Hari ni dah masuk hari-7 dr hari pertama aku sakit. Alhamdulillah mata aku dah makin ok dan badan pon sudah beransur pulih. Dah mula boleh buat kerja rumah sedikit2. Dah mula boleh cuci pinggan dan hari ini aku dah memulakan projek 'membaking' kek chiffon cheese. Tak tahula bagaimana dgn rupa bentuknya nanti. Very simple process and hope the outcome is fantastic too.
Boboi sprt biasa jadi org kanan aku memukul adunan putih telur sampai naik bertanduk. Sambil2 tu gegirl pon mengacau nak sama2 pegang mixer. Kecoh jugakla sebentar dapur tu. Kkdg bila anak2 dah membesar aku terasa bagaikan satu kelegaan yg tak terkata. Kalu sebelum2 ni, aku pening kepala bila anak2 ada di rumah dan tak dapat nak concentrate kerja. Skrg nampaknya, bila anak2 dah mulai independent, mereka serba sedikit kurang nak mengacau dan aku sudah boleh nak buat kerja aku sendiri bergantung kepada mood mereka.
Tadi pon si boboi buat lawak...
'Honey, I'm home' katanya..
Tersengih2 aku dgr boboi cakap mcm itu. Agaknya dia sedang berimaginasi main ibu dan ayah kot dgn si gegirl. Si gegirl pon aku tgk dah makin membesar. Nampak lagi berisi berbanding si abg. Keletah dgn bahasanya yg tersendiri. Suka menyanyi tapi orgnya kuat merajuk.
No comments:
Post a Comment