akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Asian, isteri Firaun.



petikan majalah Jelita Sept 2001

PETUA ERAT KEMESRAAN

Silap wanita sendiri jika mengambil mudah hubungan bersama suami. Meskipun suami baik umpama pijak semut pun tidak mati, isteri perlu berwaspada agar tidak menyesal kelak.

Jikalau bimbang suami berpaling cinta, sebenarnya banyak cara yang diredai dan boleh diamalkan daripada memilih jalan songsang.

Sebenarnya, kandungan al-Quran itu sendiri terlalu banyak azimat dan pendinding yang boleh di­amalkan untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. Antaranya:

• Surah al-Fatihah yang dibaca setiap kali bersolat boleh dijadikan surah pengasih. Baca 311 kali setiap hari.
• Surah An-Nas juga boleh dijadikan surah pengasih. Antara kelebihan surah ini boleh mengundang rasa mahabbah iaitu rasa cinta. Daya undangannya cukup hebat sehingga orang yang kita tujukan cinta itu biar berada jauh di seberang sana, Insya-Allah, tetap akan datang. Terlebih dahulu berpuasa tujuh hari. Sepanjang berpuasa, pada malamnya baca surah An-Nas 1,000 kali.
• Pengasih Asma Allah bertujuan anda sentiasa dikasihi setiap orang yang memandang. Amalkan membaca Ya Rahim sebanyak 100 kali setiap hari, Insya-Allah anda sentiasa dikasihi.
• Supaya suami sentiasa mengingati kita walau di mana dia pergi, sebut al Kalimu, al Waliyu, al Hamidu, hembuskan pada muka/ubun kepala suami.


Selain ayat al-Quran, beberapa cara boleh dilakukan isteri untuk memikat suami:

• Air mani suami banyak kegunaannya. Misalnya, sapu pada pusat(sapu searah), kemudian selawat tiga kali. Insya-Allah, suami sentiasa mengingati kita walau di mana jua dia pergi.
• Air mani juga boleh menegang dan memengkalkan payu dara dan punggung. Caranya, sapu air mani pada payu dara dan punggung, urut menghala ke atas. Lebih elok sekiranya tangan suami yang mengurut, ia lebih berkesan dan meningkatkan kemesraan.
• la juga boleh disapu pada muka sebagai penyeri.
• Manjakani memang diketahui ber-khasiat terutama dalam perhubungan suami isteri. Mengembalikan tempat sulit seperti anak dara, ambil segenggam manjakani, dibersih dan direbus seketika. Kemudian, kangkang kaki dan biarkan wap air rebusan tadi naik pada bahagian sulit. Amalkan dua kali seminggu.
• Juga boleh gunakan serbuk teh direbus bersama daun pandan supaya lebih wangi. Cuna cara sama seperti air rebusan manja­kani.


Segala petua dan ama-lan yang dilakukan biarlah berlandaskan syariat Islam. Yang penting, niat perlu ikhlas untuk kebahagiaan rumahtangga.

Thursday, August 03, 2006

Cerita org nak kurus

Teruja aku bile membaca BOD org nak kurus..sblm dan selepas diet. Aku ni bile lagi? Actually, aku takdela rase aku ni gemuk. Just berisi dan gebu2 gitu kot erk..Tinggi 154 cm so the ideal weight for people in age 19-34 is around 46-60kgs. Actually aku pernah menjadi terover gebus..dalam 67kgs pas 8 mths getting married and pernah berbadan kurus keringking cam orang cekung dan sakit mase zaman kat MRSM. Aku rase mase tu berat dalam 45-47kgs. Dan aku ingat satu ari tu kami berborak2 kat wing asrama..next room aku ade sorang kawan nama 'Zila LDP' kami dok discuss berat ape sesuai tuk aku. Dia kate mase tu aku ni mana ade gemuknya..cume pipi aku je tembam. Ape nak buat mmg azali kurniaan tuhan muka aku lebor so kurus camne pon org tetap kate aku tembam. So, afer menimbangkan pendapat kengkawan..aku menetapkan my best weight to be 48 to 51kgs.

So, pas on and off aku diet Kellogs dan siap cheating2 belasah chocolate cookies, having bread with mayo and nasi membukit for dinner..at this stage aku dah susut 1kg. Which now I already 54kgs. My goal now is to reduce another 4-5kgs. Tapi ntah menjadi ntah idak. Kengkawan aku satu Univ sume slim2..termasuk Sarah, E-ja, G-ra..G-ja and Prem..so kalu reunion aku sorang jek yang buntal..amacam?? Mana nak sorok muke? Takkan nak nyorok bawah meja? Isk..isk..isk..Dan lagi faktor my SILs and MIL sume kurus2 membuatkan aku malu dan kene sentiasa maintain tak overweight as kalu ade family gathering takdela aku terasa sprt manusia yang significant and weird.

Ade satu bende yang menarik perhatian aku..belly dancing..cousin aku pon ade sebut dancing ni bagus tuk susutkan badan di samping aku leh learn how to seduce my darling to get horny..kakakakka...well ini bukan tujuannya pon..but this is a bonus 2 in 1..kurus+memikat hati suami..nantila aku carik dvd ape yang sesuai dan aku minta tlg my darling sewakan tuk aku for free. Ade mase aku berdansala nanti.

Bak kate my darling, aku ni ok2 je..yang penting buat work out tuk tonned kan badan..tu yang aku pemalas tu..so bile nak meroutinekan diri for this workout? KAlu dah pas bab routinekan anak..pasni aku nak focuske arah sini plak..aku cam dah terimagine at the end of my final year..aku cam akan reach 47kgs. Huhu tulke? My darling senang je dah susut from 65kgs to 61kgs..aiii mana taknya ntah berapa kali dia melabur dalam satu ari..high metabolism betul! Jeles aku ngan my darling. Aku pon skrg asik melabur berkali2 sejak makan Phytonatal and Phyto Detox. Actually aku makan dua jamu ni bukan fasal nak kurus...tapi lebih kepada for child planning and protection. Disamping tu memudahkan aku membuang segala toksin dalam badan. Tapi..ni dah mule rase menyesal plak..fasal asik nak pi melawat toilet berkali2 plak ni ari fasal makan jamu ni..baik je aku makan jamu mustika ratu perawatan wanita..sekali je aku wajib pi toilet dalam sehari..itupon kkdg miss fasal mood nak masuk toilet tu dah ilang secara tibe2. Lagi satu jamu nona roguy ni payah aku nak telan dahle tu effect dia perut aku ni memusing..Elok plak my darling dah bayarkan jamu2 tu sume..takkan aku simply tak mo makan??

Wednesday, August 02, 2006

My children's routine

Hari ini dgn gembiranya my boy tidur pada masanya. Balik dari skool mata dia dah kuyu2. Tapi aku takkan cepat mengalah dgn anak kecil. I tell you..mummy is smarter than you!. So, sblm aku dia terus terlena dan terbuai mimpi dan kemudian merengek2 dan menangis2 cam kene rasuk, baik aku mencegahnya dgn memaksa dia mandi. Dia dah tersenyum kambing bile aku tegur dia terlentok2 kat atas quilt adik dia. Lalu, aku berikan dia pilihan...

'Do you want your bath now or later after I bath your baby sister?'


Aku tahu dia mmg tak mo commit. Setelah mengunakan taktik yang bernas, dia akhirnya mandi juga dan tak terus terlentok tidur. Makanya selepas dia mandi, aku prepare dinner sementara dia masih dalam keadaan segar bugar dan around 9.30 mata dia dah poyo. Eiii betulke word poyo aku gune Puan Sarah oi...Cume kali ni aku lewat sket bawak dia masuk tido..kul 9.40 p.m baru aku ajak dia masuk bilik for story time. Kali ni aku bacakan dia citer Disney The Hunchback Notre Dame mengisahkan anak Gypsy bernama Quasimodo yang dikurung dan dijadikan bell boy kat cathedral di Paris oleh bloody wicked Justice Frollo. Ishkk mmg cam tak menarik bunyinya dan bukan main susah nak menyebut nama watak2 dalam citer tu. Tapi dah no choice as aku cari buku2 citer dia yang lain ntah ke mana2 aku tak jumpa. This time, by 10.44 p.m dia dah settle dan happy nak tidur which is not bad though.

Berkenaan my girl plak..she's been very happy today. She had mashed banana for her dinner however, slept little bit late around 9 p.m mungkin fasal kekenyangan. Aku saje je tulis routine anak2 aku dalam blog ni so that aku leh keep track perkembangan depa dan bule cek kalu2 depa ade perangai pelik2 ke pasni. Aku rase my girl mungkin nak mula tumbuh gigi sbb aku tgk dia asik menggigit teether dia. My boy pon dah pandai melawak ngan adik dia. My girl so amuse with his brother action walhal aku tgk my boy tu takdela buat lawak mende. Perkara lawak ni ari, my girl asik nak tersepit kat tepi katil dan kerana dia skrg dah pandai pusing dan kakinya dah tak pandai nak diam, ade mase tu kaki dia termasuk di antara celah crib, singahsana my girl tido. Probably after this aku kene pasang baby cot dia supaya luas dan selesa tuk dia beradu.

Dan hari ni seperti biasa aku membelek buku baby cook book dan again mata aku naik juling tgk makan2an dorang ni. Kalu ade masa, aku nak spare time cooking ngan my boy buat pizza muke kucingla..arnabla so that kot2 in future dia ade minat nak memasak...bulela aku dan my darling lepak while my boy masak..heheheh

I just keep in mind, children activity is routine. As parents if we want this to be on track, so we shouldnt break it no matter how. Harap2 aku akan maintain for the whole house better life!

Tuesday, August 01, 2006

My girl apple puree

Dah beberapa hari aku dok memandang dan membaca buku2 baby cook book by Annabel Karmel dan Sara Lewis. Mata aku pulak yang serasakan macam juling melihat resepi2 makanan baby dalam tu. Lani my girl dah pun berusia 5 bulan 1 minggu. Aku rase dah time for her to start solid. Nampak cam senag je nak prepare. Dan aku tgk macam lazat habis utk anak aku makan.

So smlm aku dgn ringan tulangnya membuat apple puree daripada lebihan apple minggu lepas. Yang buat letihnya, dari sebiji epal aku buat, bile aku dah siap microwavekan tuk to soften the ripen apple, hinggala aku selesai mengseivekan dia..yang jadi cume 3-4 teaspoon ajek..punyela aku ingat jadik banyak..nengok2 jadik sket. Lebih banyak hampas dari yang menjadi puree. Well, its a good start though. Better than nothing. I dont know why I am so fuming to make my own baby's food this time. Unlike with my boy, I dont even bother to prepare anything. Just went to Tesco and then have my ready made baby food in my shopping basket. Harap smgt tu tak mati di situ sahaja. We will se as am now starting to get busy with my schoolwork.