Funny enough, by right once you have somebody to replace you as a mommy when you are away from home, sepatutnya perasaan kita akan menjadi sedikit lega dan bukannya bercelaru mcm ini. Kepala aku benar2 berserabut dan sekarang mula aku mengerti kenapa kawan aku bule jadi tahap stress disebabkan peel bibik yg acapkali mengecewakan majikan. Dan mulai juga aku faham, mengapa perlu kita letakkan bibik itu di rumah ibu mertua atau ibu sendiri sms ketiadaan kita. Ini semua adalah penting utk keselamatan anak2.
Begitu mengecewakan aku hari ini bila memikirkan kembali, my baby yang mulai diberi makan pada jam 3.00 petang sedangkan sejak pukul 11.30 anak aku sudah mulai bangun. Sementara bibik aku lihat di cctv telah makan sbyk 2 kali pada jam 11 pagi dan 2.30 petang. Begitu mudah bibik melupakan anak2, kerja rumah apabila perut dia mulai kenyang. Lama-lama kelamaan aku jadi sedikit bosan dan benci dan infact malas nak memandang wajah bibik. Nak je aku buat tak reti kat bibik biar dia sendiri paham yg dia sudah buat kesilapan. Satu demi satu bibik dah membuatkan aku dan Mr B marah. Kkdg, ada juga rasa sprt..bagaimana kalu nanti bibik akan stress kerana sering dimarah2? Persoalannya, kalu bibik tidak dimarah, sentiasa akan diulangi kesilapan yang sama. Itu belum termasuk lagi barang2 kami yg dipecahkan dan dirosakkan.
No comments:
Post a Comment