Hari ni merupakan check up pertama aku di klinik bg pregnancyku yg ke-5. Aku sendiri pon sbnrnya x menyangka akan pregnant semula dlm jangka masa terdekat. I was fully breastfed my baby Mika w/o fail for nearly 8 mths. Mebe jugak, breastfeeding x dpt sepenuhnya menghalang aku dr terus mengandung memandangkan, aku da x begitu kerap mengepam susu sprt mana aku besa mengepam susu sblm aku terbang ke UK for my viva examination.
Kalu ikutkan, after being granted for a Phd award bebaru ni..kehidupanku dirasakan agak melegakan. Sprt beban tergalas disebabkan oleh keje2ku yg tertangguh akhirnya dirasakan hilang. Aku lebih bebas melakar jalan hidup aku sendiri..tanpa rasa susah hati maupon dibelenggu dgn rasa bersalah disebabkan beban utang keje2 Phd yg aku patut dilangsaikan dr awal.Dan kini, slps Phd aku selesai, aku sekali lg telah diberikan amanah oleh tuhan utk berbadan dua buat kali yg ke-5nya..terus terang, aku rasa gementar..gementar disebabkan bakal diberikan tanggungjawab besar utk membesarkan anak2 seramai 5 org...Tapi, malangnya tak semua org faham. Tak faham dgn keadaan aku, bila aku sendiri kurang bersedia utk menjadi ibu susuan kpd anak angkat kakak aku sendiri. Aku rasa sprt, beban tanggungjawab yg tergalas di bahu aku ini sprt begitu berat...dan aku sendiri tidak tahu, nasib aku di masa hadapan. Sekurang2nya skrg, aku punya my honey utk bergantung harap..memberikan aku nafkah mahupon peluang pekerjaan. Dan aku berharap, supaya, tuhan memberikan kami suami-isteri badan yg sihat dan umur yg panjang supaya anak2 aku dapat membesar dgn sempurna.
Hati aku bagaikan tersentuh, bila doktor mulai membebel dan melahirkan rasa kesian dgn keadaan aku mahupon pada anak2. Aku dilihat sprt org yg tak bermaya dan sgt2 pale..Dr bagitau aku yg..kasihan kat anak2 aku yg kecil yg pastinya perlukan perhatian dan jugak badan aku yg tak sepenuhnya recover baru sahaja melahirkan anak yg ke-4 dan kini sdg berbadan dua anak yg ke-5. Terus-terang sejak pregnant anak yg ke-5, fikiran aku bagai melayang2 dan aku tak begitu nak fussy dgn kerja2 di ofis melainkan kpd meraka2 yg tidak memenuhi ekspektasi aku..cthnya, mrk2 yg bekerja stkt SO-SO sahaja..kkdg aku heran dgn sikap2 manusia ni..kerja mcm melepaskan batuk ditangga..langsung tak bersungguh2 dan juga teliti dgn kerja2 diberikan..
Aku sendiri tak pasti stkt mana aku bule bertahan pergi dan datang balik dr kerja..sbb aku rasakan badan aku tersgt2 lemah. Aku kurang apetite makan dan mulut dirasakan sangat2 payau. Aku rasakan sprt jasad dan fikiran aku ini sesuatu yg terbahagi kepada dua..yg mana sering aku rasakan ianya tidak hadir bersama2. Adakah aku telah menjadi org yg hilang semangat? Ataupon, adakah aku sebenarny2 gementar dgn risiko kehamilan anak yg ke-5 setelah sblm2 ni berdepan dgn masalah blood clog slps melahirkan anak yg ke-5? Aku faham, dgn perasaan my honey, yg merasakan..setiap anak yg dilahirkan itu adalah rezeki..tapi, pada masa yg sama...aku juga perlukan rehat yg secukupnya...dan anak2 perlu diberikan perhatian yg secukupnya...
No comments:
Post a Comment